Sepanjang Hari Habuk Masuk Mata

6:28 PTG JunAina 5 Comments


Mereka menangisi keluarga yang kembali tebujur kaku. Hilang sudah senyum, tawa serta belaian manja. Ada anak menjadi yatim, ada isteri menjadi balu, ada suami bertasbih pilu, ada ibu merintih sedih dan ada ayah menyeka mata di lengan baju. Mereka menyimpan kisah duka yang dalam. Perit seberat mata kita yang basah menanggung dan menumpang sedih lagi berat bagi mereka yang kehilangan. Tragedi yang mengundang nestapa sepanjang hidup mereka.


Kisah mereka menjadi sejarah, pusara mereka bakal dikenang selamanya. Mereka bersemadi bersama doa jutaan rakyat bukan hanya kaum keluarga. Mereka pergi penuh penghormatan. Rezeki mereka telah Allah s.w.t tentukan bersama doa dari seluruh rakyat Malaysia.



Jenazah terakhir dari 20 mangsa yang terbang pulang hari ini.


Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jenazah nahas MH17 selamat mendarat di KLIA tepat jam 9.54 pagi dengan menggunakan penerbangan pesawat MH16129.


Sepanjang hari habuk asyik berterbangan di udara, membuatkan mata sentiasa merah berair. Itu hati saya cair diketuk pilu dan hiba. Bagaimana agaknya hati mereka? Ya-Allah kuatkan mereka, moga redha mu Ya-Allah akan bersama kaum keluarga mangsa dengan memberi kekuatan dan kesabaran buat mereka. Anak kecil moga kau mengerti suatu hari nanti.



You Might Also Like

5 ulasan:

  1. berat mata memandang. berat lagi bahu memikul..
    moga keluarga mereka tabah dengan ujian ini..
    seluruh negara menyedeqahkan alfatihah buat mereka. Allahu Akbar...rezeki mereka

    BalasPadam
  2. dah selesai urusan pengembumian semalam...alhamdullilah..
    tunggu giliran kita pula lepas ni

    BalasPadam
  3. Kalau jumpa doc ( kecuali dr.Faizie) boleh dapat mc ni Aina!!
    iyalah..ramai anak anak kecil yang masih amat memerrlukan ibu dan ayah..berat mata memandang berat lagi mereka yang merasa
    semuga Allah berikan ketabahan dan kesabaran bagi mereka yanng tinggal..amiin

    BalasPadam
  4. Alfatihah buat mereka yg telah pergi.... tak pelah Aina mata masuk habuk....sesekali berkongsi kesedihan dengan orang lain

    BalasPadam
  5. Masih lagi terasa kesedihannya.. Al Fatihah.. :'(

    BalasPadam