Keletihan dan Mengantuk
Badan dah tersangat letih. Malam tadi kerja hingga lewat malam, tekun sangat bekerja sehingga mata mula terasa berat. Mengangkat muka memandang jam, mak aiii…pukul 12 malam! Cepat-cepat siapkan kerja dan kemaskan meja, bersedia untuk balik. Dalam hati merungut-rungut juga, kenapalah client ni tergesa-gesa nak balik INDIA. Terpaksalah kami bekerja keras seminggu ini.
Ku pandang sebelah, jiranku masih tekun bekerja dan bos kecikku menarik kerusi duduk di belakang. Ingin berehat sekejap katanya. Kesian…masing-masing terpaksa all out. Sempat lagi dia buat lawak bodoh…’dah gi balik nanti laki datang cari saya susah’ ekeleee…kenapa tak cakap dari pukul 8 tadi, kalau tak dah lama lesap.
Pukul 8 malam dah alihkan motor dari parking dalam bangunan ke kaki lima, alhamdulillah walaupun jam sudah menginjak 12 malam Kuala Lumpur masih terus hidup. Masih berhati-hati membuka kunci motor kerana kawasan pejabat ramai kaki dadah, risau! Pengawal keselamatan pun masih ada lepak-lepak di depan bangunan.
Memikirkan jalan terpantas untuk sampai ke PLUS Highway, memilih AKLEH-Jalan Tun Razak (U-turn kat persimpangan ke Jalan Semarak) terus ke Tol Sg. Besi. Bayangkanlah…sorang perempuan merempit sendirian di dinihari, kalau kena tahan polis mahu dia kata minah rempit!
Nukilan Aina: Belum nampak tanda-tanda boleh balik awal hari ini, masih perlu mengorbankan masa dan keringat untuk menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Buat Pak Tuan terima kasih kerana memahami situasi dan di harap akan terus memahami. Kepada anak-anak tersayang, pengorbanan hari ini adalah untuk masa depan kalian dan yang pasti bulan Julai nanti kita cuti sakan!
Aduhai... sampai jam 12tghmlm baru keluar dari pejabat? Oh! kalau kakcik mungkin lembik jadinya...
BalasPadamBawak motor gi kerja ? Waaa.... respect betul! Hati-hatilah... jarang benor kita nampak ladies naik bike ke tempat kerja.. kecuali dlm citer korean, hehe....
BalasPadamwah..teror ni merempit di mlm hari hehehe..berani nya balik kerja malam2..klu kak zue tak berani..takut.
BalasPadamAina..hati2 ye..kalau lepas kul 12 tu dah kira tengah malam tu..
BalasPadamsemoga aina sentiasa dilindungi dan dirahmati
tuntutan tugas terpaksa le kak cik...letih tapi puas hati bila tugas selesai...
BalasPadamkay...dah bertahun2 cam gitu. tak larat nak merempuh jem kat KL, lebih rela berpanas dan berhujan dari terdera hati dan perasaan dalam jem...
BalasPadamzue...walaupun dah kul 12 KL tak pernah mati, highway dari KL sampai Kajang dan sampai rumah masih ramai orang. Agaknya dia org ni tak tidur malam kot?
BalasPadamterima kasih kak erna. Insyallah...harap keikhlasan aina berkerja berbaloi!
BalasPadam