Beraya Cara Keluarga Besar Kami

9:49 PG JunAina 11 Comments


Hari raya pertama banyak masa dihabiskan di rumah menerima kunjungan tetamu jauh dan dekat, alhamdulillah tahun ini anak cucu serta cicit Almarhum Tok Ayah Senapi Man dan Almarhumah Saripah Salleh masih berkumpul seperti dulu. Keluarga besar kami. Silaturrahim ini moga terus berpanjangan. Syukur padamu Allah. Mak macam biasa bila anak bungsu beraya di Kelantan dia sedikit lemau raya pun mak macam tak ceria.


Beraya di rumah Pak Tih Hussin adik mak sebelah menyebelah sahaja, paling terkesan bila tengok Angah lengkap berbaju melayu dan bersampin. Berubah juga akhirnya abang aku ni bisik hati, selama ini hari raya dia sama sahaja seperti hari biasa sejak ada isteri kenalah ikut rentak orang berkeluarga.





Rumah mak memang bersila jelah jangan hairan sebab kebanyakan rumah kampung di Perlis masih mengekalkan duduk di lantai. Rumah mak saya memang tak ada sofa bagai, lapang dan senang nak mengemas. Edisi mak menakan, pak menakan dan sepupu sepapat beraya di rumah mak. Gambar di atas my Pak Long dan isteri ke tiga dia.






Inilah raya cara keluarga besar kami pergi raya ramai-ramai 7-8 biji kereta, masak nasi sama-sama, pusing rumah kait kelapa muda, panjat pokok buah yang ada, petik ulam keliling rumah, ligan ayam-itik tuan rumah, buli kucing tuan rumah kemudian makan sakan-sakan atas pelenggaq tepi bendang. Lauk kampung yang boleh membuatkan semua orang kecoq ayaq lioq! Tahun ini mata kucing dah kena serbu pada hari raya pertama kami tengok putik mata kucing sahaja. Hidangan nasi putih, masak lemak kubis, som tam, ayam goreng, ikan goreng, ulam dan sambal belacan pada hari raya kedua.


  



Lepas kenyang makan kami serbu kolam pulak. Main jala-jala dalam kolam sekali dapat ikan besar! Aktiviti wajib setiap tahun di rumah adik mak Pak Njang Ismail di Hutan Lembah, Mata Air, Perlis.




Balik dari mata air ramai-ramai singgah di rumah Makcik Yati adik mak jugak. Makan mee kari kali ini terus ke dapur tak yah nak di layan bagaikan tetamu sangat buat macam rumah sendiri.


Raya adalah masa untuk mengeratkan silaturrahim, saban tahun itulah gaya kami berhari raya. Sedikit berbeza dari keluarga orang lain mungkin tetapi itulah 'Cara Keluarga Besar Kami Berhari Raya'. Ada orang sukar menerima tetapi apa saya kisah!




You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Adat kak...berkeluarga besar gini kan...semua kena ambik bhgian lah bab masak nk makan smua kan...seronok kan...dah la tak dpt selalu...sekali sekala..mmh akan diingat smpi bila2...:)

    BalasPadam
  2. jenih tak payah nak hidang2 ni CA suka. Adik beradik jenih tak berkira. mai rumah pepandai jaa...buat mcm rumah sendir... baru keakraban tu terasa ...

    BalasPadam
  3. selamat hari raya aina.
    meriah nmpk ..raya ..seronok dpt berkumpul.
    lg kalo fmily besar

    BalasPadam
  4. Keluarga dah sedia maklum dan faham cara kita Aina
    Tak ada yg terkejut atau terperanjat
    Yg pasti semuanya happy dan silaturrahim terjalin erat

    BalasPadam
  5. Meriah nyerrrrrrrr rs cm nk join ;)

    BalasPadam
  6. orang kampung memangler gitukan baruler rasa budak kamapung... dah jadi orang kl nak ikut cara orang bandar tak lehler... kena jadi orang kampung kalau dah balik kampung...

    BalasPadam
  7. meriah bestnya mcm nak tumpang beraya je..
    kami dulu mcm tu juga kumpul adik beradik..walau parents dah tak ada..
    tpi sejak anak2 adik beradik dh kawin,dh ada keluarga makin padat pula..
    aurat nak kena jaga jugakan..yg bukan muhrim bercampur,altanitif..raya rmh sendiri..sbb anak2 kita pun dh besar panjang...

    BalasPadam
  8. ish ish seronoknya..kalau cm ni raya hari2 pun tk pa kan Aina?

    BalasPadam
  9. best apa...akak suka

    p/s abang tu dah ada orang jaga dia...hee

    BalasPadam
  10. Berkumpul ramai2 mmg best la kan.. sedihnya raya dh nak habis...

    BalasPadam
  11. Cara ber hari raya yang sangat mengesankan.

    BalasPadam