Rendang Hijau Ayam Kampung | Keli dan Talapia Bakar | Hatiku Tertinggal di Sana.

10:56 PG JunAina 15 Comments

Setahun sudah berlalu. Setahun jugak tidak ketemu. Mulutnya sudah mula berbunyi, hatinya jugak menyeru-nyeru. Datanglah. Keli di kolam sudah boleh ditangguk. Sudah juga menjadi berkali-kali dikenduri sebagai saham di akhirat kelak, menjadi sedekah pada tetangga. Ayam jugak sudah dara nanti mula bertelur keraslah pulak. Hasil getahnya lama jugak tidak dituai walaupun setiap hari pokoknya ditoreh.

Memang telah lama kami tidak ke sana menziarah kakak kedua Pak Tuan. Berkelana jauh diperantauan demi kehidupan yang lebih baik. Hari Jumaat lepas Jun ambil cuti separuh hari (sehari le tu coz Jumaat memang kita orang kerja separuh hari je, jangan nak kata best coz setiap hari memang kita orang kerja extra sejam okeh). Pagi-pagi dah bertolak, berdua dengan Pak Tuan. Anak-anak masih periksa. Singgah berteh tarik sambil lepak santai di Semenyih. Singgah lagi di Beranang kerana Pak Tuan ingin mengambil gambar sebidang tanah yang menarik perhatiannya. Kemudian meneruskan perjalanan dan singgah di Econsave Kuala Pilah membeli apa yang patut. Singgah jugak di Maybank kerana satu urusan yang perlu diselesaikan pada hari itu jugak. Penyudahnya kami sampai jam 12 tengahari. Roti canai pun udah sejuk kata beras ku.

Pak Tuan hanya menjadi co-pilot. Menjadi GPS kat sebelah. Sejak akhir-akhir ini setelah bergelar pesara dia juga telah mula bersara menjadi pemandu. Kemana-mana, jauh atau dekat isterilah yang akan memandu. Tersandar kat sebelah melayan cakap isteri sahaja. Agaknya dah bosan memandu! Katanya kalau boleh dia nak memandu kapal terbang sahaja coz tak ada traffic light!

Hari ini hanya jamu mata makan-makan tempoh hari ye. Kalau semangatnya tidak kuat anda dilarang melihat gambar-gambar tersebut.

Rambutan di depan rumah dan maggis di belakang rumah yang sedang berputik. Harus lepas raya kami datang lagi kata Pak Tuan.

Lepas balik bersolat Jumaat bergaya sakan dengan talapia yang dibakar oleh orang lain. Macam Pak Lebai! Sudah lama Pak Tuan mengidam baru kini dapat, harus balas dendam nanti.

Lagi gaya situkang bakar. Lembu punya susu sapi dapat nama! Tak adil.

 Tayang-tayang dari jarak dekat. Dua ekor talapia bakar bersama ikan keli yang dialas daun pisang. Fuhhh...memang kampung habis.

 Di sinilah keli dibela. Telaga kecil dibelakang rumah tetapi telah banyak berjasa. Beberapa rumah kenduri turut mendapat habuan untuk hidangan sehari sebelum kenduri. Zink itu diletak supaya buah kelapa tak jatuh dalam telaga itu kerana kebetulan sebelah itu ada sepohon kelapa gading.

 Ayam peliharaan yang dua ekor kawannya telah menjadi korban pagi tadi. Disembelih, dilayur dan dimask rendang. Ayam-ayam ini dibela didalam sangkar tidak dilepas. Makanannya sahaja berharga Rm3.50 sekilo u... Bukan untuk dijual okeh!

 My beras (sebut betul-betul ye) Nyah Ya aka Tok Perak (kat Felda Pasoh 3 banyak sangat nama Zakaria so di sebabkan dia orang Perak terus dapat gelaran itu). Pendengarannya sudah kurang jadi terpaksa le bercakap sedikit kuat. Bila anaknya cakap kuat dimarahnya pulak katanya ayah pun nak ditengking, cakap perlahan tak dengar pulak!

 Pak Lebai layan kelapa muda segar dari pokok kat belakang tu. Korang ada?

 My kakak ipar. Nyah Aishah. Dari kami sampai hinggalah kami nak balik dia tak berhenti bercakap. Sangat-sangat sayang dia pada Pak Tuan.

 Rendang Hijau ayam kampung. Hasil korban yang dalam sangkar tadi.

 Tayang-tayang lauk makan tengahari. Abaikan tangan yang menyibuk kat situ. Dalam pinggan putih berbunga merah tu telur ikan keli yang digoreng kunyit. Sedap...

Penutup. Minum petang sebelum bergerak pulang. Pengat keledek, disangka merah rupanya kuning so makan Pengat Keledek Kuning sahajalah petang itu.

Terima kasih pada kakak ipar dan suami. Layan kami baik sangat. Seperti biasa sesi menapau tetap berlaku. Nasi, rendang ayam, ikan bakar hinggakan sambal belacan turut diberi. Katanya sudah letih balik nanti hangatkan sahaja, senang anak-anak nak makan nanti. Selain itu turut di bawa balik jambu batu, betik dan kelapa untuk dibuat benih. Kalau boleh agaknya mereka berdua nak penuhkan sahaja bonet kereta.


You Might Also Like

15 ulasan:

  1. Baca sambil telan2 airliur! :)

    BalasPadam
  2. ya Allah!! sedapnya layan minum air kelapa muda kak...


    terliur!!

    BalasPadam
  3. sedapnya makan ikan bakar tu..lebih-lebih lagi makan di kampung..huhuhu

    BalasPadam
  4. bestnya makan ikan bakar!! seronok kan duduk kampung..nak makan petik je..duk di bandar apa pun tak boleh!

    BalasPadam
  5. wahh bestnya kak June... dapat bersantai di kampung dengan suasana yang sungguh mengimbau kenangan lama.. syiok lah kan... best

    BalasPadam
  6. peeerrghhh sedap nyer...lps mkn, zzz ats pangkin...waduuuhhh

    (ada pangkin x kak?)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Opsssssssssss! memang hati tak kuat!

    BalasPadam
  8. uishh... memang original habih lauk pauk...semua sendiri yang bela/tanam tak main beli kat paso..

    BalasPadam
  9. keli bakar tu feveret acu la kak
    sedap nye cicah dengan air asam

    BalasPadam
  10. Perghhhh..sedapnya tgk talapia bakar tu..dpt pulak minum air kelapa fresh! :)

    BalasPadam
  11. Sedapnya nampak talapia n ikan keli bakar tuh :D

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Jun

    kalau ada anak2 ikut lagi meriah tu....

    tengah telan air liur ni....he he

    BalasPadam
  13. Hehe. Pergi restoran bungkus rendang bwa kat umah..

    BalasPadam
  14. Rejeki oh rejeki. Org kg mmg pemurah!

    BalasPadam