Berat Mata Memandang

1:49 PTG JunAina 7 Comments

Kisah ibu saudaraku Ajalilah Senapi. Kesakitan yang ditanggung merendam hati kami semua dalam laut kedukaan. Bermula dari batu di dalam hempedu, kemudian demam yang berpanjangan, kekuningan seluruh badan, disyaki mengidap TB sehingga di masukkan ke wad pengasingan dan yang terbaru ketumbuhan yang memerlukan kimoterapi.

20 hari berada di Hospital Temerloh menjalani rawatan. Kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UKM kerana pakar yang merawatnya Prof. Razman bertugas di situ. Dua minggu berlalu. Kekuningan masih sebegitu. Perut semakin mengeras dan sedikit membuncit. Makan pula hanya 3 sudu kecil sehari kerana katanya perut terasa penuh. Selepas disyaki mengidap TB dan selepas itu di sahkan tiada sekarang timbul pula isu ketumbuhan yang memerlukan kimoterapi.

Sudah berkali-kali 'scope' berkali-kali juga tisu diambil untuk kajian sedangkan tubuh tuanya semakin tidak berdaya mengharunginya lagi. Sehingga kini tiada keputusan pasti apakah penyakitnya. Bagaimana rawatan yang sepatutnya. Rawan hati kami mengenangkan semua itu. Apatah lagi dia yang menanggungnya.

Mula-mula dipindahkan ke PPUKM segalanya diuruskan jururawat, tidak dibenarkan turun dari katil. Kini setelah kesihatan semakin merosot, tiada juga berdaya diminta pula bangun dan berjalan. Kasihan. Setelah lama duduk dan baring tanpa ada pergerakan badannya semakin lemah.

Mulutnya sudah mula berbunyi. 'Bawaklah aku balik ke Perlis'. Berkali-kali. Adik-beradik menyokong, suaminya mengizinkan tetapi anak lelakinya yang seorang pula membantah. Apakan daya. Sekiranya berada di Perlis tanah kelahirannya hatinya mungkin sedikit tenang. Dekat dengan ibunya, dengan keluarganya dan yang penting itulah tempat tumpah darahnya. Sedikit sebanyak akan mempegaruhi kesihatannya. Sanak saudara pasti silih berganti melawatnya. Di PPUKM siapalah yang ada. Makcik di Puncak Alam akan menemaninya dari tengahari hingga ke malam. Anak-anak sekadar menjengah. Apatah lagi aku dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan hanya sekali melawatnya sejak dipindahkan ke PPUKM dan sekali di Temerloh.

Kini kami hanya berharap anak dan menantu yang berada di Perlis akan dapat mengubah keputusan adiknya yang tidak mengizinkan ibunya untuk dibawa ke Perlis. Berada di hospital ternama dengan kepakaran tersedia tak semestinya dapat merawat hati pesakit yang gundah.

Pengalaman pertama keluarga kami dimasukkan ke PPUKM. Hospital yang lengkap dengan pakar dan peralatan canggih. Cuma aku tertanya-tanya kenapa tiada kata putus berkenaan penyakitnya. Rasanya aku lebih yakin sekiranya ibu saudaraku di masukkan ke Hospital Selayang kerana bagi aku PPUKM banyak menjalan kajian. Aku risau andai ibu saudara aku akan menjadi bahan ujikaji. Entahlah. Mungkin itu pandangan singkat aku sebagai insan yang buta tentang bidang perubatan.

Kesekian kalinya doa tetap kupanjatkan pada ILAHI, bertahajjud kepadamu memohon kesembuhan padanya, dipermudahkan perjalananya dan diberi kekuatan hati padanya untuk mengharungi ujian ini.

You Might Also Like

7 ulasan:

  1. bila baca pun rasa sangat sedih aina...
    semoga dipermudahkan segalanya...

    BalasPadam
  2. Bayangakan Aina kalau anak-anak dan anak-anak saudara pun bagaikan tidak sanggup melihat apa lagi yg empunya diri. Kesiannya... moga ada penyembuhan diperolehi dan dapat dia balik perlis sebagaimana dia kehendaki..

    BalasPadam
  3. Oh jun, kesian kat mak sedara tu......makcik bukan dokter..but cud it be something to do with liver? Harap yang terbaik buat yang menanggung sakit...and you take care...:terkena BUATAN orang ke?:))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habeh 'MEMBUAT' la tu makcikkantin... Terasa terlalu tua untuk kena BUATAN org tapi apalah daya kita untuk menolak...ekekeee...

      Padam
  4. kasihannya..berbincanglah semula..perkara terakhir yang ingin kita buat utk ibu kita ialah menggembirakannya..

    apapun..moga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  5. berapa umur mak sedara kak Jun...tak dapat nak bayangkan orang yang menanggung penderitaan...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Aina

    saya mendoakan agar Mak Saudara Aina cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam