Sakit Kulit - Letih Adik Menggaru

11:34 PG JunAina 16 Comments

Tidur malam asyik terganggu kebelakangan ini, sejak balik cuti raya sebulan yang lepas. Tidur adik tak nyenyak asyik garu-garu. Setiap kali adik bergerak mama akan terjaga. Hulur tangan gosok-gosok. Senyap. Gaya mata hendak lelap adik garu-garu lagi. Mata mama terbuka lagi. Bangun ambik krim yang doktor bagi sapu lagi padahal sebelum tidur sudah sapu ubat dan makan ubat. Kata doktor ubat gatal dan alahan tu mengantuk tetapi mama tengok tidur adik tak nyenyak pun kecuali masa awal malam lepas pukul 1 pagi adik mula menggaru-garu.

Kisah awalnya cuma sedikit luka di bahagian pelipat sikunya masa main-main kat kampung. Sikit sangat. Bila balik Kajang nampak macam berair, bawak jumpa doktor. Ubat sapu 3 jenis, ubat makan pun tiga jenis. Sapu ubat tiap-tiap hari. Makan ubat juga tidak pernah lupa dan salah satunya antibiotik. Lama-lama naik seperti ruam di lengan, semakin lama semakin menebal. Bertahan sapu lagi ubat yang doktor bagi. Dua tiga hari lepas tu tengok mula naik di badan. Penuh kat belakang kat perut. Rupanya kat bontot dah mula berkudis. Kat bahagian kelakian pun ada gak termasuk celah kangkang. Pening.

Telefon KPJ Kajang Specialist nak buat temujanji rupanya kat situ tak ada Pakar Kulit. Mama google. Cari doktor pakar kulit di Kajang. Hanya satu yang ada, memang tiada pilihan. Klinik Pakar Kulit Annur di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Telefon nak buat temujanji tetapi yang kosong cuma seminggu lagi. Mama merayu. Mana bisa adik menahan derita lagi. Alhamdulillah. Petugas kat klinik sangat memahami mereka selitkan temujanji untuk keesokkan harinya. Masa gathering tanya Dr. Hanie berkenaan Pakar Kulit, confirm hanya Annur je ada Pakar Kulit kalau nak klinik lain kena pergi KL.

Keluar pejabat pukul 4.45 petang awal 1 jam 15 minit akhirnya lambat jugak balik pasal sejak semakin tua ni macam-macam benda asyik lupa. Kunci...owh..kunci... Tanya guard kat parking dalam zaman serba canggih ni dia tunjuk handphone je gambar kunci dok kat motor dengan nombor moto sekali. Dia kata go to the opis. Huh! Sudahlah mengejar masa. Berlari ke Concourse Level keluar ke parking menuju Pejabat Security, isi borang, sign dan berlari ke Basement 2. Ambik motor merempit balik Kajang. Ambik adik kat rumah terus berdesub ke Bangi. Sampai kat Hospital beratur last-last dia kata Klinik Pakar Kulit bukan kat situ. Mama tepuk dahi. Berjalan keluar tinjau-tinjau rupanya hanya sepelaung. Janjinya 6 petang tapi kami sampai 6.30 petang. Nasib baik staff baik-baik semua termasuk doktor yang sangat sporting.

Doktor tengok-tengok badan adik. Terbiasa dengan anak-anak yang sakit ubat klinik sebelum tu mama bawak sekali. Kata doktor pakar yang kami jumpa kandungan kimia dalam ubat tu yang membuatkan infection kat kulit adik. Tempat yang berair cuma lapkan denga air garam yang doktor bagi. Krim sapu 2 jenis. Sambung antibiotik. Ubat alahan satu untuk malam dan satu lagi untuk siang. Terbang duit mama Rm180 tetapi duit bukan nilai kesihatan anak.

Seminggu ini makin kritikal. Bermula pukul 1 pagi adik mula menggaru tanpa henti dan hanya akan tidur nyenyak seperti tiada apa yang berlaku selepas subuh. Malam tadi minta abah buatkan air tawar lepas solat Isyak. Sebelum tidur bagi adik minum dan sapu kat badan. Menjelang pukul satu adik bagai hilang akal menggaru. Setiap kali garu mama akan tepis tangan dia dan gosok-gosok. Hati tak keruan tak tau nak buat apa, abah pula tak ada kat rumah. Bangun solat sunat dua rakaat kemudian bacakan Surah Yassin kat sebelah adik. Makin lama membaca makin kuat adik menggaru. Pukul 4 pagi mama dah keletihan tertidur. Bila bangun pukul 6 pagi adik elok je tido siap tarik selimut. Siang hari dia ok je tak ada nak menggaru-garu.

Blogger Mak Chaq cadangkan cuba cara tradisional tapi nak cari kat mana. Kalau kat kampung tahulah nak cari doktor tradisional ni. Bukan apa takut ketegur atau terkena kata orang tua-tua.






Sebenarnya ruam tebal tu sudah penuh di badan adik. Sejak pergi jumpa Pakar Kulit bahagian perut dan belakang mula berkurangan sedikit. Bahagian kaki dan tangan masih tebal ruamnya. Kesian adik. Hari ini abah ajak pergi farmasi pulak. Sejak dulu memang dah biasa dengan farmasi ni. Pencen kerja hospital tuan punya farmasi buka perniagaan sendiri. Dulu abang kena gata-gatal sehingga bernanah kaki dan tangan akhir sekali jumpa dia jugak. Harap usaha kali ini berhasil.

