Kerja Gila - Pengakuan Berani Mati!

2:44 PTG JunAina 0 Comments

Subhanallah...Nauzubillah'huminzalik....
Apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang? Dilahirkan sebagai Melayu yang penuh adat sopan dan tatasusila, dibisikkan azan tatkala kelahirannya disambut kerana dia adalah Muslim sejak lahir. Penuh kegembiraan, penuh kesyukuran di aqiqahkan oleh kedua ibu bapa...

Apa perasaan kedua ibu bapa sekarang agaknya. Seantero dunia bukan setakat Malaysia sahaja yang tahu, pengakuan berani mati seorang umat Muhammad yang dia seorang gay! Huh...aku tak sampai hati nak tengok malu pada diri sendiri, yelah budaknya `educated' tapi gagal dalam melawan kehendak naluri yang di luar tabie. Kesian mak bapak dia, berjaya mendidik anak menjadi manusia tapi gagal menjadikan anak seorang yang taat pada agamanya. Sesiapa yang rajin `godek' le kat internet pengakuan berani mati dia kat `You Tube'.

Nama mamat ni yang namanya berpangkalkan Muhammad tetapi perangainya langsung tak membawa imej namanya. Muhammad Azwan bin Ismail tiba-tiba menjadi glamour kerana pengakuannya tetapi dia lupa segalanya adalah permulaan titik hitam dalam hidupnya. Semoga dengan doa kedua ibu bapanya serta kita sebagai saudara seagama akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkal jalan, juga semoga di jauhkan kita semua serta keluarga kita dari godaan syaitan yang sebegitu.

Aku tak ingin menyebarkan aib orang tetapi sekadar memberi ingatan pada diri sendiri dan kawan-kawan. Walaupun berkerja di bawah satu bumbung tetapi aku tidaklah sangat mengenalinya, mungkin hanya tersenyum bila berselisih tetapi aku betul-betul tak sangka pengakuan berani mati dia!

You Might Also Like

0 Rider Beraksi: