Perkhidmatan Kerusi Roda AirAsia
Saya cuba mendapatkan perkhidmatan kerusi roda AirAsia untuk emak semasa penerbangan dia bersama Kakak Hayani balik ke Perlis cuti Tahun Baru nanti. Ini pertama kali saya cuba menggunakan khidmat kerusi roda sebab emak demam dan mungkin pada tarikh itu kesihatan emak masih belum stabil. Biasalah orang tua akan ada masalah bila perlu berjalan jauh sebab LCCT tu agak besar dan saya bimbang kapal terbang di parking jauh dari balai menunggu. Di Alor Star saya tak bimbang sangat sebab Lapangan Terbang Alor Star kecik sahaja.
Saya cuba 'mengurus' semula tempahan untuk memasukkan perkhidmatan kerusi roda tetapi saya sangat terkejut rupanya ada bayaran yang dikenakan. Pulak tu bagi saya Rm60 untuk khidmat sebegitu agak mahal. Pandangan peribadi saya tak boleh ke AirAsia buat sedikit khidmat sosial kepada penumpang kurang upaya mereka.
Emak saya kata tak apalah mak jalan sahajalah pelan-pelan takkan depa nak tinggai mak pulak, lebih baik Rm60 tu bagi mak je buat belanja makan bila sampai Alor Star nanti...ahahaaa...
Itu la cara nya mereka generate extra money.
BalasPadamAssalam,
BalasPadamAuntie tak pernah menggunakan khidmat berkerusi roda dalam penerbangan, malah sejak sakit tak pernah lagi naik kapal terbang, Huishhhh..mahal betul bayaran yang dikenakan, berapa % tuh?
saya tak terkejut kak.. air asia tu semua dia nak cas.. tambang je murah.. yg lain lain semua mahal..
BalasPadamPengalaman akak menggunakan kerusi roda dari Dubai Airport ke kapal terbang dan setiba di KL Airport .. Petugas MAS sudah menanti... Alhamdulillah. Tiada charged yg depa kenakan... Dari k/ terbang terus dihantar ke parking kereta...
BalasPadamAir Asia mmg tak patut buat begitu pada pelanggan yg uzur. Dahlah parking jauh dari terminal.... Berhati perut laaa sikit. Jgn ingat nak untung jer....
Ntahnya..usul ni kena hantar pada Tony...dia dah cukup kaya...apa salahnya buat kebajikan kan kak....ermmmm....
BalasPadamakk igt x kes baby yg dikatakan kena chicken pox then terpaksa tggl kt vietnam tu? dr situ da tau AA ni mcm x cara je dgn khidmat sosial...
BalasPadamair asia memang gitu... entahler... tak bolehker ada sikit belas simpati semuanya turn to duit.. sbb tu untung lebih2...
BalasPadamprofit base company memang camtu kak...
BalasPadammementingkan keuntungan sahaja kan? moga mak tidak ditinggalkan ye..yg penting check in awal :)
BalasPadammahal kanns..,uhhHuu
BalasPadamdulu2 (read more than 10 yrs ago), air asia bagi free je service wheel chair. sampai je ketebang, mailah org tunggu dgn w/chr...now smpai 60, mahal tu..bukan nak chk in kan
BalasPadamDulu baru nak cipta nama sekarang dah ada nama...:)
PadamBukan semua pun nakkan khidmat kerusi roda tu.. apalah salah ianya dilakukan sebagai khidmat sosial.. Mahal sangat jumlah tu..
BalasPadam