MAHA - 2010

1:45 PTG JunAina 0 Comments


Letih kaki berjalan, letih jugak berasak-asak dengan orang ramai tetapi puas hati dengan segala informasi dan pameran yang ada. Berbaloi dengan pengorbanan masa dan tenaga. Memilih hari bekerja untuk pergi ke MAHA dan mengharapkan sedikit ruang yang selesa sebenarnya tanggapan yang salah, orang tetap ramai berpusu-pusu tetapi keadaan tetap terkawal.

Hari Isnin aku mengambil kesempatan untuk bawa anak-anak ke MAHA, mungkin di dalam dewan pameran mereka tidak mendapat banyak info tetapi sekurang-kurangnya pengalaman mereka bertambah dan dapat melihat faedahnya dari sudut lain, sekurang-kurangnya terisi jugak masa cuti sekolah mereka. Kemudian kami melawat kawasan sekitar menggunakan tram. Melawat rumah-rumah di Malaysia, Laman Padi, Nenas dan jugak tempat ternakan anak-anak begitu gembira. 6 jam berada di MAHA masih banyak tempat yang tak di lawati, penat sangat terpaksa balik dalam kecewa, kesian anak-anak dah penat sangat.

Sekali lagi aku ke MAHA bersama Pak Tuan dengan keadaan yang lebih selesa kerana hanya berdua, lebih banyak masa dan lebih banyak info yang aku dapat. Pak Tuan lebih lagi coz mempunyai agenda tersendiri, misi tersembunyi... 4 jam di sana hanya melawat pameran di 4 dewan. Penat tapi berbaloi-baloi...

Gambar sekitar MAHA...




You Might Also Like

0 Rider Beraksi: