Ais Kacang - Nikmat

3:14 PTG JunAina 4 Comments




Terik mentari menyinari bumi, pijar terasa muka. Berjalan di atas jalan raya bahang jalan pun sama naik ke muka. Ini kepanasan dunia tak dapat nak bayangkan kepanasan atas dosa-dosa kita di akhirat kelak. Allah. Panas-panas nikmat dapat makan ais kacang sedap macam nikan? Sejuk lalu ke tekak sampai ke perut.


Gula merah adalah daya penarik untuk saya mencuba ABC sedap ni. Memang kena sangat dengan tekak saya sebab ais kacang ni saling tak tumpah seperti ais kacang yang saya makan zaman kecik-kecik dulu. Ais disagat halus tak le kasar seperti makan cendol mamak tu. Ceduk gula berwarna merah (gula putih masak dengan pewarna merah) dan simbah pula gula hitam (gula merah yang di masak).


Tempat saya panggil ais kacang sebab dalam tu penuh dengan kacang-kacang. Wajib ada kacang merah yangkecik-kecik tu bukan kacang buah pinggang ye, kacang tanah dan jagung yang lain2 tak ada pun tak apa kalau ada lagi siyokkk... Nama lain yang terkenal juga ais sagat. Pasai apa ais sagat sebab ais ketul tu kena sagatlah!


Nak rasa? Jom kita ke Taman Tasik Chempaka, Bandar Baru Bangi. 



You Might Also Like

4 ulasan:

  1. biasa juga sebut ais kacang ,cuma kalau kat kedai order sebut ABC, kalau sebut air batu campur rasa janggal pulak...jeeee

    BalasPadam
  2. perghhh.. sedap tu kak.... bila nak belanja saya ais kacang ni... hikhik.. boleh lawan ka ais kacang kat negeri kita ?

    BalasPadam
  3. Alahai bestnya... time panas-panas gini

    BalasPadam
  4. sedap nye ABC... jagung lebih, kacang tumbuk lebih !!!!!

    BalasPadam