16 Rider Beraksi:

Gathering Raya Glamer Blogger - Makan-makan, Sembang-sembang dan Gelak-gelak

12:39 PTG JunAina 16 Comments

Ahad nan lalu. Tanggal 23hb September 2012.

Keluarga besar Kite-kite Aje sesi pagi. Sumber Khairul Hakimin.


Selepas semua orang mengisahkan cerita masing-masing dengan cara tersendiri megikut sisi hati masing-masing hari ini Aina juga ingin meluahkan kegembiraan ini. Setiap pertemuan itu adalah buah tangan terindah untuk hari-hari seterusnya. Inilah keluarga baru kita yang semakin hari semakin bertambah bilangannya. Ukhwah yang terjalin moganya akan berpanjangan dan akan dipertahankan selagi hayat dikandung badan. Kalian adalah bunga-bunga yang mula mekar di taman hati.

 First off all gambar tuan tanah le... With Kak Ida my sweet lalink.

Kak Ain, En. Somi dan anak bungsu setakat ini (ada plan tambah lagi ke...larikkk...eekekkee..). Tapikan saya rasa Kak Ain macam kurus sikit sekarang ni ke cermin mata saya yang menipu entahlah.
Orang kuat geng 'Kite-kite Aje'. En. Somi Kak Cik yang sentiasa sporting layan kerenah kita orang semua. Sebelah tu Acu awek Vietnam sosat.

 Pertama kali jumpa Cik Mawar kita sebab asik makan-makan, borak-borak dan gelak-gelak tak sempat nak beramah mesra dengan empunya diri. Salam perkenalan.

 Apalah yang dibualkan oleh ketiga kakak ini. Rabung sungguh sampaikan Kak Azie sedikit terlopong. Mak Chaq pertama kali jumpa tapi best, ramah sampai non-stop dia bersembang.

Hiasshhh...lama pulak le kita dok tunggu dia potong-potong. Kak Azie tak baik tau buat main-main macam tu, semua orang dah tak sabar tak caya cer tengok muka Kak Cik. Tuan punya kek pun dah dok senyum-senyum kat belakang tu. Ada ka patut depa dok tanya kenapa kek tu togel jer. Tak yah tanya yang penting kek tu sodap. Confirm!

Hanya inilah gambar yang ada. Tuan rumah pun tak kelihatan kejam betulkan...hahahaaa... Maaf Dato' dan Datin  derhaka pada tuan rumah pulak tapi Dato' dan Datin memang bestlah walaupun hanya beberapa kali berjumpa mesranya bak saudara sendiri. Gambar Pak Ngah Komensen (Al-Lavendari) pun tak dak...sob...sob...(dalam hati ada taman nak bergandingan bergambar tapi segan coz Mak Ngahnya lagi sweet dari saya). Aana Suryana janji nak gossipping tapi bila dah ramai-ramai terus lupa pas tu gambar eksklusif kita berdua pun tak ada.

Ramai lagi blogger yang datang, senarai penuh boleh jengah di blog Kak Cik. Insyaallah. Panjang umur. Di izinkan ALLAH kita jumpa lagi. Keluarga besar 'Kite-lite Aje'. Walaupun kita hanya blogger kecil dengan ikatan ukhwah yang ada kita mampu menjadi satu keluarga yang besar. 
  

16 Rider Beraksi:

Lambaian Kaabah : Andai Itu Bukan Rezeki

4:08 PTG JunAina 8 Comments

Hari ini entah kali keberapa Pak Tuan mengunjungi Andalusia. Sejak dia mendaftarkan diri untuk mengikut package haji bersama Andalusia hari ini adalah kemuncak kekecewaannya. Sebagai isteri aku menyimpan kesedihan di dalam hati. Memberi semangat agar kekecewaannya tidak parah.

Dua tahun berturut-turut dia mengikuti krusus persediaan haji. Bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali. Namun belum rezekinya untuk menjadi tetamu ALLAH. Tahun kedua semangatnya merudum. Rayuan ke Tabung Haji jugak gagal untuk kali ke dua. Kemudian memilih pula pergi melalui package haji dengan Andalusia.

Bila hati mula berbunga-bunga. Persiapan pun di buat. Borang, passport dan gambar telah diserahkan. Tawaran pakage Rm18,500. Walaupn sebanyak itu perlu dikorbankan dia tetap teruja. Kemudian mendapat perkhabaran package tersebut telah penuh dan ditawarkan package kedua Rm19,500. Dia redza. Menerima tanpa bersungut. Sekali lagi di minta ke agensi menghantar gambar yang hilang. Kedukaannya semakin bertambah bila pihak Andalusia memberitahu namanya tidak dapat di masukkan ke senarai package dan ditawarkan package lain bernilai Rm23,500. Kesungguhannya untuk menjadi tetamu ALLAH membuatkan dia nekad menerima.

