Long Service Award

3:33 PTG JunAina 17 Comments

Isnin dua minggu lepas bercuti bawak Hikram pergi HKL ada temujanji dengan pakar kanak-kanak. Alhamdulillah tak ada apa cuma sambung ubat untuk eczima.

Selasa nan dingin. Masuk kerja dengan separuh hati.
Khabar separuh gembira sudah dapat hari Jumaat sebelum tu tetapi belum betul-betul boleh bergembira (lain kali cerita).
Buka email jugak dengan separuh hati. Tiba-tiba mata menangkap sesuatu.
Wohhhaaaa...rezeki datang lagi.

Pejam celik pejam celik. Nasib baik tiap-tiap hari masih celik. Menjangkau sudah 5 tahun memerah keringat berjuang di sini. Masih setia. Hati belum terbuka untuk mencuba di tempat lain. Selesa mungkin. Terbiasa juga. Serasi. Kesenangan dunia dicari tetapi ketenangan hati lebih utama.

ceq

Sempena 5 tahun perhidmatan di sini. Satu sijil penghargaan dan sekeping cek. Tidak besar nilainya tetapi tiada apa yang lebih bernilai dari pengalaman dan pengetahuan yang dapat dipelajari di sini. Percubaan pertama keluar bidang merendah diri bermula dari anaktangga pertama. Berbaloi. Di sini aku menyusun impian (sambil senyum-senyum).



You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Wahhhhhh! Tahniah!
    Dah berkurun rasanya saya keja, x penah lagi terima sijil mcm ni hu huhu -----> apalagi cek ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenkiu...kalau 15 tahun dapat sikil siap dalam frame balik gantung je...ehehee...

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih dhiashahida...yehhaaa...boleh shopping2.

      Padam
  3. Rejeki ....dan kita dihargai. Alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah CA...rejeki2 boleh simpan buat bekalan.

      Padam
  4. Tahniah Aina. Banyak juga tu.... Boleh beli tiket AA. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak cik...dah insaf sekejap nak membooking.

      Padam
  5. alhamdulillah murah rezeki akak

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,

    Tahniah ya...pejam celik pejam celik dah 5 tahun dah kan JunAina....Semoga dapat lagi bertahan dan menempuh liku2 dan dugaan bekerja di tahun2 yang akan datang..

    BalasPadam
  7. best nya 5tahun pun dapat service award. my x-company 15tahun baru dapat service award with RM1500.

    tahniah dan moga dimurahkan lagi rezeki.

    BalasPadam
  8. Yang penting bukan nilai tapi penghargaannya, tahniah buat June.

    BalasPadam
  9. wow...tahniah aina...moga bertambah success dimasa depan ya sis...

    ada anak kena eczema ker? kesiannya...
    tak sanggup tengok mereka tergaruk2 kan?

    BalasPadam
  10. TAHNIAH ATAS AWARD YG DAPAT. iNSYAaLLAH REZEKI AKAN BERTAMBAH LAGI PADA MASA HADAPAN

    BalasPadam
  11. Wow...RM1k.....terbaek lah.....tempat den 5 tahun tak dpt der banyak tu...dapat jam jerk...ahakz

    BalasPadam
  12. wahhh untungnye. akak baru 4 tahun kat sini. tahun depan masuk 5 tahun. harap dapat cek cam aina jugak....

    BalasPadam