Talapia Bakar Timah Tasoh - Restoran Pokok Asam

9:15 PG JunAina 13 Comments

Melewati Perlis yang kecil seperti kurang tarikan pelancongan. Tiada tempat-tempat yang mengujakan untuk dilawati seperti negeri-negeri lain. Bagi Aina sebagai anak jati Perlis pihak bertanggungjawab seharusnya mengambil langkah yang proaktif untuk mengembangkan industri pelancongan di negeri Perlis. Sekurang-kurangnya dapat menjadi sumber ekonomi.

Hari ini nak ajak makan-makan. Balik Perlis entah bila tapi rasanya cuti Hari Raya Cina awal tahun dulu. Menguruskan perpindahan sekolah si anak dara. Kebetulan melewati pejabat seorang teman. Oleh kerana setahun hanya sekali dua berjumpa dia dengan bebesar hati ajak pergi makan tengahari. Bak kata pepatah rezeki tak baik ditolak.

Aina tak berapa pandai sangat jalan-jalan di Perlis. Hanya menurut. Dari Kangar kami menyusuri Jalan Kaki Bukit menuju Padang Besar. Melewati MRSM dan kawasan sekitar. Aman. Perjalan juga lancar. Melepasi persimpangan Guar Jentik. Empangan Timah Tasoh yang luas kami tempuhi. Sebelah kiri jalan terdapat gerai-gerai menjual ikan pekasam dan disitu ada kebun sayur. Perlahan kereta membelok ke kanan.Sebuah kedai yang sangat sederhana. Dipayungi rimbunan pohon asam yang menyejukkan suasana.

Makanan yang dihidang adalah masakan kampung. Special kat sini adalah ikan talapia Timah Tasoh yang dibakar menggunakan bara api bukan bakar atas kuali. Sisik ikan pun tak buang. Wangi asap meresap ke dalam ikan. Ikan ini memang segar dari empangan berdekatan.


Lauk pauk yang menjadi hidangan kami pada hari tersebut. Ikan talapia bakar, sayur tumis air petola, ikan pekasam goreng, gulai batang pisang bersama daging dan air asam. Air macam biasa Aina minum teh tarik sebab memang tak minum ais. Penaja pulak minum kopi. Pelikkan bunyinya makan tengahari minum macam tu tapi itulah keunikan orang Perlis. Jangan tak percaya kami boleh habiskan ikan sebesar itu berdua!


Ini adalah penaja Aina pada hari tersebut. Setiap kali balik memang dia akan menjadi penaja tetap untuk acara makan-makan. Lepas makan kami menung bawah pokok asam yang rendang dikelilingi pohon buluh sambil penaja siapkan kerja. Ini adalah Encik Adnan Jahaya, Ketua Biro Bernama Perlis merangkap antara teman baik sekiranya balik ke Perlis. Memang tabik kat dia kerana dalam sibuk melakukan tugasan dia masih mencari masa meraikan seorang teman. Selagi ada internet dia akan bekerja dimana-mana sahaja.

Kalau ada yang teringin nak singgah ke kedai ini memang di cadangkan sesangat. Makanan ala kampung yang sedap. Gerai mungkin nampak biasa tapi hakikat makanan kat sini memang best. Waktu Aina sampai kami merupakan pelanggan pertama. Lepas tu tiba waktu makan tengahari gerai ini penuh dengan orang. Memang tak percaya tengok memandangkan kedudukannya memang agak terpencil, ditengah laluan jalan utama ke Padang Besar.

Jom makan!


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. salam jun
    mak aihhh talapia bakar tuuu buat tekak rasa dekatt je ngan scrin nie ekekek ;)

    BalasPadam
  2. Tengok ikan tu dah terliur ......
    Apa nama kedai tu ...

    BalasPadam
  3. Alalala Jun.. Baca Tajuk n3 akak teringat restoran pokok asam di utara. Rupanya mmg restoran tu yang Jun ceritakan.. Akak pernah mkn di situ dua kali. Kali pertama sesat mencari.. Haha.. Tiba2 sampai kawasan ladang tebu di chuping.

    Mknn situ sedaapp.. Ikan fresh.. Manis. Empuk.. Uuhh! Meleley dah ni.. :)

    BalasPadam
  4. Makanan kampung memang sentiasa membuka selera kakcik. :)

    BalasPadam
  5. penaja tengah update facebook tu....

    BalasPadam
  6. makanan kat kg mmg sedap....
    murah pun murah...
    terliur tgk ikan talapia tuh.....

    BalasPadam
  7. ohh area padang besar. jarang ke sana.
    thx sbb berkunjung ke laman saya.

    BalasPadam
  8. Kalau ikut selera kakak inilah style yg kakak suka Aina. Cuma gulai batang pisang kakak belum pernah rasa lagi... teringin juga.

    BalasPadam
  9. sunguh bz penaja tuu kanns.. ehhhEEE, janji makan sodepp

    BalasPadam
  10. pernah makan kat restoren tok mek , perlis.

    BalasPadam
  11. salam Aina..

    Perlis takder tempat menarik?

    Fikiran akak tenang sangat waktu jalan2 diPerlis dulu..suasana kampung yg damai...mmg nak pi lagi kesana lenkali...

    kwn akak ckp ada satu kedai makan ngan laukpauk ikan bakar di sana..kedai ni dibuka dilaman rumah, tp akak cari2 tak jumpa...

    BalasPadam
  12. nyummmm....

    saya tak sempat menjelajah perlis lagi sebelum ni. setakat pegi kenduri pastu gi padang besor.

    lepas ni boleh lah datang sini makan ikan bako pulak... ;l

    BalasPadam