Hari ini semangatnya terus mati. Sedih. Gusar. Terlihat riak mukanya yang sangat kecewa. Walaupun aku juga terasa tempiasnya tetapi sebagai isteri aku harus memberi semangat padanya. Bukan masanya. Belum rezekinya. Bersabarlah mungkin ada rezeki lain yang ALLAH telah aturkan. Segala ketentuan ALLAH pasti terkandung hikmahnya.

Mengikut pendaftaran yang telah dibuat Tabung Haji meletakkan lagi 2 tahun Pak Tuan akan mendapat tawaran tetapi dia boleh membuat rayuan. Kebiasaannya mereka yang membuat rayuan dengan alasan kukuh akan mengisi kekosongan bagi mana-mana jemaah yang menolak tawaran yang dikeluarkan pihak Tabung Haji. Entah di mana silapnya. Dua kali rayuan Pak Tuan di tolak.

Timbul juga kemusykilan kenapa ada orang lain yang mendapat tawaran haji kali ke-dua, ada juga kali ke-tiga dari Tabung Haji. Sedangkan orang yang kali pertama beria-ia membuat rayuan tetapi ditolak. Perlukah dalam hal-hal sebegini ada perkataan 'double standard'. Ada orang dalam, kenal orang berpengaruh mesti cepat dapat pergi. Bukan menuduh tetapi inilah realiti yang terpaksa ditelan oleh orang biasa-biasa macam kita. Bukan menyalahkan sesiapa jugak tak ingin mencari salah sesiapa.

Pak Tuan memang megalami masalah lutut. Bimbang semakin lama sakitnya semakin melarat sehingga mengganggu pergerakkannya melakukan ibadah. Sekarang pun ada ketikanya dia terpaksa bersolat menggunakan kerusi. Sebab itu dia tak sayang duit untuk pergi menunaikan ibadah haji menerusi agensi pelancongan yang sah.

Muhasabah diri. Andai ini ujian terima dengan redza. Mungkin masih ada cacatnya amalan. Mungkin hati masih ada sisi kelabunya yang menyekat rahmat menjadi tetamu ALLAH dari singgah menyapa.


8 Rider Beraksi:

Abang Rindu Padamu

1:33 PTG JunAina 10 Comments

Kalau 10 tahun dahulu ada insan yang melafazkan ayat ini mungkin hati muda ini akan sedikit bergetar. Kuntum senyuman bermain dibibir dari pagi sampai ke petang bawak ke malam dan kadang-kadang mungkin mengigau dalam tidur. Sekarang ayat-ayat begitu sudah tak bisa menggetarkan naluri kecuali yang sebut tu Pak Tuan...hiks...

Tengahari buta tengah panas rembang bercampur pulak dengan geramnya bila pergi bank nak ambik statement/resit yang tertinggal lepas buat full sattlement sebijik kereta tapi depa kata tak ada dan tak boleh bagi waima nak print dari komputer pun. Dam! Pleaselah. Zaman cyber yang segalanya masuk server boleh link sana sini korang bagitahu tak boleh buat kecuali kena pergi branch yang keluar loan. Habis masa aku usha loan yang lagi besar amount dari tu boleh pulak korang usha baki akaun aku yang ada dengan bank korang. Memanglah jumlah tu tak banyak tapi tidak sedikit jugak untuk aku. Bayangkan kereta yang diguna lagi 7 bulan nak cukup 5 tahun itulah lebihnya yang dibayar. Agaknya kalau yang datang tu bawak BMW, naik MERC pakai kot dan bertali leher bagai dengan dalam akaun ada ratusan dan jutaan riban memang korang layan sambil angguk-angguk walaupun dia salah!

Tengah tension dengan bank ada pulak HAMBA ALLAH hantar sms.
Pertanyaan aku hanya sedikit.

'Bulan bila paling best pergi Pulau Tioman. Maksudnya dari segi cuaca.'

'Bulan Nov pun boleh'

Kemudian ada lagi sms tak boleh blah masuk.
'Harap-harap dapat pergi dengan abang. Kita boleh duduk kat jeti mancing, buat snorkling sama-sama dan jalan-jalan tepi pantai waktu malam sambil tangkap ketam. Pasti best. Macam honeymoon la...'

Bersambung next sms.
'Abang rindu padamu.'

Terasa nak pitam. Aku dah bagitau walaupun aku hanya merempit sendirian ke pejabat setiap hari tetapi aku ni bini orang. Ada lelaki di sisi aku yang bergelar suami. Mesti aku junjung dan hormati dia saban masa. Setia. Tak faham ke tak percaya atau tak mengerti aku pun tak reti. Aku nampak rock, kelihatan macam agak sosial (ye ke?) dan senang mesra tetapi aku masih ada batas-batas yang aku letak dalam hidup aku. Berkawan. Yes. Seramai mana, apa juga jantina tetapi kita punya batasan.

Balasan.
Our life have rule & regulation. Saya rasa tak seswai ayat macam tu coz saya isteri orang. Saya pun bukan muda lagi. Hidup saya pun tak ikut hati dah sekrang ni. Ujian hidup adalah peringatan untuk kita (ini aku merujuk pada masalah jantung yang dihidapi sehingga terpaksa melupakan kecintaannya pada laut melupakan rutin menjadi pelatih scuba diving. Ini pun aku tak tanya dia yang beria-ia bercerita bila terserempak kat parking).

