Rumah Kebajikan Mana Nak Hantar Abang?

9:56 PG JunAina 19 Comments


Kami selalu bergurau manja dalam banyak hal, walaupun dia seorang yang 'cengey' dan tegas tetapi bila kena gayanya dia memang banyak idea nak bagi isteri senyum. Dia seorang bapa 'zaman dahulu' yang tidak banyak bercakap dengan anak-anak kecuali perlu. Jadi memang jarang bercakap jaug sekali bergurau senda dengan anak-anak kecuali dengan anak perempuan kesayangan dia. Kalau bab kakak semua akan di turuti.


Kadang-kadang dia selalu juga meluahkan rasa hati tentang anak-anak yang bila sudah besar bermacam-macam perangai dan gaya. Suatu hari dia meluahkan rasa hati yang dia tidak mengharapkan anak-anak untuk menjaganya apabila dia mula sakit-sakit dan nyanyuk kelak sekiranya umur dia masih panjang mungkin anak-anak akan menghantar ke rumah orang tua-tua. Saya hanya iyakan sahaja sambil ketawa.


Pagi tadi lagi sekali gurauan yang sama bermain dibibirnya. Anak perempuan dia hanya ketawa dengan telatah abah. Saya lagilah bahankan dia cukup-cukup. Saya kata juga mungkin saya akan cari bibik untuk jaga dia sebab saya perlu bekerja sekiranya tidak saya terpaksa juga menghantar ke rumah jagaan dan yang paling dekat Rumah Siti Hasmah di Cheras supaya ada yang menguruskan dia sementara saya bekerja. Dia menyambutnya dengan ketawa besar.

Sampai di pejabat selepas bersalam dia mengajukan pertanyaan. 'Mama dah piliih ke rumah kebajikan mana nak hantar abah nanti senang abah nak wakafkan semua harta-harta abang yang ada?' Rupanya dia 'touching' lebih pulak pagi ini. Alahai...saya gelakkan dia.




Walaupun umur kami berbeza banyak tetapi kasih sayang itu tetap utuh di hati. Apakah nilai kasih bagi seorang isteri? Bukan wang ringgit, bukan harta benda cukup dengan kasih sayang serta perhatian yang di beri. Selagi tanggungjawab tetap berada dinombor satu, lalu apa lagi yang perlu saya kejar.

You Might Also Like

19 ulasan:

  1. Tersenyum sy baca entry akak ni. :) nmpk bahagianya disitu.. Usik mengusik mmbawa bhgia.

    BalasPadam
  2. huhu,sebak lak saya baca
    moga kasih sayang akak n abang hingga ke syurga

    BalasPadam
  3. mcm ayah saya pulak kak... cengey, cakap benda perlu dan penting ja. tapi bila dia dh tua lani semakin peramah pulak .... ^_^ betol kak... perbezaan yg timbul antara pasangan xkira umur, bangsa atau warna kulit , yang penting hati kita satu dan tanggungjawab terlaksana

    BalasPadam
  4. sama samalah kita berdoa dari sekarang agar Allah jauhkn kita dari penyakit nyanyuk dan dikurniakn kesihatan yg baik sehingga ke akhir hayat...amiin

    BalasPadam
  5. insya allah..ibu bapa yang baik biase melahirkan anak-anak yang baik kan :) takkan la anak nak hntr ke rumah kebajikan :) abah abah..

    BalasPadam
  6. ...membuatkan aku juga berfikir...
    Jarak umur kami tak jauh sgt, mgkin kalau dah sakit tua, kami serentak sakit. Anak kami seorang, mgkn tak mampu nak uruskan ...dan dia pun ada tugas dunianya...

    BalasPadam
  7. yela kan kak. sbgai isteri. suami yg utama ye kan. dialah syurga kita..

    BalasPadam
  8. jangan dia pendam sedih sendirian sudahlah...

    BalasPadam
  9. wahh dh tua rupernyer kiter ye makk., uHUuuu

    BalasPadam
  10. ye , kepada anak2 dan isteri terutamanya kena lebih memahami ..bagaimana suaminya.. dari segi caranya melayan , mungkin nampak pada mata orang lain tak seperti mana kita yg sentiasa dekat dengannya. Gurauannya sesekali adalah sangat membahagiakan...

    BalasPadam
  11. Tersentuh jugalah kot maklum bila kian dipanjat usia mudah terasa...

    BalasPadam
  12. hehehe.. gurau gurau suami isteri..

    BalasPadam
  13. Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to mention that
    I have truly enjoyed browsing your blog posts. After all
    I will be subscribing for your feed and I hope you write again soon!

    Also visit my weblog; อาหารเสริมลดน้ำหนัก

    BalasPadam
  14. orang berusia ni sensitif aina..cam juga mak pak kita..
    suami saya pun nak masuk 50..sensitif dah juga..hihi

    BalasPadam
  15. lhor sedey dia ..darling nak hantar kat rumah orang tua ye...jangan nanti merajuk susah nak pujuk..belum sempat hantar dia dulu carik bibik..ha..ha

    BalasPadam
  16. salam
    moga bahgia hingga akhir hayat till jannah..aaminn

    BalasPadam
  17. hahh kan dah merajuk tue akak..pi cepat2 pujuk na..hehehe

    BalasPadam
  18. Sweet...apa pon gelak tawa itulah sbnr ye kebahagian yg sgt bnilai...

    BalasPadam