Setiap Pertemuan Pastinya Ada Perpisahan

9:21 PG JunAina 8 Comments

Kami berkenalan 5 tahun lepas. Sama tahun menjejakkan kaki ke sini selang tiga bulan Aina diterima bekerja di bahagian yang sama cuma kami berlainan jawatan. Pernah bersama di dalam satu projek. Kini kami bersama lagi tetapi dengan tugasan di platform yang berlainan walaupun sama projek.

Rahimah Abdullah bukanlah adik Junaina Abdullah. Nama bapa kami sama. Bakal meninggalkan kami semua untuk memula cabaran baru. Pada pandangan Aina dalam usia yang masih muda dia perlu memberi peluang kepada diri sendiri untuk mencuba suasana pekerjaan yang baru. Mencari pengalaman. Mengembangkan ilmu yang ada. Bidang ini tidak seluas mana, pusing-pusing pada pengakhirannya kami tetap akan bertemu orang yang sama.

Teman yang diraikan. Bakal melangkahkan kaki ke fasa seterusnya didalam hidupnya. Mencari pengalaman di lingkaran ruang yang baru. Sedih. Sebak di setiap patah perkataannya. Bersama kami di The Intermark seketika cuma tetapi tetap diraikan seadanya.

 Menu-menu santapan. Nasi tomato bersama ayam masak merah, kurma daging dan acar mentah. Salad. Roti nan dan capati khas buat Lead Project yang merupakan seorang vege.

salad
Homemade salad. Very Colourfull!

kuih lapis, pizza dan  buah oren
 Kuih lapis, seri muka, oren dan pizza ditambah oleh Rahimah sebagai ucapan terima kasih kepada kami semua.

 Makan time.

Serendah, Patricia and South Acis Project Team - Ranhill Worley Parsons. Lead project duduk ditengah antara tiga orang yang kekurangan rambut...eheheeee... (harap tak ada antara dia orang yang baca blog Aina. Ehhh...tuan tanahnya tak de).

Pesanan buat teman. Melangkahlah dengan senyuman. Jangan dibiar air mata mengiringi sebuah perpisahan juga bukan ketawa berdekah-dekah menjadi teman. Simpanlah kenanga kita bersama sekemas-kemasnya moga-moga kenangan itu bisa kita lalui lagi di lain masa. Langkah ini adalah langkah menuju cita-cita dan masa hadapan. Pergilah dengan senyuman.


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Moga Puan Rahimah tu terus sukses di tempat baru...betul juga, kena cari new environment, new challenge, kalau dah tiba masanya

    BalasPadam
  2. Good luck buat Puan Rahimah..Betul juga, perlu cari new challenges, new environment bila tiba masanya

    BalasPadam
  3. Tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan, kan?

    Semoga langkah Rahimah terus gagah...

    BalasPadam
  4. tu order pizaa hut ampang park keeeww.. ehhhEee

    BalasPadam
  5. kenangan bersama tetap terpahat disanubari....

    BalasPadam
  6. setuju sgt, doakan yang terbaik utk dia aje kan!

    BalasPadam
  7. Moga Rahimah success di tempat baru dan dapat pengalaman yang baru..

    BalasPadam
  8. Part yg best mesti ada makan2 bila farewell party. Apa pun sudah jd lumrah pertemuan mesti akan berpisah jua cuma masa membezakannya..mcm tu jgk di tempat kerja sy.

    BalasPadam