Dulu-dulu aku berkias bagai bila bercakap. Sebagai orang tua takkan tak faham. Kalau boleh tidak mahu menyakitkan hati orang. Takut juga tiba-tiba kat parking kena peluk dari belakang...hahhaaaa... Risau bila dendam kesumat menguasai diri lain pulak yang jadi. Kebaikan aku disalah erti agaknya. Itulah aku. Terlalu lembut hatinya. Terlalu baik sehingga orang tersalah sangka mungkin.

Entri luahan hati sehingga terpaksa menangguh entri GATHERING GLAMER RAYA BLOGGER 2012. Bila marah idea tak ada dan yang terfikir nak luahkan sahaja api kemahrahan yg ada dalam hati. Terima kasih kerana sudi membaca.


10 Rider Beraksi:

Perkahwinan Satu Perjuangan

12:22 PTG JunAina 14 Comments

Pengalaman akan menjadi guru terbaik dalam kita melalui kehidupan seharian. Walaupun ada sesetengah pengalaman itu kita kutip dari pengalaman orang lain, kemudiannya digarap dalam kehidupan seharian kita. Itu semua menjadi pedoman, pengajaran menghadapi kehidupan yang kian mencabar. Mengambil iktibar yang mana terbaik.

Tidak dinafikan usia banyak mempengaruhi setiap keputusan di dalam hidup kita. Semasa muda kebanyakan keputusan lebih banyak mengikut emosi. Kita menolak setiap keputusan akal walaupun sesekali kita mengakui kebenarannya tetapi kita tetap tidak menerima. Jiwa kita sentiasa memberontak. Meronta. Setiap perkataan tidak itu umpama api. Jika dapat apa yang dikata tidak itulah yang paling hendak dibuat. Jiwa muda yang sukar dikawal.

Inilah tempoh ujian sesebuah rumahtangga. Masa kritikal yang perlu dihadapi. Andai sabar mungkin kita akan sama-sama sampai ke tepi. Kalau tidak kemungkinan karam adalah tinggi. Apatah lagi di zaman sekarang yang banyak menuntut hak kesamaan gender. Wanita juga punya pendapatan sendiri apa digusar andai hidup sendiri. Tepuklah dada tanyalah hati. Jiwa yang menanggung tak akan mampu diubat sendiri.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perkahwinan adalah perjuangan yang panjang. Fasa mengenali akan mengambil masa yang lama, bukan setakat hati budinya tetapi juga sikap diri juga habitnya. Kemudian memahami. Setiap kejadian pasti ada sebabnya jadi kita perlu memahami kenapa ia begitu. Menerima. Sebolehnya terimalah seadanya kebaikan mahupun keburukan pasangan. Masa bercinta mungkin kita hanya menonjolkan yang baik-baik sahaja bila berkahwin mungkin ada sifat diri yang terlalu berat untuk diterima pasangan. Selagi tidak memudaratkan terimalah seadanya.

Selagi bergelar suami dan isteri selagi itulah perjuangan kita tidak akan selesai. Perjuangan seumur hidup selagi adanya nyawa. Pertahankanlah perjuangan kita sehabis kudrat yang ada. Pergunakanlah akal dalam mengawal perjuangan kita. Jangan sampai ada anasir jahat menembusi kubu kita. Apa yang pasti kita hanya mampu berusaha selebihnya percaturan datang dari ALLAH jua. Selagi mampu memberilah terbaik dan menerima seadanya. Kita tidak sempurna.

Perjalanan hidup yang kusam dan kelam pasti dihujungnya ada cahaya. Pada awalnya ceria dan berwarna tak semestinya hidup akan terus bermakna selamanya. Jangan dikesal takdir yang datang. Usah ditangisi rawan dan walang kerana ALLAH maha memberi. Seketika DIA menyembunyika cahaya, menurunkan hujan dalam gelap awan tetapi jangan kita lupa gelap itu datang bersama nikmat kerana selepas itu mungkin pelangi yang indah bakal mewarnai alam.

Bersyukurlah pada insan yang ALLAH beri nikmat bahagia dari awal sehingga keakhirnya. Berusahalah memperbaiki diri kepada insan yang ALLAH berikan ujian. Mungkin ALLAH menguji kemudian akan memberi supaya kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur. Sekali lagi kita juga tidak sempurna. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik.

Jangan asyik mendongak kelangit, jatuhkan mata juga ketanah jangan sampai kaki tersadung tunggul nan kering.


14 Rider Beraksi:

Panduan Membeli Rumah

11:33 PG JunAina 18 Comments

Pening. Pening...

Harga rumah teres sama ada yang baru atau yang 2nd hand sekitar Kajang dan Bangi melebihi Rm300k. Tengoklah rata-rata perumahan baru sudah tiada harga di bawah Rm300k. Tipislah harapan hendak memiliki landed property seperti yang diidam-idamkan.

Jalan-jalan dan tengok-tengok sekitar Kajang dan Bangi sekadar untuk memuaskan hati. Banyak yang berkenan bila disoal hati laju je naknya tetapi bila di tepuk poket owhhh no! Akhirnya kami hanya jalan sambil jamu mata.

