Berbuka Puasa Zamzam Restoran
Zaman sekarang semua orang mengejar masa umpama 24 jam yang ada tu tak pernah cukup. Tambahan pulak hari ini 1 Ramadhan, semua bekejaran hendak balik kerja cepat. Jalan pun teramatlah sesaknya. Bagi yang rasa tak mahu menambahkan kesesakan sedia ada mestilah mencari-cari tempat yang sesuai untuk berbuka puasa.
Apa kata jom berbuka di Restoran Zam Zam yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Lokasi sangat senang untuk di cari sebab restoran ini satu bangunan dengan Hotel Frenz. Nak pergi pun senang kalau pejabat sekitar Kuala Lumpur, gunakan sahaja LRT turun di Masjid Jamek dan berjalan sahaja ke Jalan TAR. Kedudukan kedai ini agak bertentangan dengan Coliseum.
Boleh oder murtabak. Sedap. Murtabak ni kaya dengan daging, kulitnya pun tak tebal sangat. Padan dengan harga yang di bayar. Awas ya kalau makan berdua memang tak terhabis. Ini kami makan berenam. Murtabak ini sebenarnya dua lapi, sebiji yang dilipat dua serta dihidangkan bersama sepiring timun, bawang yang dimandikan dengan sos.
Special kt sini adalah berianinya. Ini beriani kambing yang sangat marbeles. Portion yang sangat banyak. Saya makan separuh bungkus separuh. Di hidang dengan kuah dalca. Ada juga beriani ayam yang nampaknya tak kurang kehebatannya. Serta makanan lain mengikut menu.
Sehari sebelum puasa, geng kat pejabat ajak makan-makan. Kami berlima menjemput seorang lagi kawan yang telah tamat perkidmatan akhir Jun yang lalu. Gambar hanya ini yang ada. Saya lupa nak bawak kamera.
Telefon tangan saya tidak dapat memberi khidmat dengan baik. Kalau tak mahu saya posing banyak-banyak.
Di sini juga banyak pilihan makanan yang lain. Buka menu dan pilih sahaja mengikut rasa hati. Rasanya tak mungkin akan menghampakan. Hidangan air sahaja sudah cukup untuk membuat kita rasa ingin cepat menjamah hidangan. Longan, sirap selasih dan bandung selasih antara yang terbaik. Longan suam penuh kewangian pandan, manis dan sangat fresh. Pada mulanya saya membayangkan air longan berwarna sedikit kehitaman seperti air cincau tetapi jangkaan saya meleset. Air longan yang sampai, jernih dengan dihiasi longan segar lagi putih.
Sekiranya kesuntukan masa untuk berbuka ketika berada di Kuala Lumpur restoran ini mungkin boleh menjadi pilihan. Kereta boleh diletakkan di belakang bangunan KWSP dan berjalan sedikit ke Jalan TAR. Restoran ini nampak agak sesak tetapi untuk lebih selesa silalah ke tingkat atas, ruang berhawa dingin yang selesa dengan hiasan minima. Hidangan di sini pasti tidak akan mengecewakan.
Masa Operasi
Sarapan : 7am - 10am
11am - 10pm
Alamat :
Zam Zam Restaurant
135 Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 - 2692 7272
sedap tu akak murtabak :)...walaupun tak dapat yang sama...boleh pi cari kat bazaar balik keja nanti
BalasPadamlps raya bleh terjah ;-)
BalasPadamsalam ramadan kak
Teringin nak try...
BalasPadamTapi mungkin di lain kesempatan ...bukan ketika Ramadan ni..:)
Selamat berpuasa :)
nom nom nom.. sedpnyeee
BalasPadamnampak besar saiz murtabak tu..macam garing di luar eh..?
BalasPadamIni sesuai bagi mereka yg bershopping di Jalan TAR...boleh singgah berbuka di sini. :)
BalasPadamomak aiiii....hensem nya murtabak nya.....
BalasPadamUtk mereka yg tinggal di sana ajelah ye Aina.
BalasPadamPilih saja mana suka ye..
seronokla berbuka makan kat tempat best kan kak?hehe
BalasPadamgeram tengok murtabak tu...
BalasPadamAduhai..sedapnya nasi beriani tu...
BalasPadamSalam aina..
BalasPadammenariknya menu yang disajikan... nampak sedap dan menyelerakan..
Tu macam murtabak Singapore tu JA...kat Muar banyak Murtabak tu...kat sini mmg payah nak jumpa...Murtabak keramat je yg ada hehe
BalasPadammurtabak tu nampak sedap sangat...waaa terliur !!!
BalasPadammurtabak dia..
BalasPadambest!!
murtabak singapura yang terbest di luar Muar
kalau orang tak biasa.. terkejut nengok harga dia..
tapi harga murtabak Singapura memang macam tu
sebab besar
dan berlapis -lapis
ada satu cawangan dia dekat-dekat taman tun/tv 3
Murtabak nya sangat lezat kelihatannya
BalasPadam