Keputusan Ujian Setara Junior.

1:19 PTG JunAina 18 Comments


Selama ini hati ibu ini terlalu resah dengan persekolahan si kecil dalam keluarga. Sejak pertama kali melangkah ke alam persekolahan semasa berumur lima tahun sehinggalah menjejakkan kakinya ke Tahun 1, debaran itu tak pernah berhenti. Mampukah Syed Mohamad Hikram aka Adik aka Junior memberi persembahan yang terbaik.

Junior tidak pernah memberi tumpuan dan tidak tertarik kepada pelajaran. Dunianya hanyalah mainan dan kartun di televisyen. CD yang ada tidak ada satu pun yg berunsur pembelajaran, kalau ada yang kakak dan abang sebelum itupun dia memang tak layan. Sehingga satu peringkat atas nasihat seorang doktor di minta membawa Junior melalui ujian Dyleksia seperti yang pernah di tulis kat entri terdahulu HIKRAM DYSLEXIA (kalau rajin bacalah…). Berbincang dengan Pak Tuan dan sebagai lelaki yang mempunyai keegoannya yang tersendiri, dia menolak cadangan itu dengan alasan belum masanya lagi untuk dia mula belajar. Berilah masa. Janjitemu yang telah dibuat terpaksa di batalkan.

Memasuki Tahun 1 dengan keterujaan melampau, sejuk hati mama sekurang-kurangnya dalam kekurangan ada kelebihannya. Walaupun sudah ke Tahun 1 tanpa mampu membaca tetapi Junior sangat rajin dan bersemangat untuk ke sekolah. Bukan ingin meletakkan perbandingan antara anak-anak tetapi Junior sedikit ketinggalan dibandingkan antara kakak dan abang yang telah boleh membaca pada usia 5 tahun.

Baru-baru ini Junior menduduki Ujian Setara, sebelum cuti sekolah. Minggu lepas mula mendapat keputusan ujian yang di duduki. Sangat terkejut! Selama ini mama terlalu memandang rendah kemampuan kamu, sehinggakan hanya meletakkan markah perperiksaan mungkin hanya sekitar 50% sahaja (itu pun paling tinggi). Mana taknya 2 minggu pertama mama terpaksa mengajar untuk dia menyebut 1 TEKUN (nama kelas dia), puas juga cuba mengingatinya. Kelas Junior pulak adalah kelas yang ke-5 dari 7 kelas.

Alhamdulillah. Besyukur sesangat dengan apa yang dia dapat.


Ini Kertas Pendidikan Islam. Kalau nak ikut tulisan jawinya memang Junior kantoi (pendapat mama je...). Tak sangka dia boleh lulus jugak.


Ini kertas ujian matapelajaran Matematik. Markah 27/40, mendapat 74% dan mendapat gred B.


Kertas Bahasa Melayu Kertas 1 (Pemahaman), mendapat 70%.

Bahasa Melayu Penulisan, agak bagus Junior dapat 95%.

Ini paling tak tahan, tulisan ini mama zoom dari kertas peperiksaan Pendidikan Islam, sampai hari ini tak leh nak fikir. Macam manalah Junior boleh imagine untuk tulis terbalik macam tu.

Matapelajaran lain pun dah dapat tetapi tak sempat nak ambil gambar, terpandang pagi tadi kertas Bahasa Inngerisnya cuma dapat 49%. Alahai anak... Mama pula kebelakangan ini tersangatlah sibuk, anak-ana sedikit terabai tetapi nasib baiklah Umi yang menjaganya, kalau tak apalah kata pengasuhkan coz selalu ambik anak lewat.

Umi & Alya. Penjaga anak-anak merangkap my fesyen designer & acctually she is my sista...hahahaa...



Nukila Aina: Setiap anak mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri dan sebagai ibu kita seharusnya memberi perangsang kepada mereka untuk terus berjaya di dalam hidup. 





You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Buat Syed M.Hikram.

