Bercanda di Kebun Naga Di Tengah Sawah
Kisah seorang yang kreatif menggunakan tanah dan bijak menguruskan aset yang ada. Jauh mata memandang di penuhi kehijauan sawah padi yang semakin menunduk, di tengah sawah yang terbendang mata menangkap sekeping tanah dipenuhi pohon naga. Menongkah arus. Sawah di tebus guna menjadi ladang buah naga yang memberi pulangan yang berlipat kali ganda berbanding bersawah.
Pulangan Rm1200 sebulan purata pendapatan yang menjadikan pendapatan tahunan sebanyak Rm14,400 adalah lebih menguntungkan berbanding mengusahakan sawah setahun dua kali dengan keluasan terhad sebegitu. Dia berpandangan jauh. Hasil try and error dia berjaya menjadi contoh terbaik petani yang keluar dari kepompong bersawah.
Tuan punya kebun yang sangat peramah berbaju kuning, tidak berbaju adalah pembantunya menguruskan kebun buah naganya. Tidak lokek ilmu. Katanya lebih untung tanam buah naga dari tanam padi. Pernah masuk surat khabar Berita Harian jugak.
Dia sibuk suruh saya bergambar dekat pasu besar yang ditanam pokok naga, saya pulak malu-malu tapi sempat juga bapa saudara snap sekeping gambar saya. Katanya memang letak dalam pasu besar untuk orang bergambar.
Pokok naga yang ada sedikit rosak daun-daunnya kerana menerima hujan agak banyak, pokok ini jenis kaktus kalau air terlampau banyak cepat rosak. Buah di hujung-hujung katanya dah banyak yang kecik-kecik. Saya beli Rm20 tapi saya dapat yang di sedekah lagi banyak dari yang dibeli. Buah merah campur buah putih ikut rezeki tapi memang manis.
Saya suka pemandangan ini, jiwa saya dekat dengan padi dan bendang tetapi menjadi bersemangat bila melihat deretan pokok naga yang kemas ditengah bendang. Mula berangan-angan, kalaulah saya ada tanah!
Rezeki adan sentiasa ada buat yang berusaha. Setelah berusaha selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t. Walaupun nampak keluasan kebun ini adalah terhad dengan usaha yang gigih selain dapat menjana pendapatan dapat juga membantu orang lain mendapatkan pekerjaan. Menurut tuan punya permintaan buah naga adalah sangat tinggi, tak menang tangan menguruskan tempahan. Pasaran dalam kampung pun dah tak dapat nak tampung jangan kata nak dipasarkan diluar. Kalau teringin telefon sahaja nanti buah akan sampai di depan pintu kalau suka dan teringin nikmati buah di kebun juga dengan tangan terbuka tuan punya menerima tetamu.
Kebun ini terletak di Kampung Padang Kilang, Arau, Perlis.
Alangkah enaknya kalau buahtu manis dan sejuk masuk ke tekak. :)
BalasPadamDimana ada pokok naga disitu ada buah naga. Kalau tiada pokok dimana ada buahnya..haaahh.. Mahal buah naga ni.
BalasPadamCuma bijak lebih sikit je. Dah dpt hasil yg mengkagumkan :)
Ini yg dikatakan petani bijak Aina..
BalasPadamRumah kampung kakak pun tanam Aina. Kalau tanam 2-3 pokok pun takat nak makan sendiri tak terhabis tau... Satu lagi kalau utk nak makan sendiri tak payah jaga pun boleh buah. Senang aje. Kerat dahan berjuntai tu Aina tanam atas tanah nanti dia hidup sendiri...
Kagum pulak dengan kebijaksanaan tuan kebun nie kan..kalau diperluaskan lagi kebun nie mesti lagi maju kan inshaallah...
BalasPadamcantik betul pemandangan nyer kak.... ngn sawah padi menghijau kt sebelah tuh.... yelah teringat masa banjir besar kt johor mana2 ladang buah naga nih rugi besar sbb kene banjir n pokok mati...
BalasPadammoga tambah banyak rezeki tuan nyer kebun naga sbb sedekah buah lg kt akak... bgs org yg lokek, rezekinya pun Allah tambah
jaunye .. ptt la keluar dr kepompong sawah padi ....
BalasPadamklu kat belh sini mmg dah byk sawah pd jd tanah pertanian lain
eh tak sangka eh untung banyak tanam buah naga ni kak.. :) kalo ada tanah bulih tanam gak la kan kak . bukan main lagi kak posing tepi pokok naga hihihi
BalasPadamSemoga murah rezeki tn kebun ye kak..
BalasPadamBole rupanya ya tanam dalam pasu gitu....:)
bestnya...sy suka buah naga...
BalasPadamAlhamdullilah..
BalasPadamSaya suka tgk bangsa kita yg berwawasan, ada visi macam ni..
Pokok yg dalam pasu tu mmg besar betul! Dulu sebelah rumah mertua saya mmg ada ladang buah naga ni...tapi pokoknya tak lah setinggi tu :)
first time tengok pokok buah naga ni...selama ni tak pernah terfikir nak tengok rupa pokoknya
BalasPadambestnya kalau ada tanah gini kan.. macam2 boleh diusahakan..
BalasPadamBest nya kak aina
BalasPadamakak dulu suka sangat buah ni. tapi after sometimes i noticed that those yg ada low blood pressure tak elok makan.. sedih sangat.
BalasPadamWah...bestnya..saya adalah penggemar dragon fruit jugak..tp yg merah je..kiki
BalasPadamooo baru 1st time tengok pokok naga tue akak..besarnya..=D
BalasPadamTetiba teringat buah naga yg banyak air tu...sedapnya JA....
BalasPadamPokok pangkalnya rajin....
makasih ya gan infonya semoga selalu bertambah sukses
BalasPadam