Musim Hujan

3:00 PTG JunAina 5 Comments

Minggu lepas sepanjang minggu asal petang je hujan. Asal nak balik kerja je hujan. Lebat pulak tu. Bukan sikit-sikit air yang mencurah ke bumi. Pantai timur dah mula tengkujuh agaknya. Kuala Lumpur pun tak berhenti-henti hujan.

Bukan apa bila hujan akan menimbulkan sedikit kesukaran buat rider macam Aina coz motor tak berbumbung. Ada satu hari tu terpaksa mengadap hujan pagi dan petang hujan. Lebat pulak tu. Guna rain coat memang tak basah tapi tempiasnya tu masih membasahi sedikit sebanyak baju kat dalam. Pernah sampai tak nampak jalan bila hujan terlampau lebat jadi terpaksa le melepak di tepi higway ditemani hero-hero rider.

Cabaran nak mencari rezeki. Pada Allah ku serahkan segalanya. Dia lebih mengetahui. Setiap yang terjadi ada rahsia tersembunyi. Redza. Sepanjang tahun panas sesekali hujan terima seadanya. Rahmat. Kesian pokok-pokok di tengah terik mentari. Hujan sekurang-kurangnya sedikit menyejukkan bumi.

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapalah tak bawak kereta atau naik pengangkutan awam. Namanya Rider Sejati so ride tu salah satu hobi cumanya belum ada rezeki nak beli motosikal berkuasa tinggi. Ada hati. Tanamkan jugak keazaman. Simpan duit sikit-sikit. Kehendak kena letak selepas segala keperluan tertunai.

Menung merenung langit. Hitam. Kelam. Bakal hujan lagi. Sesekali balik kerja tak pakai rain coat best jugak. Main hujan dari KL sampai Kajang sampai rumah bungkus dalam selimut tebal!


You Might Also Like

5 ulasan:

  1. :)
    Selamat hari raya Haji ya! Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  2. Ada juga rider perempuan ye untuk laluan Kajang - KL. Kagum betul. Hehe

    BalasPadam
  3. salute lah kat u.. akak ngeri lah kalau naik motor ni..

    BalasPadam
  4. Seeloknya musim hujan ni, Aina bawak keta pegi keja. Sebab bila hujan, jalan licin. Agak berisiko untuk rider!

    BalasPadam