Kajang 2. Projek ini belakang rumah sahaja. Sudah togel semua hutan getah kat situ. Pertama kali launching dulu rumah teres dua tingkat Rm400k onward rasanya Nadayu kot. Baru-baru ni launching lagi semi-d harganya Rm750k. Tercekik. Ada jugak untungnya Kajang 2 buat kat situ kerana kalau nak ke Bangi penduduk Kajang Utama tak perlu lagi pusing highway. Harga sewa rumah pun dah naik dulu sekitar Rm350-400 untuk flat kemudian turun ke Rm250 tak lebih sekarang dah mula naik ke Rm300-350.

Kajang Avenue antara yang menarik perhatian tetapi harganya sekitar Rm360k (harga bumi okeh). Reka bentuk rumah yang memikat hati dengan keluasan yang munasabah. Bila dicongak perjalanannya hati jadi tawar. Jalan termudah untuk ke sana melalui PLUS Highway keluar Tol Bukit Mahkota atau melalui Bangi Lama. Bayangkan kalau hari-hari merempit berulang kerja kat KL (ada harapan beli superbike...hehehee...). Titik.

Singgah santai di Pearls View yang terletak di Jalan Reko. Walaupun keluasan rumah ala-ala biasa sahaja tetapi kedudukan rumah itu memang menarik hanya next to Hentian Kajang. Lagipun progressnya nampak cantik tapi...haissshhh... Rm388k tu starting prize.

Menyusur Jalan Reko ke Sungai Tangkas dan seterusnya melawat tapak ke Alam Sari Bangi. Jamu mata kerana memang tak mampulah nak membeli rumah dengan harga lebih Rm500k. Cantik. Kalau dapat best! Kat sebelahnya pun tanah telah diratakan tetapi belum launcing apa-apa projek. Ceritanya juga suatu hari nanti akan ada jalan dari Kajang Avenue terus ke Alam Sari bermakna jalan sedikit dekat untuk ke Kajang.

Singgah juga satu projek dekat Jelok. TTDI Grove. Korang ingat dia orang nak layan ke kami yang parking Saga je kat situ. Ada hati nak tengok rumah berharga RM750k...heheheee. Jelok Impian pun cantik rumah dah siap tetapi ini brand new nak jual dengan harga sekitar Rm450k dan ke atas.

Pusing-pusing Prima Saujana. Banyak rumah 2nd hand yang diiklankan. Saja tengok-tengok kawasan. Rumah memang cantik. Kemudahan pun banyak. Supermarket dekat, kedai dekat, surau ada, sekolah pun senang. Thumb up. Harga tetap menjadi masalah pokok. Rm350 ke atas bergantung tempat dan keluasan.

Akhirnya kami singgah di sekitar belakang Giant Kajang tengok rumah setelah berjanji dengan sales agent. Harga memang tak kurang dari Rm300k. Luasnya cuma 18x65 dan ada tanah sekitar 5 kaki dibelakang. 2% booking dan 8% bayar bila loan approve. Rumah kira ok tapi yang bestnya dah siap kitchen kabinet dan satu set almari lagi kat bawah tangga. Lantai dah lawa. Grill dah ada. Kipas dan lampu pun comel je. Tuan rumah nak jual sebab dia dah beli rumah semi-d. Kata seorang kawan berbangsa Cina fung shui rumah tu bagus. Rumah tu bawak kekayaan sebab tulah tuan rumah tu dapat beli rumah lagi besar. You mesti beli!

Agak-agak mampu ke kita nak membeli rumah yang diidamkan dengan harga pasaran yang melambung tinggi macam ni. Apa yang meghairankan setiap kali launching projek baru ada je orang yang membeli. Nak membeli pun kenalah ukur di badan sendiri takut nanti merana sendiri. Semua perlu di ambil kira bukan hanya ikut nafsu. Tengok orang lain ada kita nak juga.

Entri ini hanya untuk perkongsian idea bagi sesiapa yang nak cari rumah sekitar Bangi dan Kajang. Sendiri nak beli rasa tak termampu. Dapat bagi idea dapat tengok pun dah puas hati (walaupun kat dalam ada terasa sikit sakit hati...hahahaaa...).


18 Rider Beraksi:

Promosi AirAsia : Tempat Duduk Percuma

1:50 PTG JunAina 5 Comments

Perghhh...korang nak terbang-terbang tak? Terbang tinggi-tinggi sampai pucuk awan.
Kalau nak peluangnya telah tiba kini. Cepat-cepat grab okeh.
Tak lama malam ni start pukul 12 tengah malam.
Make sure you all on lappy dan bersedia di laman serba merah tu ye.
Paling menarik yuran lapangan terbang cuma Rm26!

Peringatan : Promosi ini hanya untuk domestik sahaja yakni perjalanan yang tak memerlukan passport.
Kalau rasa-rasa nak pergi bercuti ke Langkawi free tu cepat-cepatlah booking.
Kot-kot nak merasa dinginnya Kundasang pun boleh.
Nak makan kerpok lekor bebanyak kat Kuala Terengganu sambil nikmati pantai nan indah ada juga.
Tak pun jom main-main dengan replika kucing yang besar di Bandaraya Kuching.
Sandakan makan seafood agaknya best tak?