    Tahniah dari aunt. Yati. Semoga terus berusaha jadi pelajar yang cemerlang dan jadi anak yang soleh ;)

    *Mengikut pengalaman saya, ramai anak-anak dalam usia tu cenderung tulis nama terbalik ;) INsyaAllah nanti akan okay

    BalasPadam
  2. "Alhamdulillah...syukur,syed hikram berjaya dpt markah yg baik.Anak2 akak pun semua dah dpt keputusan..ada yg elok ada yg teruk...tapi tak apalah diorang baru darjah satu/dua..jgn tekan sangat.."

    BalasPadam
  3. aunt. yati...

    terima kasih...nanti hikram usaha lagi kuat ye.

    entahlah yati...k.aina nie risau je. minat dia tu tak ada langsung nak belajar tapi dah pelan2 baca komik tapi tak tau apa yg dibacanya...hahaha...

    BalasPadam
  4. syukur k.pia...tak lah teruk sangat sekurang2nya dia boleh mengenal abc dan mampu membilang.

    BalasPadam
  5. TAHNIAH HIKRAM..

    SETIAP ANAK ANUGERAH DARI YANG SATU YANG PUNYA ISTIMEWA MASING2.. MOGA KELAK MENJADI YG BERBAKTI PADA IBUBAPA..

    JOM KE: ALL IN ONE

    BalasPadam
  6. jadi motivasi pada bakal ibu mcm saya.. sy sendiri pun masih tak tahu mcm mana nak didik anak yg bakal lahir ni. mcm2 kerisauan melanda. Selalu bertanya kat diri sendiri.. mampu ke jd ibu yg terbaik buat si anak.

    BalasPadam
  7. Tahniah Junior...
    Semoga cemerlang dunia dan akhirat dan menjadi anak soleh..Amin..

    BalasPadam
  8. tergelak sendiri bila Jr tulis terbalik... pada kertas agama pulak tu..mungkin la..tulisan jawi..dari kanan ke kiri...so..dia pun ikut juga la..heheh...;)

    markah yg baik...ada yg dapat A...dh ok dah tu.. ;)

    tingkat kan usaha..pasti berjaya.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    JOM UJI MINDA-JAWAPAN

    BalasPadam
  9. Tulisan jawi kan ditulis terbalik, dari kanan ke kiri. Tak sama dgn menulis rumi.

    Agakanya sebab tu lah IKRAM sangka nama pun kena ditulis terbalik juga.

    Sekali pandang macam kelakar, tapi sebenarnya itu pendapat tulus jujur dia.

    Toksah risau, pelan2 dia akan dapat belajar dengan lebih sempurna nanti.

    BalasPadam
  10. serius xtahan yg tu...kreatifnya dia bleh alih tulisan tu...dah mcm wat kat komputer dah...

    BalasPadam
  11. insyaallah nur...yang penting sebagai ibu bapa kita hanya memberi galakkan.

    BalasPadam
  12. LLG...natural aje. aura ibu itu akan datang sebaik sahaja bayi anda dilahirkan...hahaaa...

    zaman sekarang banyak buku panduan untuk menjadi ibu yang baik, kat internet pun banyak. tak susah nak cari tip dan kemudain sesuaikan dengan keadaan kita.

    BalasPadam
  13. Betul tu. anak adalah anugerah Tuhan yg punyai kelebihan masing2....mudah2an junior akan terus berjaya dgn kemampuannya yg tersendiri.

    klik HB..:)

    BalasPadam
  14. terima kasih cik SHiNJU...

    insyaallah doa yang terbaik...

    BalasPadam
  15. itulah nabilah...puas k.aina dok fikir, cam nerlah dia boleh buat cam tu.

    BalasPadam
  16. k.azie...
    aina memang risau takut jugak terbabas sorang ni tapi pak dia rilex ja...kadang2 naik angin gak...hahahaaa...

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah tahniah , semoga menjadi anak yang soleh , taat kepada kedua ibu bapa dan patuh pada perintah allah.Dan yang penting kecermelangan bukan saja di dunia tetapi di akhirat juga..amin

    BalasPadam
  18. dak Adik mungkin terfikir macam mana nak tulis nama dalam tulisan jawi.. luar pemikiran kita kan.. ;)
    Apa-apapun moga dak Adik kuat semangat untuk terus belajar dan belajar hingga berjaya.. ;)

    BalasPadam