Saya Bangga Ada Ibu

7:13 PTG JunAina 21 Comments

 

Kali ini Aina nak join contest anjuran KSP ala tuan punya diri yang termanja kat atas tu. Bukan apa cuma nak berkongsi rasa istimewanya dan bangganya Aina ada ibu sepertinya. Pemergian ayahanda tercinta di kala belum mengenal dunia membuatkan hati serta semua kasih sayang hanya tumpah padanya.

'Semangat juangnya menjadi inspirasi kepadaku untuk meneruskan kelangsungan hidup ini, melawan kecewa hati-hati yang patah dan rapuh. Kesabarannya umpama ubat yang bisa menyembuh setiap luka-luka yang ada. Kelembutannya mencair hati dan perasaan, membunuh segala kedegilan. Ketegasannya membina jati diri yang sejati. Kasih sayangnya sehingga kini bagai air dingin yang tak henti mengalir dari celahan gunung yang tinggi.' 

Pengorbanan tanpa henti, kepayahan yang dilalui penuh kecekalan. Mendidik dalam serba kekurangan, mencari rezeki dalam seribu kepayahan tetapi hatinya tak patah, air matanya tak pernah tumpah jauh sekali merungut. 

Kini usianya kian menginjak, garis-garis pada wajahnya sudah terlalu banyak sebagaimana banyaknya pahit dan manis yang dilaluinya sepanjang 60 tahun kehidupannya. Selayaknya dia mampu tersenyum kini, anak-anak mampu berikari. Hatinya tidak perlu gusar lagi memikirkan apa untuk di makan esok. Hatinya tetap seperti dulu kuat dan tabah kerana dia mengerti selagi hayat di kandung badan anak-anak masih mengharapkan teduhan kasihnya!


Dia ibuku...melahirkan dan membesarkan dari tiap titisan susu dan keringatnya. Sepenuh hati kasih dan sayang tumpah padamu ibu kerana 'Syurga Itu di Bawah Telapak Kakimu'

Secara rasminya sebagai memenuhi syarat-syarat 'contest' Aina dengan bangganya 'tag' semua pengunjung-pengunjung halaman ini yang ingin melahirkan kasih sayang pada ibu masing-masing.

You Might Also Like

21 ulasan:

  1. hati saya sebenarnya jenis sensitif. bila bercerita pasal ibu, mudah menitis air mata bila mengenangkan jasa pengorbanan erti seorang ibu.

    Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana menganugerahi aku seorang ibu yang aku panggil MAMA.

    BalasPadam
  2. Tiada kata secantik bahasa, untuk menggambarkan kasih sayang dan sanjungan kita terhadap ibu...


    Ilmu Itu Cahaya, Ia Tidak Akan Turun ke Hati yang Gelap!

    BalasPadam
  3. Tanpa ibu tiadalah kita.

    Semoga Jun memenangi peraduan ini. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..

    semoga berjaya ya

    BalasPadam
  5. entri yang menyentuh hati.. betul2 tanpa ibu n bapa, sape r kite kan.. =)

    BalasPadam
  6. Beruntunglah mereka yang masih punya ibu. Kasihi mereka selagi hayat masih ada.....

    Kakak rasa sayu bila ada N3 berkaitan dengan ibu. Syahdu.....

    BalasPadam
  7. saya juga sayang bonda saya..harta yang tidak ternilai di dunia nie..



    p/s: jemput join contest sinar raudah

    BalasPadam
  8. hidup ini perlu ada org yang kita hargai..ibu adalah permata yamg tak ternilai harganya.walau ditabur dgn wang ringgit...jasa ibu tetap tiada tandingannya..

    Selamat berkenalan dan saya dah follow awak..feel free to follow me ek....
    Thanks...

    BalasPadam
  9. aina join contest ye...
    gud luck dear...

    {ibu ratu hati ku jua...)

    salam kenal..macih polo cma...polo u too..

    BalasPadam
  10. thanks juga untuk kirin...

    eelobor - selagi ada hayatnya selagi itu ingin membuatkan dia gembira walaupun ada ketikanya terpaksa mengorbankan keinginan hati sendiri...

    BalasPadam
  11. k.azie...lama tak kelih no, menyepikan diri...ibu apa yang boleh menandinginya? Tiada satu apa pun di dunia ini...

    BalasPadam
  12. toceyyy...kak cik!!

    salam sharom...harap2 berjaya lah, manalah tahu masin mulut shahrom...

    kay-kalau bercerita pasal ibu jiwa tetiba rasa sebu, sedih dan terharu...

    BalasPadam
  13. k.zakie...selagi ada selagi mampu berbakti sebagai anak seikhlasnya aina berbakti. pada yang telah pergi hanya iringan doa dapat dipanjatkan semoganya rohnya aman disana. alfatihah...

    aina pula telah kehilangan abah pada usia 2 tahun, hanya pada emak kasih tumpah...

    BalasPadam
  14. Amy...nak cari gambarnya dulu nanti nak join jugak, tak menang pun dapat juagk berkongsi resepi reramai...

    BalasPadam
  15. affiza...thanks ya singgah sini, jangan serik tau tapi tiada yg istimewanya...

    shiema...thanks ya...

    BalasPadam
  16. jom singgah amek template ringan & tak menyakitkan ati readers ;)

    http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/bertukarrrrrr.html


    cintabungablogspot dtg BW skali, jg² so'od... jg² bedahhh~~ ^^

    BalasPadam
  17. kak... kalau pkai template yg cintabunga bg tu setting takkan lari. don worry. tu kite add gadget je, tak kacau kat HTML pon. cube la ;)

    BalasPadam
  18. As salam...

    Gud luck sis..
    Semoga ibu sis pjg umur,sihat sentiasa dan dirahmati ALLAH selalu..
    Amin..

    BalasPadam
  19. cintabunga...thanks ya...
    akak dah tukar template tu, nampak le meriah cikit...

    BalasPadam
  20. cik shinju...

    thanks ya, selalu2lah jengah kat sini. blog yg tak seberapa...

    BalasPadam