Bayar Saman Punya Cerita.

5:09 PTG JunAina 13 Comments

Promosi berakhir hari ini dengan potongan nilai saman sehingga 50% selepas ini sendiri mau ingatlah!
Tak perihatin atau memang tak mengambil tahu tiba-tiba ja dapat tahu pada hari Khamis yang promosi untuk membayar saman akan tamat pada hari Isnin 28.2.11. Dek kerana kesibukan pada hari tersebut tak sempat nak menginternet untuk bayar saman. Esoknya Jumaat pagi-pagi lagi dah buka internet kat opis, hah!!! Tau apa jadi...


Sampai la hari ini tak boleh masuk jugak. Saman tu biaq pilah tang tu nak kena bayaq RM300 pun tak palah, tak sanggup pi beratoq lama-lama di Balai Polis Trafik mahupun di Pejabat Pos, lepaih ni kalau kena blacklist pon apa buleh buat...biaqlah Luncai makan labu-labunya...hikhikhikkk...
Adoyaiii!!! Bukan saman apa pun, satu saman speed trap kena kat Sungai Besi. Geram sungguh balik sampai Perelih dok speed alhamdulillah tak pernah kena lagi, tup-tup hat sejengkai nak pi rhumah pulak kena.Ishhhkkk...sakittttt....betoi hati ni!!! Mutu buruk ceq tu pon kena jugak ada tiga saman 'traffic obstruction' yang tu kena area KL dalam 4 tahun lepas. Obstruction tang mana tah mutu kecik tu! Menyampah...nak buat lagu mana tu kereja depa biaq pi la kat depa no, kalau depa tak saman sat ni orghang kata depa tak buat kereja pulak...

Itu bab saman polis bab saman DBKL tak kira lagi. Parking mutu tak sedia bila orang parking kat kaki lima Pertama Kompleks depa saman, tang tu saja berapa banyak mutu dok parking tiap-tiap hari kayalah DBKL(termasuk ceq dok pi shopping kat SOGO...hehehee...). Agaknya pasai orang ramai dok komplen la ni depa buat parking mutu dah tepi tu. Tak dak la orang buat salah bila ada kemudahan.Dulu tu bulan posa Aina parking mutu hujung sebelah ARIANI rasanya tak ganggu pun pas tu kena saman, kebetulan masa tu penguatkuasa tu ada area situ lagi. Aina tanya depa, saman tu saman jugak encik habis semua lot parking mutu jadi gerai kami nak parking mana? Sana kutip hasil sini pun kutip hasil ka? Dalam nada sinis ja coz tak mau nipiskan pahala posa ceq...

Nukilan Aina: Saman oh saman kalau tak mau kena saman naik bas sajalah bagi dreba bas ja yang kena saman. Entri geram...sampai keluaq bahasa ibunda...hahahaaa...

You Might Also Like

13 ulasan:

  1. heheh...td gi pejabat pos....sampai sistem down utk bayar saman...beratur punya la panjang


    (^^,)❤..

    BalasPadam
  2. Kakcik pun ada saman yang belum dibayar... :(

    BalasPadam
  3. kita ni selagi tak di minit2 terakhir, selagi tulah tak nak bayar kan?...

    baca entry ni teringat masa saya belajar kat UUM sintok...rindu ngan cakap kedah org2 kampung changlun...dan keluarga angkat...

    BalasPadam
  4. heheh...tapi still masih boleh paham bahasa ibunda akak tuh.

    saya pernah kena saman speed trap, surat tak sampai pun, tetiba ada saman bila tangan gatal2 check kat internet. asal saman tuh cuma RM200, tp di sebakan sudah lama (awal 2009)dan saya tak sedari saman tersebut naik RM300. kemudian dia bagi 50% dapat la RM150. jimat RM50 dr harga asal.

    jimat ker??? tetiba jer ada surat saman2 gituh

    BalasPadam
  5. hari ni akak dgr berita kul 7 pagi tadi..org bersusun dok bayar saman,besa la kan org kita suka tunggu last2 minit..fuhh nasib baik takdak saman..

    BalasPadam
  6. Parking smart,poket selamat :)

    BalasPadam
  7. memang panjang beratur gara2 last minit mahu bayar saman... saya pun baru kena saman parking kat melaka ini. mana tahu hari ahad pun kena ada kupon... kerja kat kl tak kena saman...dtg ke melaka dah kena saman... melayanglah rm ptg ni..huhuh.. nak setel malas...nak tangguh2...biarpun hy minggu ni stay kat sini,,,,

    BalasPadam
  8. yanie-tak rela akak nak pi beratoq...

    k.cik...lain kalilah kita bayaq, letihlah nak pi beratur panjang2 ada kemudahan internet dah down pulak...kerajaan kena upgradelah server dia org tu...

    BalasPadam
  9. terima kasih cikgu CTE coz sudi singgah kat sini. hahhaaa...bahasa ibunda kadang2 ngan kawan2 opis pun cakap cam gitu jugak...

    eelebor...tu baru sikit dik oiii...ma jumpa geng haruihhh la hang lagi tak berapa nak paham...hahhaaa...

    k.aina hari tu sampai surat berdaftar tapi tak pi ambik pon & dah return ke PDRM kot. agaknya itulah surat samannya...

    BalasPadam
  10. k.pia...itulah sifat yang tak leh nak buang sifat bertangguh, last2 menyusahkan diri sendiri aje...

    BalasPadam
  11. mamaema...
    k.aina kena bulan 12 2009, 2 minggu lepas dapat warning latter dari Majlis Bandaraya Melaka...
    Masa tu dah nak balik just singgah nak beli buah tangan tak sampai sejam pun. Patutnya majlis kena buat mesin yang bayar ikut jam, ini tak kerana sejam kena beli untuk sehari=Rm6...argghhh...

    BalasPadam
  12. kak, nape sumenyer blog citer sal saman nie. dengar kabar semalam last day diskaun, btol ke?



    * 'sy bangga ade ibu'
    btol tu kak... MAK come 1st! :) thanx sharing sis :)

    BalasPadam
  13. tak bayar pun takper.. nanti2 ada diskaun lagi.. aritupun diorang cakap takkan ada diskaun dah.. ader jer diskaun...

    BalasPadam