Rahmat DiSebalik Dugaan
Kemarau, panas, krisis air, jerebu dan paling kritikal kehilangan MH370 tanpa kesan. Dugaan yang Allah berikan kepada kita akhir-akhir ini amatlah sukar untuk ditelan tak kurang pelbagai telahan dibuat bila berhadapan dengan perkara tersebut. Kita sebagai orang Islam masih terus berpegang pasti ada 'Rahmat DiSebalik Dugaan'. Bila semuanya telah pulih seperti sediakala pasti kita akan dapat lihat rahmat yang terselindung, cuma masnya belum tiba.
Panas yang berdeting memberi rahmat serta rezeki melimpah ruah kepada penjual air, krisis air melambakkan rezeki kepada penjual tong-tong air dan penjual air mineral, jerebu memberi rezeki kepada klinik-klinik di mana Allah menarik rezeki kesihatan sedikit dari kebanyakan kita. Rahmat buat mereka yang berkenaan dan ujian buat kita yang terpilih untuk mengharunginya.
Panas, tanah kering dan tanah merekah tetapi pokok belimbing buluh ini berbuah lebat, ada yang sudah boleh di petik, ada yang masih kecil dan ada juga bunga-bunga baru yang berkembang. Rahmat buat kami sekeluarga dan rezeki buat jiran-jiran yang dapat merasa. Konsep kecil "Rahmat DiSebalik Dugaan".
aina, sihat...
BalasPadampagi2 dah tunjuk gambar tu..terasa2 masam belimbing buluh tuu...
betul tuh kak...
BalasPadamMasak lomak sedap tu kak
BalasPadamAs-salam Aina..
BalasPadamSubhanallah.. sungguh besar rahmat disebalik dugaan itu kan.. semoga kita terus menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur.. insyaALLAH..
wah.. belimbing buluh tu sedap buat sambal hitam..
sayapun tak pasal2 malas nak tengok fb sebab tak boleh nak tengok tulisan der yang mengarut2... tolonglah dalam musibah sepertini kita bersatu... semoga doa kita didengari...
BalasPadamYesterday while tending my tomatoes plant, I glanced up and saw the pokok belimbing buluh. I wonder what am I going to do with them? Dah banyak yang masak di pokok. Family pun tak makan sangat buah tu.
BalasPadamSepatutnya begitu kan kak..tapi ada juga yang tak pernah nak ambil iktibar tentang rahmat di sebalik dugaan..asyik tengok yang buruk je..
BalasPadamSodap masak lomak cili api bilimbing buluh dengan telur itik..nyum2
BalasPadamMusim panas memang buat belimbing buluh lebat berbuah Aina. Macam pokok bunga kertas juga. Meriah bila musim panas ni. Pokok angsana juga lebat berbunga.
BalasPadamSedap masak sambal sardin masukkan belimbing. Masak lemak ikan masin masuk belimbing pun sedap:)
Sedap dibuat masak lemak dengan daging salai atau telur itik.
BalasPadameh ye la kak...bile bace entry akak arini buat lieya celik mate dan minda...selama ni dok mengeloh panas, air takde, kemarau semua....tapi sebenarnye ade terselit rahmat buat sesetengah insan...alhamdulillah...bertambah pendapatan penjual2 air kan kak....
BalasPadameh kak, ckp pasal belimbing buluh ni, kawan opis lieya bawak sepelastik besar hah ari ni....lieya amik byk gak...leh buat sambal sardin letak belimbing buluh...sedap tu heheeheheh...
Oklah ade belimbing nie boleh cicah garam, gula ..cuka...sssss...telan liuq..:)
BalasPadamArgg, kecur air liur tebayang masamnya
BalasPadamMemang lebat buah belimbing buluh tuh kak
BalasPadambuat sambal hitam sedap ni..tp setengah org xboleh makan belimbing ni..bisa...
BalasPadamDepan rumah jiran sebelah ni pun bergayut gayut belimbingnya walupun panas berdenting JA....
BalasPadamBelkmbing bulub basuh dalam 20-30 biji blend letak sikit gulA. Garam secubit. Letak air dua tiga gelas. Minum.
BalasPadamDihari panas. InsyaAllah hilang sakut tekak dbatuk dan kolestrol. Lagi kalau baru makan kambing daging merah etc...