Kisah Kembar Enam
Hari ini nak cerita kisah kembar enam yang tiba-tiba hadir dalam keluarga kami. Gembira sangat tetapi hati tetap gelisah, boleh ke nak jaga sampai enam sekali ni. Kisah bermula bila seekor kucing liar dengan perut memboyot hari-hari minta makan di pintu pagi dan malam, mula-mula bagi sisa ikan lama-lama beli ikan untuk dia. Tiap-tiap hari dia akan tunggu pintu dan memandang muka kita dengan pandangan sayu. Tak tahan hati ni!
Sehari dua kucing ni tak datang, tertanya-tanya jugak kemanalah dia minta makan agaknya. Selepas itu nampak kelibat dia tetapi perut dah kempis! Masuk rumah dok sekodeng bilik belakang. Saya halau dia lari keluar. Semasa sedang solat asar saya terdengar bunyi anak kucing tapi abaikan sahaja. Sedang baring-baring golek-golek tengah rumah saya nampak kucing berjalan sambil 'gonggong' leher anak masuk bilik. Menjerit kejap. Lepas tu Pak Tuan periksa bilik, nampak 4 ekor anak kucing sedap landing atas lantai bawah katil. Lepas tu angkat tilam rupanya ada enam ekor!
Saya kata 'kalau abang nak buang, saya tak nak subahat'...ahahhaaa... Ada ke patut cakap macam tu. Sebenarnya saya tak sampai hati nak buang anak kucing yang masih belum boleh buka mata tu, kesian. Walaupun saya sangat 'geli' nak pegang mahupun nak tengok tapi hati saya sangat berat nak buang. Kesian kot. Jadinya dalam rumah saya sekarang ada 7 ekor kucing!
Saya bagitahu Pak Tuan. 'Hikram minta nak bela kucing dah lama tapi abah tak izinkan, sampaikan mak tok bagi kucing seekor di kampung yang katanya kucing Hikram mak tok tolong bela. Setiap kali balik kampung kucing itulah yang dicari dulu. Hari ini Allah bayar cash atas keengganan abah. Bukan seekor sekali 6 ekor di bagiNya!' Pak Tuan gelak. Sebenarnya dia pun tak sampai hati jugak nak buang kucing tu. Sibuk dah suruh belikan sangkar kucing. Sekarang saya yang pening terpaksa handle tambahan 6 anak!
Mak kucing yang sangat eksyen sebab dah tak perlu mengemis minta makan dan ada tempat berteduh. Rezeki anak katanya kan...
Anak-anak baru saya. Cabaran selepas bertahun-tahun tak bela kucing, bertambah kerja mak.
Tengok anak kucing yang baru lahir tu kan sama je macam anak tikus kan? Geli rasanya. Huhu.
BalasPadamcomelnya anak kucing tu semua....ok la tu kak...besar pahala tau....
BalasPadamAduh!! kalau kakak tak tahu nak buat macam mana Aina.
BalasPadamKakak tengok anak kucing pun boleh tak lalu makan tau..
Memang kesian tapi mak ai gelinya tak tertanggung..
Apa pun ada saham akhirat buat mereka yg menjaganya.
Comelnya. Ajar diaorg jangan buang najis merata2. :)
BalasPadamcomelnya anak2 kucing tuh...bila besau lglah challenging nak jaga..
BalasPadamkadang2 kak sedih gak tengok anak2 kucing di pasar. masih terlalu kecil nak dipisahkan dgn ibu mereka. sepatutnya tunggu besar kalau nak buang atau buang bersama ibu mereka. dlm keadaan sekrang, kak bela kucing kampung jantan je yg leh bebas lepas. kalau kita takde rumah, dia cari makan sendiri.
BalasPadamJgn lupa nanti neuter mereka. Sihaf dan kelakuan meara manusia.rajin rajin train san stroke mereka....nanti mereka mesra manusia.
BalasPadamAnyway..besar pahala..
Alahai comeinye.. kalo buang memg kesian...kat luar tuh xtau la apa jd kan
BalasPadam