Info Percutian Ke Bandung
Percutian kali ini aku dan teman-teman sahaja, secara keseluruhan kami betul-betul `enjoy' `bershopping' sakan tetapi sepertia biasa pasti ada kelemahan dan terdetik kekecewaan di hati. Bandung betul-betul membuat aku teruja, keinginan untuk datang lagi tetap tersimpan dihati dan andai ada kesempatan Pasar Baru mesti menjadi destinasi pertama. Sungguh kami terkilan bila Pasar Baru di jadikan persinggahan terakhir semasa di Bandung tambahan pulak tujuan utama ke sana adalah untuk ke Pasar Baru, kecewa sesangat. Duit telah banyak di habiskan di Factory Outlet sampai di Pasar Baru banyak benda yang tak dapat nak beli.
Buat kawan-kawan yang berhajat ke Bandung, rancanglah percutian anda sebaik mungkin. Sekiranya bercuti menjadi agenda utama bolehlah bawa anak-anak tapi sekiranya shopping adalah utama eloklah anak-anak di tinggalkan mungkin lain kali boleh bawak anak-anak. Anak-anak pasti `boring' dan letih bila emak asyik keluar masuk kedai di Pasar Baru dan asyik keluar masuk Factory Outlet di Jalan Dago dan Jalan Riau. Kalau suami ada bersama boleh le minta suami tengokkan anak-anak sementara emak bershopping.
Tidak dinafikan Bandung adalah syurga membeli belah tetapi tak kecuali mempunyai pelbagai tarikan pelancongan lain. Buat panduan kawan-kawan yang ingin ke sana...tempat-tempat yang perlu di masukkan ke dalam senarai.
1. Pasar Baru - everything di bawah satu bumbung. sehari belum tentu dapat round keseluruhan bangunannya.
2. Factory Outlet Rumah Tas - bagi yang hendak shopping hand beg dan kasut.
3. Jalan Cibaduyut - khas untuk barangan kulit, tempat yg sesuai untuk lelaki.
4. Factory Outlet - Rumah Anak Kecil.
5. Jalan Cihampelas - barangan murah, ala-ala Chow Kit kalau kat Malaysia tapi ada shopping kompleksnya Cihampelas Walk.
6. Rumah Mode di Sukajadi
Info lebih lanjut mengenai Factory Outlet sekitar Bandung boleh masuk ke
http://www.bandungtourism.com/act_lis_a_hs_e.php?cat=Factory%20Outlet
7. Takuban Perahu-beli strawberi kat sana...manis, makan terus ya jangan simpan.
8. Ladang Strawberi - nak pegi boleh tapi lagi best kat Cameron kot.
9. Taman Bunga Cihideung10. Kampung Daun - tak menyesal kalau makan kat sana.
11. Sari Ater Resort - ada kolam air panas gunung berapi tapi ada bayaran yang dikenakan untuk masuk.
12. Kartika Sari - beli ole-ole pulang ke Malaysia, speciality kat sini Brownie Kukus Adinda, Pisang Bolen dan macam-macam pilihan lagi.
Dari 5 star hotel, 3 star hotel, budget hotel dan guest house semuanya ada kat sana tepuk dada tanyalah poket ikut kemampuan masing-masing. Sekiranya belum booking hotel sampai airport tanya saja supir di situ minta hantarkan mana-mana hotel terdekat dengan Pasar Baru. Biasanya setiap hotel mempunyai contact supir sekiranya kita perlu untuk ke tempat yang jauh kalau tidak mungkin boleh naik `angkot' saja untuk jalan sekitar bandar dengan tambang Rp1000 tapi kena tengok destinasinyalah. Cuaca kat Bandung sedikit sejuk, sekiranya nak `cut' kos duduk kat hotel budget tanpa air cond dengan harga Rm80.00 pun sudah cukup selesa yang penting duit untuk shopping kena lebih.
Sekiranya memerlukan `mobil' dan pemandunya sekali boleh masuk ke link dibawah dan banyak lagi web lain yang menawarkan service yang sama
http://www.armanchourman.co.cc/ atau boleh jugak terus contact dengan `supir' yang pernah membawa kami iaitu Pak Agam (
+6285320038171) yang sentiasa jer cool melayan kerenah kami. Dia juga boleh cadangkan tempat-tempat menarik yang boleh di lawati sekitar Bandung.
Rajin-rajinlah buat `research' sebelum memulakan percutian tak kira ke mana pun kita hendak bercuti, info-info yang ada akan banyak membantu kita merancang percutian supaya berjalan dengan lancar. Bacalah sedikit sebanyak adat dan budaya sesuatu tempat yang hendak kita pergi supaya kita tidak mengguris hati penduduk tempatan dengan tidak senaja. Paling penting keadaan cuaca setempat. sekurang-kurangnya dengan info-info yang ada kita tidak sewenang-wenangnya di tipu. Gunalah kemudahan teknologi yang ada.
Ingatan penting buat yang ingin bercuti di luar negara, sekurang-kurangnya bawalah panadol dan balm panas tetapi sekiranya mempunyai sakit yang memerlukan ubatan khas perlu diingatkan sesetengah negara mengharamkan beberapa jenis ubatan kecuali mempunyai surat doktor. Bagi yang mempunyai asthma jangan lupa membawa inhaler selain ubat-ubatan. Kadang-kadang perubahan cuaca mendadak jugak boleh mengganggu kesihatan.
0 Rider Beraksi: