Apa Yang Best di Busan?

4:00 PTG JunAina 9 Comments


Beberapa hari lepas saya ada bercerita tentang keinginan anak-anak untuk jalan-jalan ke Korea dan salah satu tempat yang mereka nak lawati adalah Busan yang merupaka bandar ke dua terbesar di Korea entri tersebut ada di sini. Pemilihan Busan adalaha kerana di sana terdapat pelbagai tarikan pelancongan yang dapat dilawati dan dinikmati seperti pantai, gunung, rumah-rumah ibadat dan yang paling saya suka adalah makanan laut yang pastinya sangat segar di sana.






Selain tempat-tempat yang telah saya tulis di dalam entri yang lalu rupanya masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di Busan yang belum saya ketahui. Kita boleh meneroka lebih banyak info tempat-tempat pelancongan dengan merujuk ke sini `A ReasonsWhy Busan, Korea's The Ultimate Vacation To Eat, Chillax & Take BeautifulPics’






Sebelum membuat keputusan untuk ke sesuatu tempat eloklah kita membuat sedikit carian mengenai tempat tersebut. Selain membantu menjimatkan masa menguruskan perjalanan sedikit sebanyak kita boleh belajar budaya kehidupan masyarakat di sana selain supaya tidak kekok adalah sesekurang-kurangnya bila kita mengetahui cara hidup mereka kita boleh menghormati cara mereka. Ia juga akan banyak membantu kita untuk mencari tempat-tempat makanan halal sekiranya perlu, pengurup wang dan sebagainya sekurang-kurangnya amat membantu ketika kecemasan. Bila bercuti di luar negara perkara paling penting adalah sila simpan nombor telefon kedutaan Malaysia di sana.


Kebisaannya kalau berjalan saya jarang mengambil package sebab lebih senang jalan-jalan menggunakan itenery sendiri. Boleh pilih ke mana sahaja kita nak pergi, kalau rasa penat rehat, bila-bila masa lapar boleh berhenti makan seseuka hati, rasa best sesuatu tempat boleh lepak lebih lama pendek kata kita bebas menguruskan masa sendiri tanpa perlu terkejar-kejar. Bila berjalan dengan anak-anak banyak perkara terpaksa diambil kira sebab budak-budak kadang-kadang suka buat perangai.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. betul tu.. sebelum gi jalan mana-mana seeloknya kita survey dulu tempat nak perfi tu, jimat masa dan jimat duit. :))

    Korang Tau tak?

    BalasPadam
  2. Paling best bercuti dengan keluarga.. tambah pulak dapat pi tempat yang anak2 nak pi....
    Makchaq pun tak pernah ikut rombongan...takut bila anak buat perangai.. nak seronok jadi tak seronok pulak...nak jalan tak bawak anak kesoan pulak kat depa..

    BalasPadam
  3. Oooooo Busan...

    Ingat Bosan tadi... huhuhu

    BalasPadam
  4. seronoklah bebudak.. betul tu..saya pun jenis tak suka ikut package..terikat.. baik survey dan create itinerary sendiri.. selamat berjalan kak..

    BalasPadam
  5. As-salam aina,

    Sebelum ke mana2 memang kena survey banyak2 kan.. Agar tiada tempat menarik yang kita ketinggalan untuk sampai nanti..

    BalasPadam
  6. bestnya bercuti ke korea..dee pun sama jarang amik pakej melainkan ada masalah bahasa macam beijing tu..tapi kalau korea mmg boleh je pergi sendiri sbb byk blog boleh direfer..

    BalasPadam
  7. Nak gi Busan ker? Mamawana teringin jer mampu idoklerr..

    BalasPadam
  8. Aina..nekcik rasa lah elok lagi ke seoul bagi yang first time pergi sebab kebanyakkan tempat yang menarik ada di seoul....anak anak mesti nak gi nami island..everland dan tempat tempat camtu...kalu dari Busan ke seoul naik train pun 3 jam harga seratus lebih sehala...tapi ada masa boleh jer baca baca blog dulu dan nekcik hanya bagi pandangan jer..citarasa kadang kadang tak sama

    BalasPadam
  9. bestnya busan..kena menabung dulu la baru boleh pi..=D

    BalasPadam