Jenuh nak memilih. Tepuk dada tanyalah poket.
Jangan nanti bila dah nak terbang tinggi-tinggi poket dah bocor.
Tempahan bermula : 18hb-23hb September 2012
Penerbangan untuk : 1hb April - 30 September 2013
Tempah sekarang dan masih sempat simpan duit untuk terbang tinggi-tinggi rasanya.

Untuk maklumat lanjut korang klik-klik jelah airasia.com.


5 Rider Beraksi:

UPSR 2012

5:52 PTG JunAina 10 Comments

Bermula esok Jun akan bercuti tiga hari. Abang akan menghadapi peperiksaan besar setelah melalui enam tahun persekolahn di sekolah rendahnya. Bercuti kerana ingin memberi sokongan moral buat abang. Bercuti supaya abang rasa mama pentingkan pelajarannya.

Belajar dan berusaha sudah. Memohon kepada ALLAH sudah. Kini hari ujiannya telah tiba. Doa dipanjatkan agar abang akan sihat, diberikan idea yang mencurah-curah untuk menjawab soalan dan tenang. Harap abang tak over confident.

Titipan doa juga moga-moga abang akan dapat 5A dan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah yang menjadi impiannya. MRSM menjadi target abang.

Ku pohon doa juga dari kawan-kawan semua. Juga doa yang terbaik buat semua anak-anak kita yang akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidup mereka sepanjang akhir tahun ini. Kecil bagi kita tetapi itulah permulaan kehidupan buat mereka.


Iqbal Hadi


10 Rider Beraksi:

Mengejar Pahala Tetapi Dosa Pula Yang Mengimpit

9:48 PG JunAina 10 Comments

Teringat satu entri Tuan Haji Hamzah empunya Al-Lavendari. LAGI KES ORANG NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG.

Kisah ni terjadi pada diri sendiri. Terasa nak marah. Seperti nak tegur. Takut pula teguran disalah erti. Ilmu sejengkal di dada jangan memandai nak tegur orang.

Berada di satu majlis ilmu. Bacaan Surah Yassin sedang berkumandang, beramai-ramai dengan seorang ketua memimpin menggunakan pembesar suara. Mengikut dengan suara yang sederhana. Dalam kesyahduan alunan suratul Yassin ada suatu suara membaca dengan nyaring. Jelas. Niatnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Bacaannya mendahului bacaan ketua yang memimpin. Anggapan saya sepatutnya kita ikutlah pemimpin jangan mendahului. Bacalah secara sederhana dan janganlah menggangu orang disekeliling kita. Semua orang membaca benda yang sama bukan pula bersaing untuk menjadi pemenang (apa yang menyedihkan tajwidnya tunggang langgang dan bacaan banyak salah). Adat kita tak berapa pandai ikutlah org yang pandai jangan nak memandai-mandai.

Melangkah ke surau pejabat. Di luar waktu solat wajib. Ada juga orang lain di situ. Solat di pagi hari agaknya solat duha. Selesai memberi salam dia berpaling dan kami membals senyuman. Mula solat. Tiba-tiba telinga berdengung. Hendak pekakkah aku? Bacaan perlahan yang biasa kedengaran ditelinga sendiri entah hilang ke mana. Bila diamati rupanya budak tadi sedang menggunakan pengering rambut. Hati berdetik. Tidak retikah hendak menghormati orang lain sedang bersolat. Terlewat bangun agaknya kerana kebetulan malam itu malam Jumaat sehinggakan terpaksa mengeringkan rambut di surau pejabat.

Astargfirullahalazim...astargfirullahalazim...
Beribadat mengejar pahala sudah lain pula jadinya. Entah dapat pahalanya atau bertambah dosanya bila hati mula berkata-kata. Kasihan saya.

Pandanglah sekeliling sebelum berbuat sesuatu. Jangan sampai perbuatan dan sikap kita mengganggu orang lain. Perihatin pada keadaan sekeliling. Bukan sahaja perihatin untuk elak jenayah tetapi juga perihatin untuk mengelakkan fitnah dan umpat keji. Hati ini jahat betul. Walaupun mulut tak berkata-kata hati tetap berdetik.


10 Rider Beraksi:

Vandalisme atau Gangsterisme.

10:31 PG JunAina 5 Comments

Sedang lena diulit mimpi, mimpi yang indah-indah. Terjaga dari tidur. Terasa dahaga terasa tidak selesa. Bangun minum dan ke bilik air. Terasa ingin menyambung mimpi semula. Di baringkan badan ke tilam yang empuk dan beralaskan bantal kekabu yang gebu. Pejamkan mata bayangkan mimpi tadi. Senyum.

Tiba-tiba mata terbuka. Kedengaran satu letupan kecil. Suara-suara kecoh mula kedengaran. Suami-isteri manakah pulak yang bergaduh dihening pagi ini. Apa puncanya? Berjalan ke pintu, bukan kerana hendak menjaga tepi kain orang tetapi kerana risau terjadi sesuatu yang diluar jangkauan pemikiran.

Ketukan bertalu-talu di pintu rumah depan.
'Alih kereta! Alih kereta!'
Ketakutan menguasai diri kerana hanya bersama anak-anak di rumah namun kutabahan hati. Tombol pintu dipulas rakus. Di dalam fikiran cuma ada satu mungkin kereta milik jiran sedang dicuri.

