Alkisahnya Kad Kredit Lagi.

4:02 PTG JunAina 12 Comments

Minggu lepas Aina ada buat entri berkenaan kad kredit rujuk kat sini.
Report dah dibuat pada hari yg sama iaitu hari Isnin katanya dalam masa 2 minggu katanya kad akan diganti tetapi hari Jumaat dah sampai kat baru, terkejut jugak...cepatnya! Alhamdulillah sekurang-kurangnya segalanya selesai dengan cepat dan yang penting kita sebagai pengguna tidak dipergunakan oleh pihak lain.

Mengejutkan! Hari ini Aina dapat satu panggilan telefon, diamat-amati nombornya tetapi memang tak kenal. Lagipun jarang-jarang ada kawan-kawan yang guna nombor DiGi. Menjawab panggilan yang katanya dari Maybankard Service Center (terus terang ni! hahhaaa...) yang bertanggungjawab ke atas semua Visa dan Mastercard yang dikeluarkan oleh pihak bank. Bertanya kad yang telah dikeluarkan oleh pihak bank dah sampai ke belum. Aina jawab dah kemudian dia minta ambikkan kad dan bacakan nombor kad.

Pengalaman telah mengajar kita untuk lebih berhati-hati, dengan hanginnya Aina tanya dia 'Kenapa you call I guna handphone number ye bukan guna number service center?' (dalam Bahas Inggeri rojak...hahahaaa...). Cepat-cepat dia jawab 'Tak ada masalah Cik kalau guna handphone pun'. 
'Macam nilah saya nak terus terang, saya tak akan respon pada mana-mana pihak juga yang call dan tanya yang bukan-bukan kecuali benda tu sahih dari Service Center. Sorrylah!'
Dengan suara serba salah 'Okey cik, nanti saya inform service centerlah'
Huh baru seminggu tertipu takkan minggu ini nak kena lagi melampau betul!

Sangat-sangat menghairankan macam manalah dia orang boleh dapat tahu setiap individu yang menerima kad daripada pihak bank, siap dengan contact number lagi. Memang betul agaknya seperti yang dibicarakan orang luar, ada musuh dalam selimut yang bagaikan duri dalam daging! Ada pekerja yang tak amanah menjual maklumat yang sepatutnya sulit kepada orang luar!



Gambar hiasan. Walaupun handbag jenama ini menjadi idaman hatiku tak mungkin kredit kad akan menjadi pertaruhan. Suatu hari pasti akan aku miliki, duit tabung pun dah agak banyak tapi banyak dengan duit syiling sahajalah!


Nukilan Aina: Sekali tersilap langkah tak mungkin ku ulanginya lagi, akan dijadikan sempadan dan pengajaran dalam melewati sisa-sisa kehidupan.





You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Kakcik pun ada terima pangguilan dari bank - kadang2 curiga juga!

    BalasPadam
  2. dlm ati mmg tringin nk pakai kad kreadit tp bla p-k hutang hutang hutang... mmm x pe la.. guna kad debit je la ;-)

    BalasPadam
  3. jun--
    sungguh tau.ayu pun ada pengalaman ttng kad kredit.boleh pulak baru seminggu pakai dah ada pihak sana sini call segalabagai

    sorry lak lori..ayu mmg speaking sampai pihak sana serik nak call lagi..
    tak kuasa aku..

    PS: wah!!!!! cunnya ...sambar jer..hehe

    BalasPadam
  4. jgn percaya dgn panggilan gini
    penipu besar...

    panggilan yg melibatkan $$$..kene abaikan..jika kita nk..kita bole pi bank sdiri..

    BalasPadam
  5. tu mesti kerja orang dalam.. nak makan harta orang.. haram..

    BalasPadam
  6. abg ema pun ada terima panggilan mcm tu..dia ckp untuk update kad kredit..sah2 dah tipu...

    BalasPadam
  7. kak cik...
    sebelum ni aina guna kad bank islam tak pernah tibul lak masalah macam ni.

    BalasPadam
  8. anies...
    memang betul tu anies. guna kad kredit ini perlu ada disiplin bukan sesukahati je boleh swep...

    kalau anda kaki shopping lebih baik jgn ada kad kredit...hehehhee...

    BalasPadam
  9. ayu...
    betul tu macam2lah...previllege kadlah, vacation clublah...naik menyampah. kadang2 tengok nombor yang tidak dikenali kat hp aina buat dekkk je...

    BalasPadam
  10. jangan sesekali pecaya dan terpedaya dnegan panggilan2 macam nie , menipu je lebih..ada udang di sebalik mee kari hehe..

    BalasPadam
  11. wahhh...udang bestnya. itulah pasal amy, menyakitkan hati je... Ramai sangat orang yg nak ambik jalan mudah untuk senang.

    BalasPadam
  12. wani pulak...boleh dikatakan setiap hari number tak kenal ni call..bulan lepas dah terkena...dlm berjaga2 ni pun terkena....then request kad baru..sebab tutup akaun terus...

    ni baru td dpt call lagi...ckp dr visa/mastercard servis ctre...nak konfirm active itu ini...sah2 menipu...kalau nak tawu active ke apa juzt contact bank terus....

    sangat hangin dgn diorg ni...beberapa minggu lepas juzt ignore number tak kenal..tapi bahaya sebab emergency call kita pulak buat tak tgk phone sebab numbr tak kenal malas angkat...

    so...solution bila diorg call.angkat...pstu letak.hhee

    BalasPadam