Alasan.

7:21 PTG JunAina 7 Comments

Hairan macam mana orang boleh up date blog tiap-tiap hari. Consistant pulak tu. Kadang-kadang sampai dua tiga kali update. Jelez tau...

Dulu alasan tak ada internet kat rumah, sekarang dah ada pun sama juga masih juga tak dapat nak update tiap-tiap hari. Cerita banyak nak dikongsi tapi bila sampai rumah dah lain pulak jadi. Beri alasan lagi.

Aktiviti setiap hari.
1. Pukul 5am bangun siapkan anak-anak ke sekolah, hantar aanak ke sekolah  dan merempit pergi opis (sekarang Pak Tuan dah bersara tak ada driver lagi).
2. Sibuk di opis (kadang-kadang buat-buat sibuk).
3. Petang merempit balik biasanya pukul 6.30pm.
4. Sampai rumah 7.15-7.30pm bergantung pada keadaan dan mood merempit (kalau tengah hangin cepat le sampainya...hahahaa...).
5. Solat tengok berita (tak masak pun coz anak-anak dah makan di rumah adik, mak makan apa yg ada).
6. Pukul 9 mula nampak bantal...bantal...dan bantal...(almaklumlah bawak moto sendiri dari Kajang-KL).
7. Awal anak-anak dah booking broadband, bila pukul 10 time tido mak dah dulu belayar.

Itulah alasannya tak boleh update blog. Apapun esok tempat kerja Aina bercuti kerana public holiday jatuh hari Sabtu so kita orang hari Jumaat bercuti. Sapa nak join cuti jom. Esok juga merancang perjalanan ke Kampung Aji, Bota Kiri, Perak. Dah lama rasanya tidak menjengah ibu mertua yang kian uzur.







You Might Also Like

7 ulasan:

  1. wah padat tu rutin sbb tu kot x sempat nk update blog selalu

    BalasPadam
  2. saya yg jd surirumah pun tak dpt update byk2 dlm sehari. cuma target 1 entri sehari..jadiklah. buat byk2 pun, kalau yg baca ciput..tak best gak.

    BalasPadam
  3. ya allah..busy nya...memang patut pun susah nak update blog..ehehehe..tak pe lah, dahulukan yg mana penting

    BalasPadam
  4. huhu..same la kita kak.kadang tu penat2 langsung terus tidoq..

    BalasPadam
  5. saya update blog skrg pun ikut dan jer.... tgk kesesuaian masa serta isu yang rasa nak berkongsi

    BalasPadam
  6. saya kat rumah pun tak de masa kak nak on lappy bagai..tak kuasa saya...

    saya update dari ofis je, curi2 masa...sambil buat keje sambil hapdet...hehe...

    BalasPadam
  7. LLG-bz bangat le...kekadang buat2 bz...hahaha....

    Ujie...
    Kalau hari cuti lagi tak sempat, tangan pun tak cukup nak buat kerja kadang2 kuis2 ngan kaki je apa ada kat lantai...

    Daddy Ziyyad...bz entah sampai bilakah akan habis...

    Cma...akak kalau balik kerja memang nak kanding jerk...hahaha....

    eelobor...akak ni bukan takat update blog, nak ziarah blog kawan2 pun tak sempat. terima kasih le pada semua yang sudi singgah walaupun kak aina tak berblog walking pun.

    wahida...sempat gaks nak update kat opis kak aina tak menyempat2 sejak akhir2 nih. kena buat baik appraisal time hahahaa (sebenarnya tengah sibuk detail design projek...:))

    BalasPadam