Keresahan Berganda

9:56 PG JunAina 21 Comments


Pagi ini jam 9.30am Alya Batrisyia akan di bawa ke Hospital Kuala Lumpur dari Hospital Kajang menggunakan ambulan untuk rawatan lanjut. Semalam balik dari kerja terus ke hospital untuk memberi sokongan moral buat adik dan adik ipar. Harapannya agar mereka faham kami semua akan sentiasa bersama mereka tak kita susah mahupun senang.


Doktor telah memberitahu semasa scan buah pinggang sebelah kiri tidak kelihatan dan doktor mengandaikan Alya lahir dengan satu buah pinggang sahaja. Buah pinggang kanan juga agak besar dari kebisaan usia Alya dan doktor mengatakan ianya agak normal sebab buah pinggang itu melakukan kerja untuk dua buah pinggang. Sepatutnya buah pinggang normal berukuran 7.5cm dan buah pinggang Alya berukuran 9.3cm (saya lupa angka selepas titik perpuluhan).


Balik kerja anak-anak kecoh seekor dari enam anak kucing yang ada di rumah hilang, paginya saya lepas bebaskan mereka untuk bermain di luar sebab Iqbal ada di rumah. Kebiasaannya tengahari anak-anak ini akan balik ke rumah tetapi semalam seekor darinya tak balik sehingga malam. 


Pagi ini pula dalam tangisan meminta makanan saya terdengar bunyi suara halus anak kucing bila saya hampiri sangkar kelihatan anak kucing yang selama ini sangat mengalah dan kecil terbaring tak mampu bergerak. Air mata saya bergenang, saya keluarkan dan letak di luar cuba suapkan air dan susu tetapi dia sudah tidak mampu untuk menerima. Akhirnya sebelum pergi kerja kucing tersebut pergi juga. Sekarang hanya tinggal empat ekor anak kucing dan seekor ibu. Patutlah ibu kucing ini hanya menunggu sangkar sejak semalm tidak berganjak rupanya dia dapat merasakan kesakitan anaknya. Sebelum ini mak pun dah bagitahu yang kucing ini tak akan mampu bertahan lama sebab bila pegang badannya sejuk.


Hati saya tetap risau memikirkan anak kucing yang hilang. Sedih dengan anak kucing yang mati. Bertambah pilu memikirkan sakit Alya yang belum ketemu noktahnya. Rawan hati saya namun saya pasakkan jiwa dengan menyerahkan segalanya pada Allah s.w.t. Perancangan Dia adalah yang terbaik buat kita. Seketika ini mungkin dia memberi mendung dan hujan siapa tahu selepas ini akan terbit pelangi mewarnai kehidupan. Allah s.w.t menguji dan Allah s.w.t juga memberi.




You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Sebak... Spechless... Baik Alya mahupon kucing... Semoga Allah permudahkan urusan... Amin...

    BalasPadam
  2. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...moga alya lekas sembuh.

    BalasPadam
  3. kalau infection Alya sembuh..
    insyaAllah..
    dengan satu buah pinggang kita masih boloeh hidup normal

    BalasPadam
  4. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kasihNya. ..

    BalasPadam
  5. Betul bila dah jadi begini kemampuan kita berserah pada Allah
    Moga baik-baiklah akhirnya.

    Kucing tu pergi tak ada dakwa-dakwi tapi jadi saksi kelak ada hamba Allah pernah memberikannya kehidupan sebelum ia mati.

    BalasPadam
  6. Semoga k.Aina & family kuat hadapi dugaan dariNya..Amin

    BalasPadam
  7. Sgt pnting sokongan keluarga saat2 sukar mcm ni..moga ditabahkan hati akak n fmly ye.

    BalasPadam
  8. insya allah semoga dipermudahkan segalanya

    BalasPadam
  9. Sedih memikirkan penderitaan Alya dan masih kecik nak hadapi tuh semua..moga dia kuat semangat dan kami doakan she'll be better after operatiion...
    begitulah nasib anak2 kucen yg bnyk biasanya hanya seekor dua jer yg biasa akan hidup lama...sedih lah jugak kan..bila dah ade rs syg tuh...

    BalasPadam
  10. iyalah Aina..klau dah ada anggota kluarga yg sakit ni..mmg tak tenteram jiwa...anak demam pun hati tak senang kan...semuga Alya kuat dan sihat kembali..aamiin
    alahaii..sedey jugak dgn kucing kucing tu...kucing kecik nekvik pun dari 4 ekor da tinggal 1...tak panjang umor budak budak tu kali ni

    BalasPadam
  11. saya doakan moga segala urusan Alya dipermudahkan...dapat di tangan doktor yg terbaik dan prihatin...akak update selalu ya kisahnya

    BalasPadam
  12. harap semua nya ok ye kak.. insyaAllah

    BalasPadam
  13. semoga Allah beri kekuatan buat keluarga Alya. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
    kesian kat anak2 aina..kasih sudah tertumpah, si kecil itu pergi akhirnya..

    BalasPadam
  14. akak....

    besar ujian ni. saya taktau nak komen apa tapi yang saya tahu, Allah uji begini kerana Dia tahu keluarga Alya mampu hadapi...

    BalasPadam
  15. semuga selamat semuanya..dan anak cepat sembuh..

    BalasPadam
  16. semoga kak jun tabah menghadapi dugaan ini. InshaALLAH moga anak akak akan kembali sihat.

    BalasPadam
  17. assalammualaikum

    dapat rasa apa yg dirasakan. semoga ALLAH permudahkan segala urusan & disembuhkan segala kesakitan ...Aaamiinn

    BalasPadam
  18. sedap awak mengatur kata JA....suka baca bait bait entri awak... mungkinkah satu hari nanti awak akan menulis novel pulak? hehe...
    moga cepat sembuh adik Alya.... muka akan balik kitten yg hilang.....

    BalasPadam
  19. Dua dua sedih. Pasti akan ada hikmahnya setiap apa yg berlaku.

    BalasPadam