Berbudi Pada Tanah

10:19 PG JunAina 12 Comments

Hujung minggu bersantai sahaja kat rumah, menguruskan hal-hal rumah yang terbengkalai sejak 8 bulan lalu dek kerana kesibukan tugasan kat pejabat. Sibuk juga menguruskan hal anak-anak yang terbiar sekian lama. Kereta pula dah berbulan tak sempat nak mandikan hehehee...

Masih ada masa menjenguk Pak Tuan kat kebun yang tiba-tiba hilang dari rumah, ambil kunci kereta dengan hajat nak ke pasaraya tetapi terbantut bila nampak kelibat orang sedang menyangkul kat parking kereta. Lahhh...kat sini rupanya dia, dengan hobinya...berkebun walaupun hanya di tanah sekangkang kera. Tanah rizab sungai je pun.

 Pokok pandan dan serai. Kalau setakat nak buat cendol dan sekuali rendang pandan dan serai memang tak perlu beli.

 Pak Tuan gigih menyangkul rumput. Lama jugak kebun ini tak berjaga, asyik sibuk kat kebun yang lagi satu.

 Ini pulak pokok belimbing buluh, tak lama lagi gulai udang tak perlu le beli lagi belimbingnya. Sambal belimbing pun sedap jugak.

 Membaja anak kelapa. Benih dari Negeri Sembilan rasanya, di ambil semasa menzirah kakak Pak Tuan di sana. Lupa pula nama tempatnya yang pasti kawasan felda melepasi Kuala Pilah dan Batu Kikir.

Ini pula anak durian. Entah bila le nak dapat hasilnya, entahkan sempat entahkan tidak.


Inilah hasilnya berbudi pada tanah. Pisang yang comel-comel ni masih tersimpan kat rumah, tunggu masak. Hari minggu dah pun di gulaikan pisang mudanya. Ini adalah hasil kebun yang lagi satu. Di penuhi pokok pisang, tebu, serai,ubi kayu dan pandan. Ada jugak pokok lain seperti ciku, rambutan, durian, nagka madu, kelapa dan jambu. Jarang ke sana tetapi kalau kebun kat parking ini memang le selalu lepak-lepak bila Pak Tuan beroperasi, kadang-kadang jadi tukang siram bila Pak Tuan berada di luar kawasan. Tempat pisang tu parking pulak kereta yang dah berbulan-bulan tak mandi...hahahaaa... nampakkan dia punya berabuk! Cian kete tu...


Nukilan Aina: Bertahun-tahun menjadi penghuni bandar tetapi jiwa kampungnya tetap tepu!





You Might Also Like

12 ulasan:

  1. sungai dalam gambar 2 itu ada ikan ke ? kalau tak ada, lepaskanlah anak2nya .. nanti bila dah besar bolehlah buat pertandingan memancing !

    BalasPadam
  2. meme byk fekdah berbudi pada tanah..
    kita pom akn puas hati sgt2..rasa berbaloikan...

    BalasPadam
  3. Kak Zai pun minat betul dengan berkebun tapi kebanyakan tanaman yang ditanam adalah pokok2 bunga.Biar pun sekangkang kera tapi laman kelihatan cantik.

    BalasPadam
  4. tuan haji...

    kalau ikan dilepaskan kesungai tu nescaya belum pun besar bayangnya pun telah tiada...

    terima kasih kerana sudi singgah.

    BalasPadam
  5. sarah...

    pak tuan mengisi hari minggunya dengan berkebun tapi berbaloi2, dalam hobinya tu pisang 3 tandan di bawa baliknya. sedekah jiran-jiran...

    BalasPadam
  6. kak zai...

    hubby aina ni dia suka tanam pokok yang boleh makan, delima pun ada. hari tu mata kucing terpaksa buang bila patah kena ribut, dah berbuah sayang sangat.

    BalasPadam
  7. suka ayat last akak pasal bertahun duduk bandar tapi jiwa kampung masih menebal. teringat satu kisah lucu lebihkurang 15 tahun lepas. ada kawan sekampung pergi bekerja ke ibukota (KL). lepas 3 hari di KL, telefon kat mak dia di kampung & cakap gaya stail orang KL. masa saya gi jalan kat umah dia, mak kawan nie siap bercerita & ketawa hampir2 nak berguling2 menahan lucu anak dia yang baru pergi ke KL tapi dah tukar slang percakapan. huhuhuhu

    BalasPadam
  8. kat rumah ema pun ada kawasan tanah koson...tp bukan ema yg bercucuk tanam...mak mertua yg selalu buat...hehehe

    BalasPadam
  9. eelobor...

    jiwa kampung yang akan ada sampai bila2 tapi tak pernah bercita2 nak duduk kat kampung bila bersara....

    kalau bab slang kayell tu memang menggeletek jiwa, tak dapat nak bayangkan cam ner. k.aina walaupun dah 16 tahun menjadi pemastautin kayell dan selangor tetapi lidah ini tetap selesa bercakap slang pereleh...

    BalasPadam
  10. best ema kalau dapat tanam itu dan ini. bercita2 nak tanam rebung madu tapi setiap kali balik kampung selalu agenda membeli benih rebung hilang dari jadual...heheheee...

    BalasPadam
  11. wowwwwwwww........ pisang tu montoq2 la.... i loike it....

    BalasPadam
  12. bagusnya..kalau nak guna ambil jer..tkpayah beli kan..?

    kt rumah sy...semua nk kena beli..huhu.. ;)

    BalasPadam