Mangkuk Corelle Pahala Saya Yang Tiba-Tiba Jadi Pahala Orang

10:44 PG JunAina 24 Comments


Saya ada memesan barang-barang Corelle dari seorang kenalan yang sedang belajar di US. Harganya sangat berpatutan, jika hendak dibandingkan lebih murah dari harga yang di jual di Pulau Langkawi. Hanya perlu membayar deposit dan selebihnya dibayar semasa mengambil barang kelak. Walaupun menunggu agak lama tetapi ainya sangat berbaloi.


Namanya perempuan selagi termampu nak beli saya pun memesan 2-3 barang juga, dalam tu saya selitkan juga satu pesanan yang saya hendak hadiahkan pada emak. Apa salahnya hadiahkan satu pada emak, gembirakan hati dia. Kemudainnya saya dapat pesanan dari US mengatakan mangkuk yang saya pesan untuk emak diberi percuma. Alhamdulillah. Rezeki emak. Saya baru berniat nak buat pahala tiba-tiba pahala jadi pahala orang lain pulak. Terima kasih Azrina.


Biasanya pinggan yang saya beli akan digunakan bukan disimpan. Kali terakhir saya beli set pinggan adalah hampir lebih 8 tahun lepas. Dari set pinggan makan untuk enam orang sudah tinggal empat sahaja dek kerana pecah. Kali ini saya pesan yang baru sebab dapat harga yang sangat berpatutan.




Corelle Coordinates Happy Days dengan warna-warna meriah hadiah buat emak tetapi menjadi pemberian percuma dari tuan punya bisness pulak.


Kita meranacang tetapi Allah tetap memberi yang terbaik, niat sudah ada tetapi tiba-tiba rezeki itu datang dari orang lain pulak dan kita menjadi pengantara. Syukur padamu Allah kerana mengurniakan insan-insan yang baik di sekelilingku. Alhamdulillah.


You Might Also Like

24 ulasan:

  1. seronok Mak kan..

    akak dah lama tak pakai correlle.. then sedekah kat adik...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...tapi perempuan memang suka kumpul pinggan mangkuk kann???

    BalasPadam
  3. Bestnya. Bila sy nak tambah set ni agaknya...
    ikut keperluan la...setakat ni belum diperlukan..
    tp kalau harga murah mmg perlu rebut peluang

    BalasPadam
  4. Syukur....semoga biz nya terus maju...

    BalasPadam
  5. salam june... murah ke\/ berapa rm? akak pun minat gak ngan pinggan corelle ni .. niat di ati nak menambah le ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang murah sangat...set 4 orang makan Rm350 dengan free gift...6 org makan Rm550 dengan free gift. Coordinate square cam tu Rm100 je tapi shipping Feb/Mac 2015 lah. Bayar deposit lebih bayar masa ambik barang.

      Padam
  6. Assalam.... Dengan Niat dah dapat pahala dah....

    BalasPadam
  7. rezeki tu..
    inyallah empunya bisness juga bertamabh maju.

    BalasPadam
  8. perempuan memang suka sekali mengumpulkan pinggan maupun lainnya

    BalasPadam
  9. Saya ada satu jer set corelle ni Kak Jun.. cantik set utk mak kak jun.. ada pahala juga utk kak jun.. niat berbuat kebaikan kan :)

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah..rezeki mak aina kan..semoga semakin murah rezeki yang memberi

    BalasPadam
  11. saya pun kalau beli adalah untuk dipakai, bukan untuk disimpan..
    kalau nak simpan.. bukak muzium..

    BalasPadam
  12. Kak zai pun peminat pinggan mangkuk juga.Masa pergi Perth tempohari rugi tak beli correlle harga dia sangat2 murah.

    BalasPadam
  13. Aina, saya ni kalau pi Lgkawi nak jejak boat pun asyik dok tengok jam brkali2 kalau smpat sambaq sebiji dua lagi item..he he

    BalasPadam
  14. Berbahagialah ibu yg menerima hadiah istimewa ini

    BalasPadam
  15. Ainaa....coordinate square tu rm100 jer ker..3 bijik ye...klau rm100 teringin lah jugak...mmg nekcik colect dan paksi harian sebab ringan dan snyiasa bersih..he..he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nekcik...Aina oder dengan Azrina anak Dato' Abdullah...kalau nekcik nak boleh je oder direct dengan dia kalau tak boleh je Aina oderkan tapi kena bayar Rm60 deposit dan barang kena tunggu shipping bulan Feb/Mac nanti...eheheheee...

      Padam
  16. kakak ila pun suka pinggan2 corell nie..

    BalasPadam
  17. Bestnya akk dapat free lg. sy pakai set yg murah je kak. Alhamdulillah sume elok lagi. Kalau nak beli set baru pun x de tempat nak simpan dah.

    BalasPadam
  18. ini menambahkan semangat sy nak shopping corelle kat aussie nie...heheh..berangan jap..

    BalasPadam
  19. Assalam.... kak nak tya... kwn akak ambik order corelle lagi ker... dgr skrg tgh sale corelle... :)

    BalasPadam