Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hormati Perubahan
Syukur alhamdulillah. Tidak ada erti terlewat untuk perubahan yang membawa kearah kebaikan. Malah kita sebagai rakyat jelata juga bergembira kerana akhirnya Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat selari dengan kedudukan baginda Tuanku dan Tuanku Permaisuri yang menjadi Ketua Ugama Islam.
Setelah melalui perubahan sekian lama adalah sangat mengecewakan bila masuk ke bank-bank atau pejabat-pejabat swasta kecuali Jabatan-Jabatan Kerajaan masih lagi menggantungkan gambar Tuanku Permaisuri tanpa mengenakan tudung. Tidak perihatin dengan perubahan. Sekurang-kurangnya hormatilah kedudukan baginda sebagai Permaisuri Agong ketika ini. Gantunglah gambar baginda yang megenakan tudung yang nampak lebih manis.
Saya ambil gambar ini di sebuah bank di Ampang Park pada 20hb Jun 2014. Selepas bertahun-tahun potret ini tidak berganti. Mahal sangatkah harga sebuah potret berbanding keuntungan yang dibuat syarikat setiap tahun?
Pada pandangan saya pihak bertanggungjawab terutama KSN/KSU perlu memberi perhatian kepada isu ini. Nampak kecil tetapi memberi impak yang sangat besar kepada pandangan masyarakat terhadap kedudukan Tuanku berdua.
alhamdulillah...
BalasPadamkt opis nih pun dh tukar ngn gamabr yg bertudung
BalasPadamAAH KN BRU PERASAN KT OPIS NI PN STILL GMBR YG TAK PAKAI TUDUNG
BalasPadamselagi tak ada arahan.. selagi tu lah tak dibuat..
BalasPadambetui2..ayat biasa "boss xkata apa pun,kami memandai stg kena plak"..heheheh
PadamRamai yg tak alert hal-hal begini Aina..
BalasPadamKena keluar arahanlah nampak gaya baru buat..
Saya setuju.
BalasPadamDan saya harap entry akak ni di baca ramai pihak.
Perubahan ke arah kebaikan, waima pada usia lanjut sekalipun, harus kita sokong, selagi nyawa belum sampai ke halkum
Kat opis saya lagi la teruk. Langsung takdak nampak pun gambar Agong atau menteri. hehehehe dalam bilik bos, tak tau la pulak.
BalasPadamkat kedah rata2 dah gambar bertudung
BalasPadam