Sakit Kulit - Letih Adik Menggaru

11:34 PG JunAina 16 Comments

Tidur malam asyik terganggu kebelakangan ini, sejak balik cuti raya sebulan yang lepas. Tidur adik tak nyenyak asyik garu-garu. Setiap kali adik bergerak mama akan terjaga. Hulur tangan gosok-gosok. Senyap. Gaya mata hendak lelap adik garu-garu lagi. Mata mama terbuka lagi. Bangun ambik krim yang doktor bagi sapu lagi padahal sebelum tidur sudah sapu ubat dan makan ubat. Kata doktor ubat gatal dan alahan tu mengantuk tetapi mama tengok tidur adik tak nyenyak pun kecuali masa awal malam lepas pukul 1 pagi adik mula menggaru-garu.

Kisah awalnya cuma sedikit luka di bahagian pelipat sikunya masa main-main kat kampung. Sikit sangat. Bila balik Kajang nampak macam berair, bawak jumpa doktor. Ubat sapu 3 jenis, ubat makan pun tiga jenis. Sapu ubat tiap-tiap hari. Makan ubat juga tidak pernah lupa dan salah satunya antibiotik. Lama-lama naik seperti ruam di lengan, semakin lama semakin menebal. Bertahan sapu lagi ubat yang doktor bagi. Dua tiga hari lepas tu tengok mula naik di badan. Penuh kat belakang kat perut. Rupanya kat bontot dah mula berkudis. Kat bahagian kelakian pun ada gak termasuk celah kangkang. Pening.

Telefon KPJ Kajang Specialist nak buat temujanji rupanya kat situ tak ada Pakar Kulit. Mama google. Cari doktor pakar kulit di Kajang. Hanya satu yang ada, memang tiada pilihan. Klinik Pakar Kulit Annur di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Telefon nak buat temujanji tetapi yang kosong cuma seminggu lagi. Mama merayu. Mana bisa adik menahan derita lagi. Alhamdulillah. Petugas kat klinik sangat memahami mereka selitkan temujanji untuk keesokkan harinya. Masa gathering tanya Dr. Hanie berkenaan Pakar Kulit, confirm hanya Annur je ada Pakar Kulit kalau nak klinik lain kena pergi KL.

Keluar pejabat pukul 4.45 petang awal 1 jam 15 minit akhirnya lambat jugak balik pasal sejak semakin tua ni macam-macam benda asyik lupa. Kunci...owh..kunci... Tanya guard kat parking dalam zaman serba canggih ni dia tunjuk handphone je gambar kunci dok kat motor dengan nombor moto sekali. Dia kata go to the opis. Huh! Sudahlah mengejar masa. Berlari ke Concourse Level keluar ke parking menuju Pejabat Security, isi borang, sign dan berlari ke Basement 2. Ambik motor merempit balik Kajang. Ambik adik kat rumah terus berdesub ke Bangi. Sampai kat Hospital beratur last-last dia kata Klinik Pakar Kulit bukan kat situ. Mama tepuk dahi. Berjalan keluar tinjau-tinjau rupanya hanya sepelaung. Janjinya 6 petang tapi kami sampai 6.30 petang. Nasib baik staff baik-baik semua termasuk doktor yang sangat sporting.

Doktor tengok-tengok badan adik. Terbiasa dengan anak-anak yang sakit ubat klinik sebelum tu mama bawak sekali. Kata doktor pakar yang kami jumpa kandungan kimia dalam ubat tu yang membuatkan infection kat kulit adik. Tempat yang berair cuma lapkan denga air garam yang doktor bagi. Krim sapu 2 jenis. Sambung antibiotik. Ubat alahan satu untuk malam dan satu lagi untuk siang. Terbang duit mama Rm180 tetapi duit bukan nilai kesihatan anak.

Seminggu ini makin kritikal. Bermula pukul 1 pagi adik mula menggaru tanpa henti dan hanya akan tidur nyenyak seperti tiada apa yang berlaku selepas subuh. Malam tadi minta abah buatkan air tawar lepas solat Isyak. Sebelum tidur bagi adik minum dan sapu kat badan. Menjelang pukul satu adik bagai hilang akal menggaru. Setiap kali garu mama akan tepis tangan dia dan gosok-gosok. Hati tak keruan tak tau nak buat apa, abah pula tak ada kat rumah. Bangun solat sunat dua rakaat kemudian bacakan Surah Yassin kat sebelah adik. Makin lama membaca makin kuat adik menggaru. Pukul 4 pagi mama dah keletihan tertidur. Bila bangun pukul 6 pagi adik elok je tido siap tarik selimut. Siang hari dia ok je tak ada nak menggaru-garu.

Blogger Mak Chaq cadangkan cuba cara tradisional tapi nak cari kat mana. Kalau kat kampung tahulah nak cari doktor tradisional ni. Bukan apa takut ketegur atau terkena kata orang tua-tua.






