Tetapkan Hati Pada Kebaikan
"(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk. Kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"...(ali imran:8)
Hati Perlu Dijaga lebih Daripada Penjagaan Fizikal
Hati manusia terbahagi kepada empat jenis :-
1. Hati yang bersih/hidup
Hati orang yang beriman dimana terdapat cahaya Ilahi yang memancar
2. Hati yang tertutup/mati
Hati orang yang engkar terhadap keesaan Allah SWT, iaitu hati orang kafir
3. Hati yang terbalik
Hati orang yang tahu tetapi engkar,melihat tetapi sengaja buta,yakni hati orang munafik
4. Hati yang terdedah pada dua keadaan
Hati orang yang ada iman dan juga nifak, tetapi orang itu akan sepertimana antara dua ini yang lebih kuat
* Hadis Rasulllah SAW ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) " Ketahuilah, bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ianya baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekelian.
Ketahuilah, Itulah yang dikatakan hati ".
Dan tidak ada sesiapa pun yang boleh terjamin bebas dari memiliki penyakit hati atau terkena kesan penyakit hati orang lain, kerana seperti sabda Rasullulah SAW.
" Sesungguhnya syaitan itu berjalan menelusuri tubuh anak Adam, sebagaimana berjalannya darah dalam tubuh manusia. Aku amat bimbang kalau syaitan akan mengelirukan kamu, lalu kamu menyangkakan kepadaku yang tidak baik ".
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Al-Baqarah : Ayat ke 284)
(Al-Baqarah : Ayat ke 284)
Nukilan Aina: Sekali lagi entri ini dikongsi dari email yang masuk ke junaina.abdullah@ranhill-worley.com. Salinan semula ini semoga dapat memberi sedikit pengetahuan dan panduan buat kita semua. Sedikit ilmu untuk dikongsi bersama....(tiada link ke artikel asal dan maaf juga dipohon kerana menyalin semula tanpa kebenaran.)
Assalamualaikum Jun,
BalasPadamTerima kasih sudi berkongsi email tu.
Satu peringatan yang patut diingat selalu supaya hati kita tidak menjadi hati yang tak tentu hala.
Salam June...terima kasih kongsi ilmu,mudah2an sama2 kita menjaga hati supaya selalu mengingati Allah SWT.
BalasPadamassalam aina..terima kasih sudi kongsi email yang aina dapat..
BalasPadamthank krn kongsi ilmu.
BalasPadammcm mana ek dgn org yg mmpunyai hati yg busuk.
salam kenal.. rajin2, jemput singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my travelling experiences ke 45 buah negara.. :)
BalasPadamsikunang-kunang...
BalasPadaminsyaallah sama-samalah kita menjaga hati kita, ingat-mengingati sesama saudara Islam...
Kak zai...
BalasPadaminsyaallah...june akan sentiasa berkongsi email2 berunsurkan ilmu kat entri akan datang.
terima kasih jalan2 kat sini ya...
terima kasih jugak k.erna kerana sudi jalan2 kat sini...
BalasPadamzue...
BalasPadamagaknya org yang berhati busuk ni hatinya macam daging busuk kot...hehehee...
sesunggunhnya hanya Allah juga lebih mengetahui! semoga org2 yang berbusuk hati itu diberi pengajaran dan petunjuk kejalan yang benar.
kitaro...
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah ke blog yg tak seberapa nih!
good info
BalasPadamsemoga kita semua mendapat hati yang baik utk disayangi sesama umat islam