Nasi Liwet Nampan Parahiyangan Bandung

9:20 PG JunAina 12 Comments

Makan-makan di Bandung beberapa tahun yang lepas. Masih terasa kelembutan serta kemanisan nasinya (mungkin pengaruh kesuburan tanah gunung berapi di sana). Keenakan serta kelembutan isi ayamnya dan kepoweran sambalnya. Kalau menjengah ke Bandung jangan lupa singgah ke sana. Walaupun makanan agak mahal tetapi berbaloi dengan keindahan dan ketenangan suasananya. Merupakan tempat tarikan pelancong yang terkenal.


Nasi Liwet di sajikan bersama Ayam Bakar Bakakak, Asin Peda, Tempe Goreng, Tauhu Goreng, Pete, Sambal, Lalap dan Kerupuk.

Kami singgah di sinilah. Rumah Makan Kampung Daun. Sambil makan sambil nikmati keindahan alam bertemankan bunyi cengkerik. Jamu perut, jamu mata dan jamu telinga.

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. nasi liwet tu siap dgn petai fresh..hihihi..

    betul la kak, saya makan wong solo kat Bali, lain rasanya, fresh..lebih sedap..especially ikan gurame nya...makan di wong solo kat shah alam & bangi, tak sama rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doc memang betul tu. Lain rasanya kalau makan kat sana dengan makan kat sini. Mungkin pengaruh suasana dan tahap kesegaran bahan2nya.

      Padam
  2. Semua yg pi Bandung kata makan sedap2 kat sana..
    Kawan makchaq ajak pi bandung awai tahun depan.. dia dah lebih 5 kali pi sana.. teringin jugak nak pi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak chaq nak pi ka? Jom2 AirAsia tengah promo la ni pi sana tak sampai Rm100 pun utk taun depan.

      Padam
  3. Liwet tu sebenarnya menanak nasi Aina. Kalau macam tu banyak makan berdua pun belum tentu habis kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zakie...Aina ni tau baca ja tak faham pun maksudnya. Nasi tu kami makan utk 4 orang. Memang berbaloi.

      Padam
  4. KC pun suka makanan Sunda di Bandung. Tapi Kg Daun tu mahal la Jun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KC...pi sekali sekala sebagai pelancong boleh la makan tapi kalau selalu pi dan tujuan utama nak shopping rasanya makan jelah yang mana senang dan dekat.

      Padam
  5. Assalamualaikum Jun

    penuh satu pingan....tentu sedap tu...

    BalasPadam
  6. hmm taktau ntah bila dpt sampai ke sana, masa dpt tiket murah aritu, clash ngan komitment kijer, nangis!!!! tp dpt gak buah tgn dari kakak....

    BalasPadam
  7. ayat last mak tu 'Sambil makan sambil nikmati keindahan alam bertemankan bunyi cengkerik.'.. wak ingatkan mak betul2 makan cengkerik macam kat vienam tuu.. ehhheee, wak X penah smpi bandung jugakkk..

    BalasPadam
  8. Serasa ingin menambah tersu makan nasi liwet.

    BalasPadam