'Cepat alih kereta! Cepat!'
'Jentolak terbakar nanti melarat kena kereta!'
'Tadi ada India baling sesuatu dan terbakar'
'Cepat!Cepat'

Hanya berbaju tidur tuala dicapai menutup badan dan berlari ke koridor. Kereta yang diparking di sisi bangunan sedang dialihkan tuan punya, mujur kereta Jun diparking jauh kerana kami telah membuat bumbung untuk parking. Jentolak besar yang diletak ditepi jalan kerana kerja-kerja melebarkan pembentungan terbakar. Marak. Dalam fikiran cuma ada satu, jangan pula ada letupan berlaku kerana ia hanya beberapa meter dari rumah Jun.

Semua orang gusar. Bomba yang dipanggil tak kunjung tiba. Api semakin marak. Lama-lama mula reda. Besi apa yang nak dibakarnya. Setengah jam kemudian bomba tiba. Memadam saki-baki api yang ada. Ikut catatan waktu. Waktu bangun pukul 4.30am, waktu bomba sampai pukul 5am. Bagi Jun itu bukanlah logik waktu sepatutnya bomba sampai. Sekiranya nak dikira jalan yangg tiada kereta kerana awal pagi hanya 5 minit dari Kajang ke Kajang Utama. Mungkin yang standby tidur di rumah atau mungkin mereka ada kes lain tetapi bila berkali-kali menelefon bertanya arah rasanya sudah ada yang tidak kena. Bomba perlu ada GPS di zaman serba canggih ini!

Balik polis pencen kat rumah Jun bercerita. You percaya ke itu 'vandalisme' bagi I itu adalah gangsterisme. Kontraktor buat kerja tetapi tak bayar duit perlindungan. Ingat tak dulu semasa tengah rancak construction Kajang 2. Banyak signboard diconteng dengan angka XXX (tak berani nak tulis). Lepas tu tak ada lagi. Maknanya pemaju sudah bayar duit perlindungan dan projek mereka tak dikacau lagi.

Takut. Cuak. Itulah realiti kehidupan hari ini.


5 Rider Beraksi:

Lestary - Bukan Bidadari

9:31 PG JunAina 11 Comments


Foto Credit : Google

Sejak episode pertama aku sudah jatuh hati dengan slot Lestary Bukan Bidadari di TV3 setiap hari Selasa pukul 9 malam. Bermula detik itu juga pada minggu-minggu berikutnya jam tersebut televisyen adalah milikku sehingga tamat cerita sejam kemudian.

Bagi aku banyak pengajaran yang boleh dikutip sepanjang cerita ini. Karma kehidupan yang adil. Watak Inas yang bersahaja. Sepatutnya ia dapat membantu melembut jiwa remaja diluar sana. Kamal pula yang terlalu baik. Tak mungkin pula akan dilupa cinta pertamanya walaupun tidak diluahkan secara nyata.

Seorang ibu yang keras hatinya tetapi mampukah seorang ibu menolak darah daging sendiri walaupun hatinya pernah disiat-siat oleh puterinya sendiri. Ibu tetap seorang ibu yang sentiasa menyayangi anaknya sampai bila-bila.

Suami yang penyayang yang tiba-tiba berubah sikap, menjadi seorang yang mungkin kita sendiri tidak kenali. Nasib seorang anak yang derhaka pada ibunya. Di dunia lagi ALLAH telah membalasnya jua. Ariff pada mulanya sangat menyayangi Inas tetapi mungkin takut kehilangan Inas dia menjadi seorang yang terlalu mengongkong Inas. Menjadi kaki pukul.

Masih menunggu detik-detik seterusnya dalam drama Bukan Bidadari. Inilah hakikat kehidupan. Sekiranya bukan kisah benar bagaimana ia dapat di adaptasikan menjadi drama. Kutiplah pengajaran yang ada jangan hanya melayan halwa mata dan telinga sahaja.

Kekayaan menggelapkan mata. Hati yang baik dan bersih hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


11 Rider Beraksi:

Pandora Jewellery - Mengikat Hati

10:20 PG JunAina 9 Comments

Pertama kali memandang koleksi Pandora di KLCC hati berdetik. Suatu hari aku pasti akan memilikimu. Setiap kali berurusan di KLCC setiap kali itu jugalah mata akan melirik ke kaunter Pandora. Hati berkata-kata, sampai bilakah aku harus menunggu.

Bukan tak mampu tetapi setiap kali memandang harganya di hati terdetik mungkin duit yang bakal digunakan lebih baik digunakan kepada benda-benda yang lebih perlu. Pandora hanyalah keinginan untuk memiliki. Setelah dapat mungkin keinginan itu akan pergi kepada benda-benda lain pula. Itulah nafsu namanya.

Tetapi memiliki salah satu koleksi Pandora memang akan memberi kepuasan kepada diri sendiri. Insyaallah andai ada rezeki lebih akan diusahakan untuk memiliki salah satu koleksinya nanti. Jun bukanlah penggemar barangan kemas dan perhiasan tetapi koleksi Pandora yang nampak macam mistik betul-betul meruntun kalbu.


Pandora



Photo Credit : Google.