Sebenarnya ruam tebal tu sudah penuh di badan adik. Sejak pergi jumpa Pakar Kulit bahagian perut dan belakang mula berkurangan sedikit. Bahagian kaki dan tangan masih tebal ruamnya. Kesian adik. Hari ini abah ajak pergi farmasi pulak. Sejak dulu memang dah biasa dengan farmasi ni. Pencen kerja hospital tuan punya farmasi buka perniagaan sendiri. Dulu abang kena gata-gatal sehingga bernanah kaki dan tangan akhir sekali jumpa dia jugak. Harap usaha kali ini berhasil.

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. ya allah kesiannya kak..teruk nampaknya tu..semoga usaha kali ni berhasil..

    kak..cuma nak share je..kalau tak ok akak cuba cari allano lotion yang amway tu..ruam2 anak saya pun saya selalu guna lotion tu..

    BalasPadam
  2. Kesiannya Adik. Semoga segera berjumpa dengan penawar bagi sakitnya itu.

    BalasPadam
  3. salam,

    kesian dan risau hati ibukan bila
    anak sakit mcm gini

    teringat kita yg my sis ada jual sejenis
    krim khas yg dia suami isteri cipta
    krim tu di panggil krim X..makin lama
    simpan makin hitam tapi cepat saja baik
    kalau sapu bila gatal2
    tapi tak tau pula sesuai ke tak

    moga cepatlah dapat penawarnya

    BalasPadam
  4. kasihan adik...teruk juga sakit kulitnya...saya yg tengok pun terasa sakit juga...
    kalau anak2 gatal saya guna produk amway...serasi juga

    BalasPadam
  5. panjang cite akak ni. tak dpt nak bc .. tgh kerja.. amik masa kejap blogwalking...

    np tu? moga cpt sembuh..

    BalasPadam
  6. kesiaanye adik..
    semoga cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  7. Kesiannya adik,nampak memang dah teruk.Kalau dah bawa ke klinik elok juga June cuba bawa jumpa ustaz.

    BalasPadam
  8. kena merujuk pd pakar kulit nih, npk mcm serius sangat nih xleh biar lama..kesian sy tgk adik...mudah2an diberi kesembuhan yg cepat oleh Nya, jgn berhenti berusaha cari penawar...

    BalasPadam
  9. Salam Jun, tak bawa semula ke pakar kulit tu ke.. cuba cek balik.. jumpa ustaz pun elok cepat..

    BalasPadam
  10. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..... Kesian adik. Moga adik cepat sembuh ya....

    BalasPadam
  11. teruk alahannya tu kak....!! moga2 cepat la jumpa ubat yg sesuai.

    akak. nanti update tau!

    BalasPadam
  12. Salam...terbaca entri puan ni...brminat tak utk mncuba minyak kelapa dara..boleh hubungi saya pn.nurul 0106451844..lgpun murah aje..utk dimkn dan disapu pd kulit

    BalasPadam
  13. saya tgh search nak carik doktor perempuan sakit kulit..terjumpa blog puan..
    saja nak berkongsi..anak sedara saya pn kna macam anak puan. dia dimasukkan ke hosp KL sampai kena balut macam mummy untuk mengelakkan budak tu menggaru..dan DR suruh dia pantang tak boleh makan telur san makanan yang ade santan..dan alhamdulillah berkat doa, pengambilan ubat dan pantang..anak saudara saya dah sihat sekarang dan sekarang dan boleh makan yg berlemak dan bersantan..
    cuba puan tgk..apa yang dia makan..dan tengok reaksi pada anak puan..dan puan boleh tgk makanan apa yang dia alah dan puan kna pantangkan dia dari makan makanan tu.
    Insha Allah anak puan akan sihat..

    BalasPadam
  14. salam, singgah komen sini sekejap ye.
    Siapa ada cara nak sembuhkan ecxema tolongla.....email saya nurlisabatrisyia@gmail.com.Terima kasih.

    BalasPadam
  15. Anak sy pun pernah kena gatal2 badan tiga minggu. Pergi mcm biasa cuma bila balik Dari sk kafa dh muka ada tanda nk jd gatal.... nk masuk maghrib mmg akan tumbuk kesan macam kena tahu ulat. Dari sulit hingga hampir penuh badan dan muka. Menggaru la dua dgn bangun sy sekali. Sampai dia menagis sbb lenguh menggaru. Nasib baiknya sbb tak buka. Tiga Kali g klinik ambik ubat 3 Kali abis Sapu ubat tak juga baik. Boleh gi sekolah mcm biasa sbb siang mcm tak de apa2 yg ada pada kulitnya. Ptg nk masuk mlm je muka jadi... last sekali sy pergi berubat kt assyifa bangi... alhamdulillah. Lpas ustaz buat sir utk mandi n minum utk 3 hari... hilang semua gatal2. Syukur.. lega. Kalu tak ptg je sy jd risau pmikiran apa yg akn Berlalu pd mlm nt.

    BalasPadam