Retak Menunggu Belah

10:42 PG JunAina 11 Comments


29hb Mac saya balik ke Bota Kiri ziarah mak mertua, cuaca panas terik. Di kampung tak ada tempat yang redup nak letak kereta, pokok-pokok semua berada di kawasan tak sesuai untuk masuk kereta. Panas terik tiba-tiba hujan sangat lebat semua tingkap kereta tertutup rapat udara panas dari dalam tak dapat keluar. Penyudahnya keesokan hari saya dapati cermin kereta bahagian depan mula retak, nasib baik bukan retak seribu.


6hb Mac saya balik kampung lagi ziarah mak mertua yang meninggal. Cuaca panas kereta letak tepi jalanraya tingkap buka sedikit penyudahnya retak tu semakin memanjang. Terpaksa tukar juga nanti tetapi tunggu Pak Tuan balik umrah.




Tampal tape macam boleh tahan...ahahhaaa... 

Tahun ke enam guna kereta ini selain servis berkala hanya sekali saya terpaksa keluar duit lebih bila terpaksa tukar 'break drum'. Berkali-kali bagitahu break berbunyi Pak Tuan kata dia tak dengar pun, akhirnya break tekan besi ja masa tu kat Tesco dengan mak dan anak-anak terpaksa berhati-hati bawak kereta balik rumah guna 'hand break'. Bahaya memang bahaya tetapi apa nak kata akhirnya kopak Rm560. Tak lama guna berkarat pulak kata pakcik saya yang merupakan seorang mekanik tuan kedai guna barang tiruan. Haihhhh...terus saya tak pi kedai tu dah. Masa tu workshop kepercayaan Pak Tuan tutup. Terpaksa cari kedai lain. Kadang-kadang niat kita nak tolong orang Melayu menaikkan perniagaan sesama Islam tetapi bila kena macam ni jadi serik.



You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Salam JunAina..bahaya gak tu cermin depan kete retak!

    BalasPadam
  2. macam kereta mr hubby ...panas, sejuk, panas sejuk, retak juga tapi bila check dia mula ngan kena batu tp tak la teruk..lepas tu terus retak panjang..kena la tukar..nasib baik ada insurans cermin

    setuju gak pasal nak tolong bisnes org melayu tapi hasilnya tak memuaskan...abistu camna nak tolong kan?

    BalasPadam
  3. betul tu kak..SA selesa pi kedai cina sebab bila kita nak support orang kita ..macam2 hal yang timbul kan...

    BalasPadam
  4. Bab servise kereta nie better buat kat pusat service. Bukan apa, sekarang nie banyak sangat alat ganti tiruan. Cermin kan boleh di bubuh insurance. Bukan mahal pun. Kalau pecah, boleh claim je insuran tu.

    BalasPadam
  5. cermin kereta kak ka tu.... bahaya gak tu kak.. insuran tak cover ka kak "?

    BalasPadam
  6. Salam akak, buah kedondong dah dapat dah. Terima kasih ya!

    BalasPadam
  7. salam. laaa..teruk jugak retak tu..

    BalasPadam
  8. Oh memang tunggu masa aje tu Aina. Apa lagi sekarang panas dan hujan tak menentu. Kalau panas tersangat panas, bila hujan lebat tak terkata..

    Dah tak payah ke workshop yg menipu tu lagi. Tunggu Pak Tuan balik dari tanah suci dia tahulah cari workshop yg terbaik.

    BalasPadam
  9. Cermin kereta pecah ni ikut nasib kan? My sis punya kereta baru setahun pakai dah pecah. Ranap hah.

    BalasPadam
  10. Kalau ada insurance cermin dpt cover cermin yg retak

    BalasPadam