Slow Learner Sembilu Di Hati
Siapa kita untuk menolak ketentuan Allah, perjalanan hidup atas kehendakNya. Sebagai hamba redhalah ubat hati yang terbaik.
Hati saya bersalut duka bila mengenangkan anak bungsu manakan tidak sehingga Tahun 3 barulah dia mampu membaca, itu pun tidak selancar mana. Sekarang di Tahun 4 tidaklah sangat saya mengharap untuk dia menjadi pandai dapat membaca juga mengira itu sudah baik buat saya.
Sebagai ibu yang berkerja memang memasa menjadi penghalang untuk saya terus duduk tekun bersama dia, selagi ada masa saya akan mencuba. Sedikit sahaja perubahan positif pada diri dia seribu kegembiraan terukir di hati saya. Tak terucap bila dia mampu membaca bait-bait tulisan di televisyen. Bagi orang lain mungkin itu biasa tetapi bagi anak bungsu saya itu adalah luar biasa.
Tahun ini saya berada di syarikat baru yang sedikit menjadi penyebab untuk bapa mengambil rekod pelajaran anak. Sistem band yang sememangnya berbeza dari sistem persekolahan di tahun 70an banyak mengelirukan si bapa. Saya tahu dia sangat kecewa dengan keputusan Hikram tetapi hanya itulah yang terbaik dapat Hikram beri. Juga itulah yang saya hadapi sejak bertahun-tahun dulu tetapi saya tidak menunjukkan kepada mereka apa yang tersirat dihati.
Penerimaan guru juga sangat penting bagi anak-anak slow learner ini. Saya pernah berbincang dengan guru kelas Hikram yang merupakan guru baru di sekolah tersebut dan dia mengakui dapat menjejak kekurangan Hikram pada hari ketiga dia mula mengajar. Cikgu Syarifah Mahfuzah memang seorang yang sangat perihatin. Ada juga antara guru yang mengajar tidak dapat mengesan kekurangan ini malahan apabila ada pertemuan antara ibu-bapa dan guru keluar juga perkataan-perkataan kurang enak di telinga. Saya pernah rasa terhina, terhiris dengan kata-kata sinis seorang guru. Sebagai ibu adakah harus saya berdiam diri?
Tidak ada ibu bapa yang meminta anak mereka dilahirkan dengan kekurangan.
'Lemah! Lemah! Lemah!. Semuanya lemah!'
'Sejarah. Band 1. Paling lemah.'
'Kerja sekolah rekacipta tak berhantar'
'Tak guna belikan iPad sekiranya begini keputusan periksanya'
Saya tahu dia kecewa sangat kecewa. Selama ini saya cuba membantu Hikram, bukan tidak. Saya cuba menjadi ibu terbaik dalam mendidik dia. Cuma Hikram kategori 'slow learner'. Saya faham dia sukar menerima kekurangan itu. Menolak untuk menerima sebenarnya. Pendedahan yang kurang mungkin.
Saya tetap bersyukur kerana punya keluarga yang positif, emak, adik-adik, kakak dan abang yang saling menyokong kekurangan Hikram. Sentiasa memberi semangat ketika saya lelah dan ingin mengaku kalah. Kejayaan bukan sahaja bergantung kepada bijak anak di sekolah kejayaan juga akan datang bila kita pandai mencari peluang. Itulah yang saya pegang tika ini untuk membantu Hikram.
Suatu hari moga kejayaan akan bersama Hikram. Doa ibu akan sentiasa bersama anak-anak. Pesanan buat ibu-bapa juga janganlah di bandingkan antara satu anak dengan anak yang lain. Selagi mampu bantu, bantulah mereka.
Betul Aina..setiap anak ada kelebihan dn kekurangan..kita ibubapa kena terima seadanya..jgn dibanding2 dan dibeza2kan..mana tahu anak yg dulunya kurang kelak dialah yg membahagiakan ibubapa
BalasPadamAnak slow learner mmg harus diberi perhatisn yang lebih tp kita sbg ibu bapa juga harus memberikan semangat...jangan push sgt..jangan paksa just bg peluang pd dia..mcm tu jugak SA tekan kan pada dania..SA bg dia peluang sampai darjah 5....but bila dh naik darjah 6...kena focus x leh main2 dh...
BalasPadamSetiap anak ada keistimewaan nya June.. insya Allah satu hari dia akan menjadi budak yg bijak dengan kelebihan yg lain..
BalasPadamSelamat berpuasa June :)
betul tu kak...jangan bandingkan mereka, bantu mereka selagi boleh..harap kak sabar mendorong dia..sama2 kita berdoa agar Hikram bertambah maju dan berjaya dalam hidup
BalasPadamJun,
BalasPadammelalui pengalaman mengajar dulu,ada anak anak slow learner masa awal saja.Bila dah tingkatan mereka pecut tinggalkan kawan kawan.Yang penting ibu bapa mesti tanam semangat berjaya dalam diri mereka...semoga anak ini membesar sebagai Johan.yakin boleh.
slow learner juga ada peluang untuk cemerlang di masa hadapan kak. dah beberapa contoh saya jumpa. akak jangan risau sangat. paling penting kite tak putus asa mengajar dan meraikan pencapaian barunya kelak. dengan cara tu dia akan lebih semangat untuk belajar~
BalasPadamOkje tau pasal hikram ni awak pernah ceritakan JA....suka dgn ketabahan awak JA....anak adalah amanahNya kpd kita....sama samalah kita cuba buat yang sebaiknya
BalasPadamsalam ramadhan cik kak juneaida tuu., mugo2 dipermudahkan segalanye., aminn
BalasPadambukan ke wak dh tingal komen sini makk? uhuuu
BalasPadamtak pe kak. banyak kan doa. mesti ada kelebihan kat diri Hikram. Cungkil. dan asah.
BalasPadamanak akan lbh stress,rasa rendah diri jika kita memberi komen negatif...
BalasPadamtersentuh pulak pcl di petang ramadhan ni membaca.. Semoga sesuatu kelambatan itu ada kebaikan di tempat lainya yg kita tak ketahui..insyaAllah. Doa ibu tinggi darjatnya.
BalasPadamSemua orang inginkan kejayaan...namun tidak berjaya dalam pelajaran bukan bermakna tidak boleh berjaya dalam kehidupan.
BalasPadamBetul tue akak..be strong and jangan putus asa k.. pedulikan kata2 sini orang.. yang penting doa banyak2 InsyaAllah Allah Maha Mendengar kak...
BalasPadam