AirAsia Free Seat 2013

5:34 PTG JunAina 11 Comments

Dia mai dah...dia mai dah...Jom rhamai-rhamai klik-klik TANG NI. Air Asia promo awai taun. Syiokkk weyyy... Booking isok sampai 20hb Jan kalau tak silap. Travel pulak dari 20 August sampai 9 Febuari 2014.

Malam ni hampa jangan lupa no, bersedia depan apa sahaja yang membolehkan hangpa masuk laman web depa bermula 12 tengahmalam. Tawaran awai taun yang boleh menggoncang iman. Sabaqlah duhai hati. Rezeki yang lebih besaq nak mai hujung taun ni jadi jangan la nak gatai-gatai tangan nak booking tiket terebang pi mana-mana untuk taun ni bawak sampai taun depan. Kalau setakat nak bukak dan jamu mata menyibukkan trafik boleh tapi jangan nak tergoda dengan mainan depa.

Kadang-kadang beli tiket macam ni baguih jugak untuk kita. Boleh plan percutian dalam jangka masa panjang. Lepaih beli tiket kita masih ada masa untuk simpan duit beda buat belanja masa bercuti. Jalan-jalan tempat orang mesti banyak nak guna duit. Kalau buleh nak belanja dengan selesa. Nak beli buah tangan untuk orang-orang sekeliling terutama adik-beradik dan kawan-kawan opih.

Taun ni dah ada booking dok tunggu. Kami satu keluarga nak terbang tinggi-tinggi tapi dekat sahajalah. Bawak mak sekali tu yang best. Masa beli tiket murah macam ni jugak la. Alamaklumlah percutian bajet. Pelan-pelan simpan duit nak buat belanja pi sana.

Nampak gayanya taun depan kami anak beranak cuti-cuti Malaysia sambil memandu kereta sahajalah. Paling-paling ambik cuti balik kampung dok lama-lama. Syok wooo...


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. oo.. ye ke. Nanti kita pun nak skodeng2 jugaklah mana tau ada yang pekenan.

    BalasPadam
  2. mmg cam tu lah.. better. beli ticket dulu then simpan duit..

    BalasPadam
  3. Balik kampung pun kira cuti-cuti mesia gak la tuh.. lagi orang kampung suka kita balik.. dok tunggu-tunggu tu..

    BalasPadam
  4. Trend percutian masa kini. Booking tiket, plan cuti then simpan duit. Best nya

    BalasPadam
  5. tak tengokpun lagi... kalau sempat nak gak merasa terbang...

    BalasPadam
  6. Janji bercuti dan yg penting sekeluarga itu yg syok Aina. Kalau kakak balik kg tiap minggu dah sekaran ni Aina sebab bapak ikut kakak dan dia nak balik tiap minggu kena ikutlah (tapi kg kakak tak jauh sejam dah sampai hihi...)

    BalasPadam
  7. saya dah grab pg tadi kak...pening sbb cepat sgt habis tarikh yg saya nak...huhu...nasib baik dpt gak...Alhamdulillah...

    BalasPadam
  8. tahun ni dah plan..tahun depan belum plan lagi

    BalasPadam
  9. hujung tahun ni L nak jalan2 sabah.. hihi

    BalasPadam