Cermin Kereta Baru Claim Insuran
Bila memperbaharui cukai jalan semasa ambil insuran sila masukkan insuran untuk cermin sekali bagi mengelakkan terpaksa menaggung kos berlebihan apabila cermin mengalami kerosakkan sama ada retak (senaja atau tidak), pecah atau dipecahkan. Masa tu bolehlah tukar cermin kereta baru calim insuran yang mengurangkan sedikit perbelanjaan.
Pastikan anda membawa polisi insuran (saya menggunakan Kurnia Insuran), geran kereta, kad pengenalan dan lesen memandu untuk proses di kedai cermin. Sila pastikan juga lokasi kedai panel insuran yang diambil sekiranya kereta di bawa ke kedai bukan panel insuran sila bayar dahulu dan claim kemudian. Sila pastikan juga anda mengambil insuran cermin untuk keseluruhan kereta. Bagi kereta Saga BLM ianya berharga Rm600 dengan bayaran insuran Rm90. Insuran cermin juga boleh ditambah kembali dalam masa 10 hari dari tarik kita menggantikan cermin.
Cermin kereta saya mengalami keretakan mungkin di sebabkan oleh panas yang berlebihan, lagipun mutu barangan zaman sekarang tak sama dengan 10 tahun lepas. Satu perkara yang tidak dapat dielakkan saya masih terpaksa membayar Rm100 kepada tuan kedai. Berniaga memerlukan modal jadinya menunggu claim kemungkinan lambat jadi sebagai pengguna hendak atau tidak saya tiada pilihan. Satu kedai yang saya tanya Rm450 untuk cermin hadapan dan claim kemudian. Jadi saya tetap memilih panel insuran dengan harga cermin baru Rm400 + Rm100 (cash bayaran tambahan). Hanya hanya mengambil insuran Rm400 untuk cermin dengan bayaran Rm70.
Saya juga ke salah sebuah panel insuran yang terletak di Bandar Teknologi Kajang yang mana tuan kedai meletakkan harga Rm600 untuk cermin Saga BLM. Selepas berbincang kami membuat keputusan untuk pergi ke satu lagi kedai panel insuran dan itulah hasilnya. Di kedai kereta yang diparking semua kereta mahal-mahal.
Dari Car Medic di Bandar Teknologi Kajang kami mencari One Car Auto Glass di Sungai Chua, puas berpusing sebab nama syarikat yang terdapat di laman web adalah Roovers di Jalan Wan Siew rupanya kedai ini hanya sebaris dengan KFC Sungai Chua.
Cermin sudah di tanggal, lopong sekejap.
Proses meletakkan gam untuk melekatkan cermin.
Masa yang diambil untuk menggantikan cermin kereta sekitar 1 jam 30 minit. Kebetulan semasa sampai pekerja mereka baru sahaja menyiapkan sebuah kereta Honda City jadi rezeki kami tidak perlu menunggu lama. Terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan bila menukar cermin. Pada hari pertama elakkan dari terkena hujan lebat dan dalam masa tiga hari elakkan dari mencuci kerata. Selepas siap pasang, proses mengambil gambar kereta dan tandangan segala borang kami sudah boleh balik, tak perlu tunggu untuk mengeringkan gam dan sebagainya.
kita ada sms dan tanya awak soklan tadi..
BalasPadamdapat tak?
:)
Cermin kereta Farah pn retak kak..kena batu.. nasib baik ambik insurance cermin...kalau dak kopak jugak poket...hahaha
BalasPadamMemang cermin kereta depan lebih mahal dari yg belangkang kan Jun..
BalasPadamHari tu saya cermin kereta belakang yg pecah kena batu mesin rumput.. masa tu tak ambil insuran . kenalah dalam RM250.. sekarang ni baru ambil utk kesemua cermin..
saya tak tau pulak kak leh amik insuran utk cermin keta. T_T
BalasPadamNtah naper sy kurang gemar insurankan cermin keta..dl ms ade keta pun tak pernah langsung..skrang takder keta lagilah...huhuh
BalasPadamthanks utk share yg sgt berguna nih kak... kalu dana msti serah kt edy je... huhuhui
BalasPadamwpun zaman serba canggih tp kualiti barangan ttp x sama mcm dulu2..
BalasPadamselalu kalu renew road tax, mmg ada niat nk tambah utk cermin...tp slalu jg out of budget ;-)
BalasPadamalhamdulillah..akhirnya berganti baru jugak eh kak
BalasPadam3 bulan yg lepas, saya ambik juga akhirnya insuran cermin..setelah hampir 10 tahun memiliki kereta & tak insuran kan cermin...hahahah...sebab saya ganti cermin depan kereta saya yg retak teruk ( kena batuk entah berapa kali)...so dah melayang ~ RM1100 ( termasuk tinted), maka saya insuran kan lah cermin baru saya tu...risau woooo kalau retak lagi
BalasPadamSaya setuju bila akak kata kualiti barang sekarang tak sama dengan 10 tahun yang lalu. Betul. MyVI kakak saya, lepas 2 tahun beli, cermin penumpang belakang dah retak. Terpaksa tukar baru. Pulak tu masa tu tak cover insurans pun. Alhamdulillah jumpa kedai yang best RM110 sahaja.
BalasPadamCermin innova kakcik pun baru ditukar dan syukur abang memang ambil insurance untuk cermin..
BalasPadam:)
Kalau lori lalu berdekatan dengan saya kat tengah highway (yang bawa pasir/batu) memang saya cuba menjauh.. sebab cermin kereta saya retak pun sebab batu kecil terbang kena cermin kereta.. huhuhu..
BalasPadamSy pun nk insuranskan lah cermin pandang belakang honda ex5 sya.... takut2 pecah juga..
BalasPadami ada satu tempat buat cermin dekat kuala lumpur, harga dia murah, dan jujur dengan skill dia perfect. untuk maklumat lanjut sila layari laman www.cerminkereta.my.
BalasPadamTerus pergi kdai cermin ke atau ade low2 yg kne buat lg ?
BalasPadam