ARIANI Platinum.

3:33 PTG JunAina 9 Comments

Akhirnya dapat jugak!

Rabu pergi makan bersama Pak Tuan kat Jalan TAR sambil jalan-jalan cuci mata, tiba-tiba terpandang banner kat sini. Member card sale! 6 hari sahaja bermula 27 April. Wahhh...macam best je, sempat le singgah menjamu mata. Walaupun ada yang terbekenan sabarkan jelah hati ini. Pak Tuan mentain je, belek-belek tudung. Selepas puas-puas membelek terus keluar dan pergi ke tempat kegemaran dan beli le dua helai tudung yang berharga RM10 untuk mengelakkan kempunan..hahhaaaa...

Semalam kakak-kakak kat office ajak pegi, kebetulan Pak Tuan tak dapat melayan kerana menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Jalan berempat dari office ke Jalan TAR, melalui CAP SQUARE. Semasa kakak-kakak memeilih tudung AINA hanya jadi penasihat je, jadi IMAGE CONSULTANT. Sambil tu sms Pak Tuan bagitau ada kat ARIANI temankan kakak-kakak kat office membeli-belah. Tak lama lepas tu mendapat jawapan positif dari Pak Tuan berbunyi 'Kalau nak belilah, balik nanti claim tapi jangan mahal-mahal sangat bawah Rm50'. YES!!! Pucuk di cita ulam mendatang.

My first collection of ARIANI PLATINUM! Berbaloi-baloi beli time sale. Dari harga RM120 boleh tinggal separuh harga dan yang satu lagi tu penghabisan stok RM48 je. Kalau nak membeli harga biasa memang tak terbeli bukan tak ada duit tetapi dengan harga tudung sehingga RM120 untuk sehelai rasanya lebih baik duit itu di gunakan untuk benda-benda yang lebih penting.

Tudung ARIANI PLATINUM ini memang bila kita pakai nampak cantik dan exclusive. Warna biru kegemaran AINA dan Pak Tuan jugak. Hampir 50% less, memanjakan diri selepas bekerja teruk sepanjang bulan.
 

Mengikut syarat Pak Tuan boleh beli tudung asalkan tidak lebih dari RM50 so AINA beli satu lagi, claim pada Pak Tuan dan consider sebagai pemberian Pak Tuan untuk bulan ini (bulan depan lain pulak tau!)...hahhaaaa... Baru terperasan juga berunsur sedikit biru.



Itulah wanita tak habis dengan shopping tetapi jangan sampai membazir pulak. Bila kawan-kawan pakai terasa teringin dah dapat dua ini cukuplah untuk hilangkan kempunan. Sejak ARIANI PLATINUM diperkenalkan dan WARDINA menjadi dutanya rasanya inilah pertama kali di beri diskaun yang sebegitu dan pertama kali jugalah AINA beli ARIANI PLATINUM!

Nukilan Aina: Bukan harga dan jenama yang menjadi ukuran tetapi keselesaan memakai yang lebih utama disesuaikan pulak dengan fungsinya untuk menutup aurat.




You Might Also Like

9 ulasan:

  1. penah beli gak ariani tp x berapa selesa sgt dgn sy..

    BalasPadam
  2. aanie...

    aina kalau yang mula2 keluar dulu yang plain tu memang tak berapa suka sangat tapi yang platinum ni memang aina suka tapi tak boleh le nak beli banyak2 mahal sangat...

    BalasPadam
  3. aina..akak memang belum pandai pakai tudung ariani ataupun yang sewaktu dengannya..
    pernah cuba beli pearl haya..
    anak2 sume komplen..katanya mak tak cantik pakai tudung pesen tu..aduhai..anak lelaki pun pandai komlen..sah la tu.

    BalasPadam
  4. Masa raya tahun lepas kak Zai beli 4 helai bila balik menyesal sebab habis duit beratus ringgit.Rasanya takkan masuk kedai tu lagi.

    BalasPadam
  5. kak erna...

    tudung aina kebanyakannya memang jenis sarung macam tu saja, dah lama tak pakai tudung yang kena pin sana sini...

    pagi2 sibuk sangat so tudung tak perlu iron pun, ambik baju matchingkan dgn tudung & sarung je...

    kalau bab tudung belum lagi nak komplen tapi kalau bab pakai baju anak2 dah pandai. mama baju tu ketatlah, baju tu sentenglah, baju tu tak sesuailah pakai ngan seluar tu & macam2 agi...hahahaa...selalu sangat kena ngan anak2. kalau bapak pakai le apa pun tak pernah kisah tapi kalau tudung tak sesuai memang dia soh tukar.

    BalasPadam
  6. itulah kak zai, aina pun beli masa sale je, kalau nak beli harga biasa RM120 satu rasanya tak kot. tudung aina kat rumah tu yang harga 2 ringgit pun ada. tak pentingkan jenama dan harga yang penting selesa.

    BalasPadam
  7. Yelah..nak beli tudung setakat sehelai spi ratus2 rasa cam belum mampu kan. klu ada sale cam ginilah yg bestnya. saya punya tudung paling mahal pun pnh beli dlm RM35 je...yg lain2 besenye dlm RM20 je..hu3..

    BalasPadam
  8. peminat arianiRabu, Mei 11, 2011

    kak..boleh tak bagi no kad ariani pada saya..no kad je..boleh dapat diskaun kit..tq..

    BalasPadam
  9. kak..leh tak bagi no kad ariani..nak no je..boleh dapat diskaun kit,kalau tak keberatan la..
    cintaku.mati@yahoo.com

    BalasPadam