Jalan Ke Penghujung Perkhidmatan...

12:55 PTG JunAina 16 Comments

Setelah melalui jalan berliku, mengharungi perit jerih, suka dan duka kini sudah tiba saatnya. Perjalanan lebih 30 tahun perkhidmatan bakal sampai ke pengakhiran. Jauh di sudut hatinya pasti terselit seribu kesedihan yang tak mampu diucapkan. Riak wajah kegembiraan berbaur satu perasaan yang tak bisa diluahkan dengan perkataan. Hanya dirinya dan hatinya mampu berbicara.

Catatan ingatan untuk dirinya! Hatiku pilu tetapi bagaiman pula hatinya?

 Membilang hari dalam keterujaan, berpaut pada satu kenyataan yang tak mampu ditangkis kerana masa telah merubah segalanya. Perjuangan dalam perkidmatan yang belum selesai tetapi telah sampai ke pengakhiran dan bakal diwarisi generasi baru dengan harapan pengganti biarlah segagah dirinya. Tangkas dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak pernah berkira andai masa bersama keluarga dihadkan demi tuntutan tugasan dalam melaksana undang-undang.

Tidak lama lagi segala tanggungjawab yang digalas akan di pindahkan kepada pejuang anak bangsa yang lain, moga hatinya luhur demi tanggungjawab. Memegang kukuh panji-panji Sang Saka Biru! Berpegang teguh pada sumpah yang dilafaz. Menjalankan tanggungjawab mengikut paksi yang lurus.

Sentiasa segak dalam uniform walaupun telah dimamah usia. I like it...

 Bermula juga satu fasa baru dalam kehidupan Pak Tuan, akan kehilangan rutin hariannya. Membelah pagi yang dingin ke pajabat, menyelak fail yang tak pernah surut, menyelesaikan IP yang silih berganti, menghadiri mesyuarat demi mesyuarat. Pasti pada awalnya Pak Tuan akan melaluinya dengan seribu kepayahan kerana lebih 30 tahun rutinnya sentiasa sibuk, hatinya, jiwanya penuh dengan perjuangan demi negara! Patriotisma yang ada dalam dirinya akan kekal sebegitu!

Harapannya cuma satu, jangan dipandang rendah dan serong pada PDRM, andai ada hatinya cukup terguris. Jangan kerana 'Nila nan setitik menjadikan susu sebelanga rosak' kerana masih ada perjuangan yang telus dalam PDRM, yang jiwanya, hatinya dan dirinya berjuang demi negara!

Nukilan Aina: Hati bagai di tusuk sembilu, bila pertama kali melihat catatan di dinding pejabatnya. Itu hatiku bagaimana pulak dengan hatinya? Hanya Allah yang mengetahui. Itulah hukum alam!

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. Selamat bersara Pak Tuan. Tanpa seragam pun, khidmat Pak Tuan pasti boleh dicurahkan. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  2. kak sungguh puitis sekali kata2 akak dalam entri nie..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum junAina,
    membaca n3 jun ni..nak tahu juga siapa yg nak bersara.

    BalasPadam
  4. insyaallah kak cik...

    walaupun persaraan hanya akan berlaku tahun hadapan tetapi pada akhir tahun Pak Tuan akan mula bercuti.

    BalasPadam
  5. Amy...

    kata-kata ini lahir dari hati buat sorang insan yang sangat disayangi!

    BalasPadam
  6. zue...

    yang dalam gambar itulah empunya diri, dia tempat mengadu nasib berkongsi kisah cerita dan duka!

    BalasPadam
  7. selamat bersara utk pak tuan..semoga jasanya akan dimanfaatkan ke medium yang berlainan pula

    BalasPadam
  8. dah nak bersara 'PAK TUAN'...Mesti pelbagai p'saan ada di hatinya skrg ni...

    klik HB

    BalasPadam
  9. Selamat bersara buat Pak Tuan.
    Masa bersama dengan ahli keluarga sebab selama ni mungkin terbatas dek kesibukan tugas.

    BalasPadam
  10. selamat malam jun

    rasanya tak telambat ayu nak ucapakan selamat bersara utk orang yang jun tuliskan entry khas padanya..

    semoga khidmat baktinya dijalan fisabillilah....

    PS: terharu dgn entry ini.....mesti tuan rasa bangga

    BalasPadam
  11. saya juga sudah makin menghampiri garisan penamat dalam karier .. saya dapat merasakan perasaan Pak Tuan.

    BalasPadam
  12. Saya terlalu kat sini. Jadi apa salahnya saya pun nak ucapkan selamat bersara pada pak Tuan. Ni la masanya nak enjoi bersama keluarga.hehehe
    tompang lalu.

    BalasPadam
  13. Selamat bersara buat pak tuan
    mesti banyak suka duka yg telah di lalui...

    BalasPadam
  14. Selamat Bersara Pak Tuan.. tapi siapakah Pak Tuan itu?..bos kak jun erkh...

    BalasPadam
  15. Masa kali pertama berjumpa PAK TUAN SYED ni dulu, Kak Azie pun kagum dengan cara dia...

    Dia memang seorang pejuang bangsa yang hebat.

    Semoga hari-hari terakhir sebagai petugas sentiasa diisi dengan kegembiraan dan kenangan.

    JASAMU DIKENANG!

    BalasPadam
  16. sedih pulak membaca entry ni... sob3x..

    BalasPadam