Ketupat Untuk Menantu

1:22 PTG JunAina 15 Comments


Saban tahun setiap kali hari raya emak tidak pernah tidak pasti akan menyiapkan ketupat sebagai bekalan balik ke Kajang. 'Ketupat Untuk Menantu'. Emak dalam banyak keadaan akan lebih memenangkan menantu berbanding anak sendiri. Walaupun kadang-kadang salah itu datang dari menantu sebagai emak dia akan memberi nasihat yang lebih pro kepada menantu mungkin untuk tidak mengeruhkan keadaan. Sayang mak pada menantu lebih dari sayangkan anak tetapi itu hanya tanggapan, jauh disudut hatinya anak-anak tetap datang nombor satu.


Hari raya tanpa suami bagai rutin kepada saya, hati saya sudah kalis anak-anak sudah hadzam. Usah di tanya kenapa kerana itulah rezeki kami. Redha adalah ubat hati terbaik. Di sebalik sebuah ujian ada hikmahnya tersendiri. Allah s.w.t menguji saya beraya tanpa suami tetapi Allah s.w.t memberi saya kegembiraan beraya bersama emak tersayang. Adil bukan? Sepanjang 39 tahun tidak pernah tidak tanah kelahiran akan tetap saya jejaki, sepanjang itu jugalah saya mencipta kenangan ditempat sendiri. Senyum mak, air mata mak, resah serta gundah mak di Aidilfitri kami tempuh bersama. Kegembiraan beraya bersama adik-beradik tidak kurang hebatnya.


Lali dengan pandangan orang sekeliling saya biarkan pandangan serta cakap-cakap mereka pergi di angin lalu, saya tidak izinkan ia menyinggah di hati. Hidup kami jadi kami lebih mengerti. Bagi saya selagi suami mengizinkan untuk pulang beraya di kampung sendiri itu sudah cukup baik. Bukankah syurga saya ditelapak kaki dia? Bukan hati tidak sayang tetapi kerana sayang saya sanggup berjauhan. Memberi ruang kepada diri masing-masing.


Walaupun berasal dari Perak yang terkenal dengan lemang dan rendang tok tetapi dia lebih suka ketupat palas. Menggemari ikan sungai puyu, haruan, keli dan sepat. Hidup secara orang kampung yang menjadi darah dagingnya, kenangan itu tetap kukuh di hati. Jadinya setiap kali raya mak akan siapkan ketupat palas
buat menantu.




Sesi buka daun palas sehari sebelum mak gigih balut ketupat palas. Habis lengan luka-luka sebab gighnya isteri pergi ambik daun palas di pokok demi suami tersayang...cewahhhh...



Mak dengan kakak ipar sedang balut ketupat, saya jadi tukang tengok sahaja sebabnya tangan saya tidak berseni untuk membalut. Sampai hitam pulut yang putih saya kerjakan, jadi sebiji nak buat lagi dah lupa cara pusing. Kakak ipar muda dari saya tapi pandai balut ketupat palas. Jadinya esok-esok teringin nak makan boleh buat muka sedih kat kak ipaq!



Tahun ini mak buat ketupat pulut hitam. Beras pulut putih yang dimasak dengan santan tetapi dicampur dengan beras pulut hitam yang selalu buat bubur tu.



Demo dari kakak ipar tetapi adik ipar tetap tak boleh serap ilmu balut ketupat palas.



Hasil dari 1kg beras pulut putih dan sedikit campuran beras pulut hitam. Selepas siap balut sesi merebus pulak sebab pulut tersebut hanya separuh masak sebelum dibalut.


Suatu hari kisah 'Ketupat Untuk Menantu' hanya akan menjadi kenangan kerana itu adalah pasti. Selagi emak ada selagi itu pasti setiap tahun akan ada kisah berlainan dengan tajuk yang sama dan saya sentiasa berharap akan masih banyak lagi tahun-tahun akan saya lalui bersama mak untuk menyiapkan 'Ketupat Untuk Menantu'.



You Might Also Like

15 ulasan:

  1. selamat hari raya kak, maaf zahir batin...

    BalasPadam
  2. selamat hari raya kak aina. sy suka juga ketupat palas tp kat mtpt sy xramai yang buat.

    BalasPadam
  3. Bertuahnya menantu tu kan....hehehehehe....

    BalasPadam
  4. Oh... baru kakak tahu tiap tahun Aina beraya tanpa Pak Tuan.
    Yelah... demi tugasan nak buat macam mana kan. Dah redha kan Aina.
    Mak pun faham sebab itu gigih buat ketupat buat menantu.

    BalasPadam
  5. Rasanya mana2 emak akan macam tu kan kak. Menantu orang luar kalau tak dilayan macam tu nanti kecik hati atau terasa pulak dia.

    BalasPadam
  6. Aina
    Selamat hari raya

    Untungnya menantu...

    BalasPadam
  7. memang kak.. emak2 kita mst akan menangkan menantu dari kita.. kadang2 rasa dianak tiri kan je.. haha.. sedapnya ketupat palas pulut hitam tu.. setengah org ada letak kacang atau jagung kannn.. arrghh mana nak carikk??!!!

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah June... ingat juga mak untuk menantunya ketupat kan :)

    BalasPadam
  9. Sy suka ketupat palas jugak.. Tp smpai ke tua ni tak reti2 buat. Slalu akak yg buat..sy takat tolong bukak daun je..dah buh pulut jgn bagi sy...mau terbarai balik jadinya.huhu

    BalasPadam
  10. Wahh sedap tuh mak mertua buatkan ketupat palas pulut hitam.. sayang dia yer ngan menantunya nie.. :)

    BalasPadam
  11. Tak dapt jadi menantu dapat jadi anak angkat pun jadilah... Boleh tak kak aina? Jadi anak angkat mak.. pastu tiap2 taun ade gak tak bahagian ketupat daun palas?? heheh

    BalasPadam
  12. Suka makan ketupat daun palas dr lemang. Sedap dan lembut.

    BalasPadam
  13. Raya kali ni saya tercari-cari ketupat daun palas.. teringin tiba-tiba.. pergi rumah orang yang ada ketupat tu siap tanya sape buat.. huhuhu.. takmo yang beli nak yang homemade.. akhirnya saya dapat kat rumah blogger makchaq.. pueh hati den.. hehehe..

    BalasPadam
  14. Selamat HariRaya Maaf Zahir Batin Aina .
    sama lah atty selalu raya pertama dpt lagi beraya bersama suami .
    lps tu atty balik ke kg tanpa suami.
    hanya anak2 je

    BalasPadam
  15. Biasalah mulut2 orang ni kak, abaikan jela..

    Yg penting dengan keizinan dan redha suami, kan?

    BalasPadam