Pesakit Asthma Saya Alah Pada Kucing

10:24 PG JunAina 23 Comments


Pesakit asthma kebiasaannya akan alah kepada habuk, sejuk dan sesetengah makanan yang berunsur sejuk. Sebagai pesakit asthma saya alah pada kucing juga mungkin sebab bulunya serta hama yang ada bersama kucing. Dulu saya tidak menghadapi masalah dengan kucing mungkin bila bertambahnya usia imun badan juga semakin berkurangan.


Selepas bertahun-tahun saya selesa tanpa mendapat serangan asthma kebelakangan ini dada saya mula sesak. Sejak mengidap demam selsema minggu lalu dada saya sangat tidak selesa, tidur malam sangat terganggu. Tercungap-cungap dan cepat terasa letih.


Saya tahu puncanya tetapi saya tak mampu hendak berbuat apa-apa. Nak buang sayang. Nak bagi orang tak sampai hati. Kesiankan adik Hikram pun ia juga. Masa lapang Hikram dia akan main berkejaran dengan anak-anak kucing, bercakap, marah, ketawa melayan keletah anak kucing kadang-kadan tertidur dengan kucing. Sampai ke hati mak nak pisahkan kasih itu.


Mengurus enam ekor anak kucing termasuk ibunya tujuh ekor. Makan, ganti pasir, kemas sangkar dan seminggu sekali mandikan memang sangat memenatkan. Di sebabkan anak-anak ini jugalah asthma saya tidak mahu betul-betul baik. Saya tahu tetapi saya tak mampu buat apa-apa. Kisah mula-mula mereka menumpang di rumah saya pernah saya tulis di Kisah Kembar Enam.



Tidur sambil bergayut macam tu sahaja, comel tapi nak menguruskannya memang mengambil masa. Masa main suka, masa nak mandikan letih sebab enam ekor!


You Might Also Like

23 ulasan:

  1. saya bukan alah, tapi saya takut kucing...hew hew hew

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masa kucing kecik baru lahir memang geliiii...tapi dah besar sikit okey ja...:)

      Padam
  2. isk isk comel nya kak mai kat saya satu. sini payah la nak jumpa kucing... kalo kat kg banyak la ... saya asthma gak kak tapi alhamdulillah dengan kucing saya tak alah .. yang saya alah cuma dengan sarang labah2 dan jugak habuk .. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dok rumah flat terkurung dengan 7 ekoq kucing sebab tu lah kot... Lai2 mai Kajang ambik la sekog dua seba akak nak bela dua ekog ja.

      Padam
  3. Demi masa depan kesihatan akak, saya nasihatkan elakkan contact dgn kucing tu..
    Bukan apa, bulu2 kucing tu jadi allergen yg makin sensitifkan paru2 akak...risau nanti makin lama makin kronik asma nya. Saya ada kes pesakit saya dulu, dia bela ~ 7-8 ekor kucing...puas saya nasihatkan, tapi dia degil...dan tiap2 bulan keadaan asthma nya makin teruk, walaupun diberi rawatan..Alhamdullillah, akhirnya dia akur juga..dia sedekahkan kucing tu kat org lain..tinggal seekor sahaja...jadilah dari takde, katanya...so attack asthma nya dah makin kurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu dia dok dah bagi nasihattttt...

      Akak pun mungkin akan kurangkan bilangan kucing tu, simpan yang betul2 anak akak sayang sahaja mungkin akan hantar balik kampung sebab Hikram susah nak izinkan bagi kat orang kecuali hantar balik kampung bg mak tok bela.

      Padam
  4. rasanynya patut utamkn kesihatan diri terlebih dahulu.
    betul rasa syg jugak.

    BalasPadam
  5. Salam JA,
    JA baru ada 7 ekor, aby ada lebih dr 30 ekor. Bukan bela lg dh kira mcm ternak. Hero aby yg umo 12 thn tu pun asma juga. Singgah kt blog aby yg satu lg tu utk tngk ternakan2 aby tu. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aby...banyaknya...

      Dah masuk blog tu ada tak nak bagi sekor yg chomelll tu saya nak lahhhh...yang ada kat rumah tu semua kucing kampung ja...

      Padam
  6. Jun,
    demi anak anak ibu berkorban apa saja.Disini pun sebab anak anak ,kucing dibawa masuk rumah.Lama lama kita pula tersuka.

    BalasPadam
  7. salam

    cer cuba makan madu tetiap hari..kot2 boleh hilang...
    kat rumah saya amalkan skrang minum madu selalu, anak saya yg selalu batuk & selesema pon dah takde dah skrang nih

    BalasPadam
  8. pg td dlm prog tanyalah ustaz ada menyatakan yg bela kucing ni sangat bagus sebab berbuat baik kpd binatang dan pahala utknya... ; tp kalau dah sampai membawa kesan buruk kesihatan kpd pembelanya lbh baik jangan bela; kesiankn pd diri kita juga... ; rumah sy tak ada kucing sebab anak sulung ada athma ..adiknya trpaksa beralah dlm bab bela pets.

    BalasPadam
  9. Mmg tengok comel2 gitu sayang nak lepaskan kan..tp mesti fikirkan psl yr health jgk tuh..

    BalasPadam
  10. tp makcik sy lain, mmg ada asthma dan lg byk kucing yg dia bela ;-)

    BalasPadam
  11. Kak jun....
    Jaga diri tau...selalunya kalo asma elakkan dari ada carpet di rumah...penyumbang terbesar habuk....bulu kucing lg la kan...harap sis jaga diri ye

    BalasPadam
  12. dibuang mati anak [ kucing ]
    ditelan mati emak

    BalasPadam
  13. 6 ekor tu aina. kak anim tak pernah bela hingga sebanyak itu..no wonder asthma boleh mai semula..

    BalasPadam
  14. assalam kak.

    ala..comel2 kucingnya..tidur macam tu pun boleh...hehe

    moga akak cepat dan kembali sihat..ameen

    salam perkenalan dr saya =)

    BalasPadam
  15. Belum pernah lagi saya jumpa orang yang alah dengan kucing di depan saya.

    BalasPadam
  16. semuga sembuh sepenuhnya...nanti bolehlah jaga kucing tu tanpa risau dah

    BalasPadam
  17. Betul Aina...kalau dah bela ni mmg sayang
    Nekcik ni pun ada asthma jugak..tapi bila dah letak kucing dalam kandang di luar rumah...lagi mudah kna batuk..compare masa diorang dok dlam
    anak kata kucing tu dah tak doakan mak! hu.hu

    BalasPadam
  18. Byknya kucing akak.. tertiba rasa teringin nk bela kucing balik.. =D

    BalasPadam
  19. Memg kak.kalo.org astma.memg alergik ngn bulu kucing

    BalasPadam