Telefon Antik Telefon Pusing-Pusing

9:36 PG JunAina 12 Comments


Kisah ziarah saudara mara jauh dan dekat di hari raya, kali ini berhari raya di rumah sepupu my Almarhum Tok Ayah di Padang Katong, Perlis. Suaminya juga telah di jemput Ilahi tinggal bertemankan seorang cucu yang sudah bekerja, dulu semasa hayat Tok Ayah ini adalah antara rumah yang wajib dikunjungi setiap kali hari raya waima sekiranya ada urusan di Kangar pastinya dia akan singgah di sini.



Ini gambar keluarga besar mereka, saya tak kenal sangat almaklumlah arwah tok ayah pun dah 20 tahun lebih kembali kerahmatullah kiranya selalu datang sini zaman kecik-kecik dulu.




Ini my tok long kiranya mak menakan pupu la dengan mak, orang dulu-dulu sepupu atau dua pupu tu masih dikira keluarga rapat. Dah lama tak jumpa dia pun semakin uzur.



Pusing-pusing rumah tiba-tiba budak-budak terpandang telefon lama ini, masing-masing pelik sebab memang tak pernah tengok. Telefon ini masih berfungsi dengan baik. Jadinya depa ambik kesempatan try pusing-pusing telefon lama ini. Pusing lepas pusing lepas sampai habis no yang nak di dail....depa sukaaaa...



Dah boleh jadi kategori barangan antik kot. Arwah tok long dulu kerja Telekom jadi itulah telefon yang digunakan dari dulu sehingga sekarang.



Kenangan mengusik jiwa betul!


 
Sesekali balik ke kampung terutama bila hari raya masa inilah hendak berkenal saudara jauh dekat yang kadang-kadang walapun kerja sepejabat kita tak tahu yang sebenarnya satu keturunan, satu nenek moyang. Satu perkara yang saya sangat tabik pada orang dulu-dulu ikatan kekeluargaan itu sangat kuat antara mereka walaupun saudara jauh. Berbeza sangat dengan orang zaman sekarang yang kadang-kadang sepupu sendiri pun dah jadi macam orang asing.


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. sekarang memang susah dah nak jumpa telefon antik ni...memang antik...salam isnin kak...

    BalasPadam
  2. masa acik mula2 kerja tu la rupa telefonya Aina

    BalasPadam
  3. bagusnyer masih elok lagi.... nampak sgt yg lama tuh lg tahan lasak n bagus kualitinyer... dana kalu jmpa pun jakun hehehhe...

    BalasPadam
  4. Saya sempat lagi pakai telefon stail gini. Nak call memang lambat nak tunggu pusing satu2 nombor. esp no 9 hihi. those were the days...

    BalasPadam
  5. Antik! Mmg antik...susah dah nak jumpa ni kak...

    BalasPadam
  6. seronok dpt merasa telefon pusing2 yer...

    BalasPadam
  7. woah.. pm price telepon tu..haha..lama dah cari

    BalasPadam
  8. Aku sempat nendail telefon ni dulu...tel awam...masa budak2 lg....

    BalasPadam
  9. Ha....Saya sempat main-main dgn telefon ni dulu...huhu

    BalasPadam
  10. Bagusnya masih elok digunakan sampai sekarang. Kena jaga elok-elok tu. Sayag kalau dah rosak.

    BalasPadam