Utamakan Keselamatan

4:35 PTG JunAina 21 Comments

Bila mendengar berita semalam sepasang suami isteri meninggal dalam kemalangan hati menjadi sayu. Mereka menjadi korban atas kecuaian orang lain. Sedangkan ditika itu mereka berada di dalam situasi yang selamat secara logiknya. Korban Ramadhan yang pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam buat keluarga mereka.

Tak lama lagi pula musim perayaan. Ramai akan memulakan perjalanan jauh. Balik kampung. Pada ketika sebegini jugak kebiasaannya banyak kemalangan akan berlaku sebagaimana tahun-tahun yang lepas. Tanpa kita duga mungkin kita juga boleh menjadi salah seorang mangsanya.

Keselamatan bukan sahaja dijalan raya juga di rumah, di pasar raya, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Jenayah berada dimana-mana. Bukan sahaja secara sembunyi malahan penjenayah sekarang berani melakukannya secara terang-terangan. Ambillah tindakan sewajarnya. Sekiranya kita terpaksa menghadapinya jangan cepat panik.

Buat semua utamakanlah keselamatan. Peka pada keadaan sekeliling. Belajar menjadi lebih pantas dalam setiap tindakan. Bersedialah menghadapi apa juga situasi. Bijaklah dalam membuat keputusan dalam keadaan yang terdesak.

Walaupun takdir ALLAH adalah rahsianya yang telah tertulis sekurang-kurangnya kita wajar berusaha.


You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Sedih baca kisah suami isteri yg tersepit antara dua bas tu kan kak...Semoga anak dia yg berusia 2 tahun tu terbela..

    BalasPadam
  2. CkLah pun terpaku mendengat berita kematian suami isteri tu semalam. Alfatihah untuk mereka...

    BalasPadam
  3. terima kasih .. saya juga merasa bimbang kerana tahun ini saya akan beraya di Perlis. semoga kami selamat pergi dan selamat kembali.

    saya terasa macam dengar nasihat dari pihak PDRM. hehe

    BalasPadam
  4. Terimakasih berpesan-pesan. Memang kemalangan boleh berlaku bila-bila, di mana-mana dan kpd sesiapa saja..

    BalasPadam
  5. bila tgk berita semalam pun hati dya sayu..bila nak musim perayaan mesti byk kes kemalangan..

    BalasPadam
  6. Doc...anak yatim piatu tu, amanah ALLAH buat kita yang tinggal.

    BalasPadam
  7. ckLah...sedih...
    kesian anak yang ditinggalkan.

    BalasPadam
  8. Tuan Haji...

    Perlis ye...jauh tu tuan haji. Memandu hapir 500km. Nak konvoi dengan saya tak coz tiap2 tahun saya jugak balik Perlis.

    Perlis kat mana tuan haji?

    BalasPadam
  9. dyabunga...
    Akak pun risau dengan kes2 kemalangan ni, almaklumlah akan memandu jauh...

    BalasPadam
  10. Kakak baca kisah accident yg melanda tu membayangkan anak yg 2 tahun tu Jun. Kesiannya bila balik dari nursery sekali yg jemput bukan mak-ayahnya. Bayangkan kalau jenis yg tak mahu ikut org lain. Sedihnya:(

    BalasPadam
  11. sedih sangat june baca kisah suami isteri tu.. semoga mereka berdua/bertiga ditempatkan bersama2 dengan orang soleh...

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kak aina...salam ramadhan...dtg jenguk akak sebab lama sangat saya tak singgah sini...hopa akak sihat dan ceria =_=

    BalasPadam
  13. kene sentiasa berhati2 & baca doa..
    insyallah hrp2 selamat :-)

    BalasPadam
  14. Sayu sangat bila tengok berita ini.

    Al-Fatihah buat arwah.

    Risau juga bila menjelang hari raya nanti dah tentu banyak kenderaan dijalan raya.

    BalasPadam
  15. KC sedih bila baca berita tu kak. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah SWT. Selain dari Utamakan Keselamatan .. banyak-banyakkan berdoa. Moga dipermudahkan.

    BalasPadam
  16. sedih kan.. tapi sudah tertulis begitu..

    BalasPadam
  17. minta doa agar kita semua sentiasa dilindungi serta dijauhkan daripada kecelakaan.

    BalasPadam
  18. sedihnya org yg ditinggalkan..

    mereka sehidup semati kan..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,

    Sedih kan membaca kesah2 tragedi Ramadhan ini.

    Kita bersedia..kita berusaha mendinding diri dgn amal solleh agar selamat dunia akhirat.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/08/sekadar-yang-termampu.html

    BalasPadam
  20. Macam tak berkesan walau dah macam-macam ops dibuat kan Jun..

    BalasPadam
  21. berhati hati di jalan raya utnuk semua yg pulang ke kampung raya nnt

    BalasPadam