Iqram Dinzly Mencendol di Fasa 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

11:56 PG JunAina 19 Comments

Semalam sempat tengok Jalan-jalan Cari Makan yang hostnya cowok hensem si Iqram Dinzly tu. Sempat tengok dia makan-makan kat Restoran Miyagi kat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Bila tengok baru perasan restoran ni sebelah je dengan Klinik Pakar Kulit Annur.

Pas tu dia singgah di Fasa 4 Tambahan Bandar Baru Bangi. Istimewa kat sini tentulah 'Cendol' terutama Cendol Pulut yang marbeles. Makan cendol bawah pokok masa tengahari terik. Best! Layan makan rojak mee, rojak sotong, rojak ayam dan laksa. Masa Iqram Dinzly pergi tu ada bakso dan bihun sup ayam. Jom jamu mata.

cendol pulut
Ni my Cendol Pulut. Cukup lemak, cukup manis dan memang marbeles. Semangkuk cam tu Rm2 dan tambahan 30 sen kalau bungkus. Hari tu Aina oder Cendol Pulut. Perghhh..sehingga mejilat sudu.

rojak sotong
Makan-makan pulak oder Rojak Sotong. Sambal sotong membuatkan kuah rojak ini sedikit pedas tapi overall memang sedap. Portion memang agak sedikit so kalau pergi sini jangan berangan nak syer okeh.

Cendol Fasa Empat Tambahan Bandar Baru Bangi
 Budak kecik yang nak menyibuk jugak. Tak nak syer cendol dengan umi ataupun mama so kita orang tengok je semangkuk tu dia habiskan. Umi syer dengan mama. Kat belakang tu korang tengok berbaris je orang tapi itu pendek punya barisanlah. Kadang-kadang tu terpaksa berbaris sampai 10 orang.

Laksa
 My sis oder laksa. Sedap. Kuah agak pekat. Kiranya bila makan tu tak le terasa macam ditipu...ekekeee... Laksa dia most to Laksa Penang coz kuah dia sedikit merah dan lebih masam. Laksa Perlis kuahnya sedikit gelap dan tak le semasam macam tu. Ok le untuk lepaskan gian.

Budak kecik dan mak dia. Sibuk jeling-jeling kamera sambil senyum-senyum bila Umi menyibuk kat mangkuk cendol dia.

Korang patut cuba. Overall makanan kat sini memang sedap. Tak menghampakan walau terpaksa berbaris panjang. Lepakking bawah pokok sambil menikmati keenakan cendolnya. Pelanggannya pulak terdiri dari berbilang bangsa. Masa Iqram Dinzly pergi kawasan perumahan sebelah tu belum berpagar so senang keluar masuk, sekarang dah ada pagar tapi still ada pintu kecil kat situ. Kalau hari Sabtu dan Ahad jalan kawasan perumahan tu ditutup kecuali jalan utama. Kalau tak nak pusing-pusing ronda taman parking je tepi jalan tu.

Semalam kononnya lepas tengok JJCM tu nak pergi mencendol jugak le. Keluar dari rumah hujan lebat sangat tapi terus jugak pergi. Sampai sana beratur jugak orang sambil berpayung dalam hujan lebat. Terus beli barang dulu sebab fikirkan orang ramai dan hujan. Pukul 6.15pm pusing lagi sekali tengok-tengok dah siap kemas nak balik.Kempunan mak! Ada siapa-siapa nak join mencendol kat Fasa 4 Tambahan roger ek.

Jom makan!

You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Kalau dah masuk JJCM memang kena Q kalau nak merasa masakan/resepi yg ditunjukkan Aina kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kak...

      Cendol ini sejak azali memang macam tu sentiasa ramai orang sebelum masuk JJCM lagi. Kalau makanan sedap dan layanan bagus org tak serik datang kak. Kalau datang kajang boleh saya belanja cendol JJCM tu.

      Padam
  2. sedap2 ni.. specially tang cendul tu !

    BalasPadam
    Balasan
    1. KA...

      Memang sedap. Kalau boleh tiap2 minggu nak je booking seat kat situ.

      Padam
  3. Layan cendol biar pun hujan tetap best.

    BalasPadam
  4. kalau tak pekena cendol sama rojak tak sah rasanya kan..kan..

    BalasPadam
  5. Okeh..dah save dlm list JJCM saya...ahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa calling2...kalau tak ada apa2 hal leh join sekali.

      Padam
  6. Assalamualaikum Jun Aina

    kalau dah beratur tu...memang sedap la tu...

    BalasPadam
  7. saya kalau mkn cendol sejuk2 gini, mmg athma saya dtg attack la jwbnya...huhu...

    tapi tgk cendol tu mmg terliur dah kak...

    BalasPadam
  8. Yun nak try la nanti
    Akak ni tunjuk pic makan2 plak
    sama mcm blog kak zakie
    abes la diet yun camni... :P


    p/s : pasal produk miracle tab tu,kulit sensitif leh guna.
    ade trial set kalau nk cuba.Kesan +ve dijamin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak yah diet2...belasah jerk makan asalkan sehat...

      Padam
  9. Bole ganti Iqram jd hos neh. Food blogger pon bole. Bagus tokey dier neh siap bagi cenderahati utk JJCM. ok, kak.. Biler nk banjer kitorg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu...disebabkan dah dapat pujian cam tu rasanya cam nak update le program makan2 tahun2 yg lepas ekekeee...

      Ehhh...mai2 Bangi pastu roger akak... tapi sebelum mai roger2 dulu kot melopong.

      Padam
  10. dapnye..setiap hari bukak kul berapa?? mcm nk g jap g lunch nie la

    BalasPadam
  11. gerai ni kat mana, boleh inform sikit landmark....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fieza...

      Gerai ini kat Fasa 4 Tambahan BBB. Kalau dari tol kajang straight sampai simpang tiga jumpa traffic light ambik kiri. Straight nanti nampak kompelks PKNS sebelah kanan, jalan terus sampai jumpa roundbout. Ambik kul 12 (means starightlah ekkk). Terus jumpa traffic light ambik kanan. Pandang kiri bawah pokok2 tepi perumahan kalau ada lori kecik tu bermakna depa buka. Biasanya kereta akan berderet2 je dekat traffic light tu.

      Padam