9 Rider Beraksi:

Town Hall Briefing

4:07 PTG JunAina 5 Comments

Pagi ini sampai je seorang kawan ajak pergi sarapan di International Food Hall, The Intermark. Menu pagi ini teh tarik susu segar dan maggi goreng dan telur mata. Alhamdulillah. Tengah tunggu lif team members telefon bagitau dia orang semua dah nak turun pergi ke Renaissance Hotel untuk Town Hall Briefing FY2012.

Setelah 5 tahun berkhidmat inilah kali pertama dapat berjumpa dengan founder WorleyParsons. Selama ini hanya menerima email sahaja dari tuan punya badan. Mr. John Grill merupakan CEO WorleyParsons. Akan bersara tidak lama lagi dan datang bersama penggantinya Mr. Andrew Wood. Company tempat Jun bekerja ini beribu pejabat di Australia.

Briefing mengenai perkembangan positif WorleyParsons. Katanya : Our underlying net profit after tax was up 16% to $346 million on record aggregated revenue of $7,363 million, up 25% on last year’s result.
Nampak gayanya ada harapan le dapat bonus lebih tahun ini.
 
Snapshot semasa briefing. Tak clear sangat guna hp chap ayam.

John Grill, Andrew Wood
Mr. John Grill (tengah) dan Mr. Andrew Wood (kiri). Patutlah dia nak bersara nak bercakap pun dah macam malas terpaksa beri tumpuan lebih pulak tu Bahasa Inggeris Jun pun bukan bagus sangat tapi Jun suka bila Mr. Andrew bercakap very energetic.

 Tuan tanah tak lepas peluang juga. Bersama seorang engineer yang bakal meninggalkan kami semua untuk menimba pengalaman di tempat baru. Memulakan hidup baru bersama company baru dan kawan-kawan yang baru. We will miss you Rahimah.

5 Rider Beraksi:

BBQ Raya

10:35 PG JunAina 8 Comments

Pengisian raya tahun ini agak berlainan. Menunggu pulangnya anak bongsu perempuan emak dari Kelantan Jun buat persediaan BBQ. Mula-mula nak buat malam tetapi terpaksa dibatalkan atas permintaan mak. Khamis. Ija (adik perempuan) balik dari Kelantan. BBQ jadinya hari Jumaat kerana Sabtu Jun akan balik ke Kajang.

Hari Khamis pergi ke Kuala Sungai Baru, Perlis. Mengejar nelayan yang balik dari laut. Pelbagai tangkapan laut yang segar bugar sehingga merambangkan mata. Hanya membeli dua kilo udang laut sederhana besar dengan harga Rm20/kg dan dua ekor ikan siakap siap dibelah belakang berharga Rm18/kg. Balik singgah nat (pekan sehari) Simpang Empat. Beli tiga ekor ayam untuk diperap. Beli jagung dan rambutan.

Jumaat ke Pasar Kodiang, Kedah. Dekat sahaja kerana rumah Jun dah dekat sempadan Kedah/Perlis. Mencari talapia, malangnya tiada yang dapat hanya keli. Meredah jalan sehingga ke Kuala Sungai Baru lagi sekali. Hasil tangkapan hari ini, dua kilo sotong yang masih bersinar-sinar berharga Rm20/kg dan empat kilogram ikan temenung (ikan kembung) yang sangat fresh dengan harga Rm6/kg. Mata masih bersinar tanpa kanta lekap berwarna merah dan berkulit putih melepak. Tiga kilo kerang yang comel-comel berharga Rm4/kg.

 
kerang bakar
Ini bujang terlajak mak. Dah 40 tahun tapi still single and available. Memilih atau tidak dipilih pun tak tau tapi yang pasti dia takut menantu tak boleh jaga mak mertua jadi sampai sekarang tak kahwin-kahwin. Kerja pun biasa-biasa ja setakat nak cat kereta sebiji tu sebelah mata je...hehehee...

bbq


 Gambar atas mak dan tok. Kudratnya sudah tidak seberapa tetapi dimata tuanya terbayag kegembiraan apabila anak, cucu dan cicitnya berkumpul. Sekiranya umurnya masih panjang tak lama lagi mungkin dapat melihat piutnya (anak kepada cicitnya) pula.

 Gambar my gegirl. Tinggi. Kulitnya semakin gelap. Banyak sangat aktiviti luar rumah sejak tinggal dengan mak tok kat kampung.

 Lepas layan segala jenis seafood layan garam belacan jambu. Mangga tak ada masih berputik.

 Koleksi anak saudara. Gambar budak lelaki dua orang tu yang pegang gelas anak saudara yang sebelah tu sepupu.
ayam bakar

gulai ikan
 Hasil tangkapan. Ayam bakar yang telah di perap. Ikan keli bakar salut tempoyak. Gulai ikan temenung dengan kundur.Gulai jantung pisang dengan sardin (terbaek). Jagung bakar. Temenung bakar. Udang dan kerang bakar. Ulam-ulaman dan air asam (tiada dalam gambar).

Hari raya tidak akan bererti tanpa keluarga. Saat-saat beginilah yang ditunggu sepanjang tahun. Saat paling bahagia. Walaupun jauh di sudut hati ada sedikit perasaan terkilan tetapi Jun akur kita tidak sempurna. Redza ubat terbaik jiwa. 


8 Rider Beraksi: