Redup Rimbun Corner
Hari Sabtu saya jarang memasak sebab sepanjang minggu saya sudah masak untuk anak-anak sarapan dan makan tengahari. Jadi kebiasaannya hari cuti saya beli sarapan dan tengahari kalau rajin saya masak nasi dan lauk-pauk, kalau terasa tak rajin saya goreng nasi tetapi kalau dah malas memang makan luar. Tempat makan kegemaran kami buka tempat mewah tetapi hanya gerai tepi tasik iaitu Redup Rimbun Corner, di Tasik Cempaka yang bersebelahan Perpustakaan Awam Bandar Baru Bangi.
Beberapa kali saya pernah menulis tentang gerai ini antaranya cendol dan laksa sedap Bandar Baru Bangi. Kemudian ais kacang nikmat. Setelah mendapat info dari blog Kak Rahmah mengatakan di Redup Rimbun Corner satu ketika dulu sudah menghidangkan menu-menu lain selain laksa dan cendol kami terus mencuba dan sejak itu hati terus terpaut. Kalau nak makan-makan luar anak-anak terus ajak makan di sini sambil bersantai tepi tasik nikmati pemandangan.
Kueyteow goreng sangat sedap kerana cara masak dipengaruhi oleh masakan orang utara, jadi masakannya sangat kena dengan selera kami anak-beranak. Portion pun banyak. Dimasak bersama hirisan ayam, sayur sawi serta kubis dan pecahan telur. Tidak terlalu pedas terasa kelemakan terhasil dari telur yang dikacau bersama kueyteow. Hidangan kat atas tu dah kena tolak sana-sini dek anak-anak untuk kurangkan kepanasan supaya boleh cepat makan.
Abang Iqbal tak boleh lari dari Nasi Goreng Kampung sangat typical seleranya. Saya tak pandai nak bagi berbintang-bintang tetapi bagi kami sekeluarga memang memenuhi selera. Nasi goreng kampung ini ada kelainan sedikit sebab biasanya digoreng bersama ikan bilis tetapi nasi ini di goreng bersama hirisan ayam, sayur kangkung dan ada ikan bilis juga. Pedas cili api yang tidak menyengat. Masa kami pergi ini yang lain-lain order laksa dan minumannya cendol, cendol pulut dan adik hikram sangat typical dengan milo ais.
Pendapat peribadi saya makanan di sini memang berbaloi untuk dibayar. Cuma saya berharap mereka mengekalkan rasa, kualiti serta presentation makanan mereka walaupun sudah terkenal. Entah kali keberapa saya pergi cara mereka hidangkan cendol agak tidak menarik tetapi rasanya tetap sama dan apa yang saya perasan pekerja yang biasa ambil pesanan sudah berganti. Saya cuma berkongsi tempat makan ini untuk faedah bersama. Pandangan saya juga tidak mewakili lain-lain pendapat sebab lain orang lain seleranya lain pendapatnya.
nampaknye kite same kak...memandangkan weekdays dah masak ...so weekend mmg cuti masak heheheeh.... due hari bagi dapur rest katenye heheheheh
BalasPadamtu le kak, lieya nak try la nanti kalo sesat ke bangi....menarik tu.... akak pun dok ulang2 dtg sini maknenye mesti berase masakan die....lieya ni suke gak makan cendol..selalu beli kat uniten tu ajek....
Wah.. menarik!! Kalau gi Bangi tak tawu nak makan kat ner... huhuhu
BalasPadamyg ada jual nasi lemak tu ke? ke sebelah lg...
BalasPadamSy xpernah lg singgah makan area situ..kalo pergi pun round2 cuci mata je..ehehhe
selalu lalu.tp belum pernah lagi terai.
BalasPadamdekat sgt2 ni dgn rumah.
saya ada makan nasi goreng kampung yg digoreng juga sekali dgn hirisan ayam + ikan bilis...memang sedap! ditambah pula ada sup kosong...:)
BalasPadamSayur pada kuetiaw tu macam dikuis ke tepi aje. Hehe. Tak makan sayur ke?
BalasPadamBelum pernah lalu. Nanti boleh cuba
BalasPadamIkhlas,
profhariz.com
knape x ajak sy skali? ;-)
BalasPadamMmg puashati makan kat sini..
BalasPadamAnak akak kalau kat sini akan pilih duduk meja depan mengadap org yg menjual... Bila ajak arah belakang ngadap sungai depa takmo...
Laksa dan makanan yg lain mng terbaek.
Akak suka sunquick ais...
Tak kedekut oren...
Wah JA....bukan main lagi promote...hehe sure confirm sedap tu!!....
BalasPadam