Selasih KuSayang

1:49 PTG JunAina 19 Comments

Lima tahun sudah bekerja di syarikat sekarang. Selama itu jugak setiap tempat makan di Ampang Park akan menjadi pilihan setiap hari. Ada juga yang rajin akan berjalan ke Tabung Haji atau Bangunan PNB mengubah selera. Aina pula kebiasaannya jarang makan tengahari bila mengambil sarapan pagi yang agak berat.

Sejak akhir-akhir ini tuntutan badan telah bertukar. Pagi makan tengahari masih minta diisi, malam juga kadang-kadang perut merengek sendiri. Jadinya menu bertukar. Sebolehnya pagi sekrang sedang belajar mengambil menu ringan sahaja seperti roti atau kuih. Tengahari makan nasi dan malam roti dan susu tetapi kadang-kadang terbabas jugak dek kehendak tekak.

Hari ini sambil bekerja terbayang sup sayur serta paru berlada di Ampang Park Food Court. Sambil berjalan perut telah mula bernyanyi. Berjalan laju-laju. Sampai je hati kecewa. Menu di idam tiadalah pula. Melangkah keluar dari situ dan menuju sebuah kedai makan Melayu, Selasih. Terus oder nasi putih dan tom yam campur. Bayar Rm7.50. Siap masak berjalan laju-laju balik ke pejabat kerana tidak sabar lagi untuk makan.

Buka tom yam masuk mangkuk, tuang kuah dahulu isi masih kat dalam. Habis je kuah terasa macam nak jalan gi Selasih laju-laju dan baling je isi bungkusan kat tukang masak. Isi yang ada cuma 3 ketul ayam sebesar jari kelingking, 2 kerat sotong, 2 ekor udang (rasanya cam ekor udang je pun). Hirisan halus lobak merah 5-6 urat, hirisan bawang sikit, seketul kecik bunga kubis. Dem!

Potong selera nak makan. Nasi hanya suku je dimakan. Kuah tom yam masih banyak. Perut masih lapar sangat-sangat tapi selera tertutup dek kerana hangin dengan apa yang diberi. Sedih gila. Dalam keadaan sekarang ni dah le selera tu tak berapa bagus. Emosi pun tak stabil. Rasa nak meraung. Akhirnya capai epal kat peti ais makan dengan linangan air mata.

Selasihku sayang kalau nak untung pun agak-agak la. Kesian la kat pelanggan yang terkena macam ni. Mencari dunia jangan sampai terlupa akhirat.

You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Ramai peniaga yg meniaga ala ala Selasih ni..
    Bila dah beli, tengok rupa makanan..rasa menyesal, marah, geram, sedih...semua ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tu rasa macam nak pi lempaq ja tom yam tu kat muka tukang masak, nak lempaq kat makcik dan pakcik tokey kedai tak patut sangat pasai makcik kalut kira duit, pakcik kalut ambik oder. Memang rasa ralat sungguh.

      Padam
  2. Ohhh kesiannya. Tambah pula dalam keadaan tekak teringin itu ini, emosi mudah sentap mudah terasa, kan? kan?

    Takpa, lain kali kalu larat badan buat sendirik jer kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sentap gila Kak Azie sampai tertutup langsung selera nak jamah tom yam tu. Tadi turun beli cucoq udang 2 ketoi buat alas perut, pasai lapaq sangat.

      Masak2, basuh2 pinggan semua tak boleh Kak Azie, kena sabaq lama sikit...uwwaaaa...

      Padam
  3. Waduhhhh.....mahal bangat tu.....kok isi nya gitu aja.....mencekik darah nama nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat mencekik darah tapi dah sampai mencekik selera org yg beli, finally buang ja tom yam tu.

      Padam
  4. Aina, baru kemarin saya ke Ampang Park. jumpa blouse2 yg cntik.tapi hrga mcm mahal sikit dri semua house or Jalan TAR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Inda lain kali mai habaq la buleh kita minum2 ka makan2 ka. Seberang jalan pun je ka Ampang Park ngan opis Aina ni.

      Kat Ampang Park tu tak dak apa yang murah aihhh...semuanya mahai.

      Padam
  5. Ooo ops dekat2 ampang park ya...samalah kita saya di Tokio Marine Life :D
    Mmg xsuka pegi selasih ni dulu suka gak la pegi. Mcmtulah kebanyakan org melayu meniagakan x ikhlas pikir nak untung jerk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kat Ranhill Worley opis The Intermark, tercampak kat sini ikut projek. Kat situ nak makan nasi campur oklah nak makan masak lagi serik kot. Dulu kena sekali minta daging merah dan nasi putih, daging tu 44 kali kunyah pun tak lut.

      Padam
  6. Sekali aje nampaknya Selasihku Sayang akan dijejaki.
    Ada org berniaga asal boleh Aina, ada yg sambil nak bersedekah, ada juga yg cekik duit org je yg pandai..

    BalasPadam
  7. lagi tension kalau hrganya mahal kan??
    salam singgah n follow cni :)

    BalasPadam
  8. pcl blm pernah lagi makan dgn berlinangan air mata..., walau bengang sekali pun mungkin blm sampai ke tahap tu. *sabaq kak na...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaum ibu ni kadang2 emo terlebih terutama bila time2 cam gini. Kalau boleh terasa nak makan je nak yg betul2 kena dengan tekak dan pulun makan sakan2...hehehee...

      Padam
  9. Aina...
    org meniaga tak tahu hukum tak pikir semua ini..
    taunya nak kaya dan nak untung....

    BalasPadam
  10. melampau! dah le mahal.
    boikot je tempat makan mcm tu...

    saya pulak yg terlebih emo

    BalasPadam
  11. sedihnya baca...sampai berlinang air mata!

    org2 camtu mana kesah dosa pahala aina...ntah2 permit pun takder! lesen apatah lagi! tapi mungkin ada org lelap sebelah mata...

    BalasPadam
  12. akak...sedihnya diorang buat macam tu...nape la sanggup diorang meniaga serupa gitu...?

    akak jgn sedih, insyaAllah pasni ada rezeki yang lebih best lagi untuk akak. tak payah pegi situ dah ye...

    BalasPadam
  13. Assalammulaikum

    balas kunjungan :)

    btl2,peniaga kena la iklhas dan serve mknan yg terbaik utk pelanggan

    selalu dpt sup bawang,sup serai

    tom yam pon begitu

    BalasPadam