Bandung - Part 4
Selasa, 7 Dec 2010Day 4
Agenda utama hari ini adalah final shopping kat Pasar Baru sebelum terbang balik ke Malaysia, seawal pagi kami sudah bersiap dan barang-barang jugak siap di kemaskan coz akan di hantar terus ke airport oleh `supirnya'. Mengejar masa kami meninggalkan group yang lagi satu, tempat pertama menjadi tujuan adalah Kartika Sari yang menjual pelbagai jenis kek dan kuih. pisang bolen dan brownie kukus adinda adalah `speciality' kat sini, itulah jugak menjadi buah tangan buat suami dan anak-anak kat Malaysia. Hampir sejam kerana menunggu `mobil' baru, katanya yang di gunakan itu perlu di service. Hairan aku pada hari cuti umum ada ke workshop yang dibuka?
Pasar Baru memang membuatkan para wanita separuh gila dan para suami semakin gila bila terpaksa menghabiskan banyak duit di sini. Segala kelengkapan ada di sini dan harganya memang murah, keutamaan kami hari ini untuk membeli kain cotton coz telekung dan kain pasang kami dah beli semalamnya. Rambang mata memilih, pening kepala juga untuk membuat keputusan kedai mana yang harus pergi coz inilah kali pertama kami ke sini. Memilih Sona seperti di cadangkan `tour guide', best quality memang murah dari Malaysia tetapi kalau ada lain kali ke sana teringin jugak menyusuri kedai lain dan membezakan harganya. Sempat lagi mencari-cari dress yang di kirim seorang kawan. Bila semuanya sudah keletihan aku berjalan sendirian sehingga ke lantai D1 dan sehingga ke luar pasar. Agak menakutkan jugak bila berjalan sendirian tetapi nak tengok punya pasal aku beranikan hati aje.
Penerbangan pukul 5 petang, masih ada sedikit waktu kami singgah sekali lagi di Rumah Tas memenuhi permintaan Mieza. berbaloi-baloi dari top to toe beli Gucci...perghhhh... Ada jugak yang terkenan tapi memandangkan duit yang ada hanya lepas nak bayar airport tax aku batalkan saja cadangan, boleh juga `swep' kad kredit aja tapi beg Guess tu mungkin lain kali aku datang lagi.Terbayang-bayang sampai hari ini...waaaa...
Pukul 3 kami sampai di airport Hussien Sastranegara, asalnya lapangan terbang ini adalah milik tentera tetapi di gunakan sementara waktu sementara airport siap. Menunggu group yang lagi satu sampai kami mengambil keputusan untuk `check in' dahulu coz tak nak tergopoh gapah. Penerbangan di rasakan macam dalam bas mini bila kami terpaksa terbang bersama satu company trip, macam le dia orang `chartered' kapal terbang! Memang tak tau nak hormat penumpang lain tetapi syukur alhamdulillah penerbangan sampai cepat 20 minit lepaslah siksa batin aku.
Sarapan hari terakhir di Rumah Tawa Guest House.
Me and my best friend Mieza...sempat lagi berposing sebelum berangkat.
Rambang mata memilih kain cotton kat Pasr Baru...bukan kain cotton saja macam-macam barang ada di bawah satu bumbung. Cadar, alas meja, pakaian dalam, batik, blouse, kasut, hand beg, telekung, langsir, kain lace dan macam-macam lagi, sudah tentu harganya berbeza dari Malaysia.
Mencuri masa kali kedua ke Rumah Tas, masih jugak aku tak lepas mata dari hand beg Guess tapi apa boleh buat tak ada jodoh...waaa....
Perarakan menyambut Awal Muharram di Kota Bandung.
Masih sempat berposing di Kartika Sari.
Letey habis...lepak atas lantai di Airport hussien Sastranegara, Bandung.
Bersama group dari kiri Soma, Siti Umi (aku suka panggil macam tu...hehehee...), Ika, Azlina, Aku, Mieza dan Kak Paudi...very enjoy and happening dengan korang semua. Nanti kita jalan-jalan lagi ye...
0 Rider Beraksi: