Melur and Thyme KLCC
Makan tengahari meraikan jamuan perpisahan Ann teman sepejabat yang akan berhijrah di tempat baru. Mula-mula memilih Madam Kwan tetapi disebabkan lambat membuat tempahan tempat telah penuh, hanya boleh walk in sahaja. Tengahari masa sangat suntuk. Sejam sebelum pergi saya tanya encik google tempat makan lain di KLCC. Terjumpa Melur and Thyme di Ground Level KLCC. Terus telefon dan buat tempahan untuk enam orang.
Kami ramai-ramai melapak kat sini. Masing-masing pertama kali datang ke Melur and Thyme ini. Jadi masing-masing tak tahu nak oder apa. Specialiti di sini adalah hidangan itik. Menghidangkan makanan halal sebab tanya dulu sebelum tempah meja dan pekerja dia gelak dengan soalan tersebut.
Dalam lif dari pejabat sempat lagi berposing. Kami berenam Mariam, Kak Habsah, Aina (sayalah tu), Christine, Ann dan Zai.
Selfie pulak, tangga bergerak LRT Dang Wani...dan lagi bergedik...ahahahaa...
Menu di Melur and Thyme tak ada gambar hanya tulisan jadi tak boleh nak agak yang mana best jadi kami belasah sahaja oder. Kat sini ada served nasi dan wetern food. Jadi masing-masing boleh pilih ikut selera tersendiri.
Rm13.00
Hot Cappucino saya punya. Kopi dan saya terpisah tiada.
Rm12.00
Lemon Grass Tea - Hot.
Rm12.00
Watermelon. Memanglah menggoda warnanya.
Rm18.00
Ice Blended Chocolate. Phewwww...mengancam kepekatannya.
Satu lagi Passion Fruit Chill terlupa pula nak ambik gambar Rm10.00
Rm37.00
Plancha Seafood Spaghetti. Memang kaya dengan cheese yang lemak berkrim, sesuai untuk yang suka cheese. Ini Kak Habsah punya.
(Pasta cooked with homemade plancha sauce, served with grilled prawn and ower crab)
Rm17.00
Chorizo AL Diablo - Small. Christine punya.
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Chicken chorizo sliced and cooked with garlic and spicy tomato sauce)
Rm21.00
Gambas In Salsa-S. Zai punya.
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Grilled tiger prawns cooked with homemade plancha sauce)
Rm17.00
Lamb Rosemary-S. Oder oleh Mariam (sedap tak ada rasa kambing sangat).
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Marinated lamb balls with rosemary, then braised with homemade lamb stock)
Rm27.00
RmGrilled Lamb Cutlet-S. Saya punya.
Boleh pilih nak nasi atau roti.
(Grilled lamb with red pepper marmalade and topped with melted goat cheese)
Rm42.00
Beef Tanderloin. Ini permintaan orang yang diraikan Ann.
(Grilled beef tenderloin marinated with Asian spices served with grilled vegetables and salad)
Rm12 - New York Cheese Cake (sedap sehingga terpejam mata menikmatinya).
Rm10.00 Pandan Creame Caramel (bagi saya biasa-biasa sahaja rasanya).
Akhir sekali kami lagi. Kami yang sentiasa histeria bila nampak kamera...ahahhaaa...
Kebanyakan kami ambik set Tapas - Small. hanya Kak Habsah dan Ann ambik Main Course. Kalau nak betul-betul makan jangan ambik Tapas sebab portion agak kecik dan mungkin terlebih kecik sebab kami ambik hidangan kecik. Paling tak best kat menu tak ada gambar jadi kita tak dapat nak agak hidangan itu bagaimana rupanya. Total damaged Rm301.60 termasuk 10% service charge Rm26.00 dan tax Rm15.60. Sesekali bolehlah ubah selera kalau selalu bocor purse.
G03H-I Level Ground, Suria KLCC,
City Centre,
50088 Kuala Lumpur.
Phone : 03-21818001
Opening Hours
8:00AM to 10:00PM
7 days a week
Open on public holiday.
mak ai harga dia.
BalasPadamklu sedap berbaloi jgk mkn time nk reward diri sdri, hikhik
drool... byknye foods... cheesecake memnag tak menahan...
BalasPadamhihi..mmg bole bocor purse tgk rege dia...hihi
BalasPadamHarganya nampak macam tak mahai sangat.. tapi bila baca sampai last.. oooo portion kecik..
BalasPadamsesekali layan xpe kak..jangan hari2 kan...menu yang diraikan tu menggoda iman....
BalasPadamAdoi...mahalnya!!!
BalasPadamkak, Ann yang yang jadi model comel akak entry lepas?
BalasPadamStaff lelaki tak ada ye Aina.
BalasPadamAir minuman dia aduhai mahal gila!
ermmmm harga dia, mungkin x masuk kot ;)
BalasPadamBelum makan dah tercekik ni sis...tp sesekali tak per lah kan sis...
BalasPadamTelan liur tengok rege :)
BalasPadamTapi sekali sekala boleh la..
perrrghhhhh... harga boleh pengsan ! hikhikhik tapi nampak sodappppp la kak
BalasPadamair pun dah berbelas ringgit ye
BalasPadamkat sebelah mana nie, tak perasan lah...
BalasPadampergh kak!! menarik menu...nampak mewahnyerrrrr....sedap laaaah...lieya teliur tgk pasta tu...mmg nampak noo creamy die....tapi kalo tabur cili api sedap tu...tak le muak sgt kan....
BalasPadamhappening jek tgk masing2...sempat lagi bergambar kat esklator semua....comel2 jek heheehehe...sonok kalo dpt geng sekepala kan kak...pasti jadi kenangan terindah tuk kak Ann sebelum die pindah ke tempat baru...
service charge plus tax dah boleh dapat satu barrel KFC..heee
BalasPadamService charge...boleh makan tomyam + nasi goreng + telur dadar + air nescefe ais dua orang! hahahahaha...Tu pun ada balance...haha..
BalasPadamSetahun sekali jelah doc masuk tempat cam gini kadang2 langsung tak kot sebab nak raikan kawan yang last day, hamba redhakan saja duit itu melayang tapi kami tong2 lah bayar.
Padamfirs time masuk sini..mata dijamu dengan pelbagai hidangan yg super yummy..dan sesuai dengan rege sekali..moga menjadi kenangan terindah buat kak kak ann yg akak berpindah :)
BalasPadamsalam perkenalan ..singgah n follow sini line #558
Sekali sekala ok kak aina... rewards diri... keje letih2.. x per.. :)
BalasPadam