Jangan tinggalkan sunnah.

6:27 PTG JunAina 11 Comments

Hanya ingin bekongsi sedikit ilmu dan amalan yang masuk ke kotak email, semoga menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita semua dalam menempuhi kehidupan ini. Sesungguhnya garapan ini hanyalah disalin semula dan bukanlah hasil ilham rasa sendiri. Ilmu yang ada dikongsi bersama (sampaikalah walau sebaris ayat.)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tunaikanlah kewajipan dari Allah atasmu, nescaya kamu menjadi manusia paling mengabdi! Jauhilah segala larangan Allah, nescaya kamu menjadi manusia paling warak! Senangilah untuk orang lain apa yang kamu senangi untuk dirimu, nescaya kamu menjadi mukmin.'

Itulah gambaran mukmin sempurna yang benar-benar layak disebut beriman kerana telah mengamalkan ketiga-tiga perbuatan di atas. Sungguh, cukuplah itu semua sebagai kesibukan.

Berkata Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a., "Engkau takkan mengagungkan sesuatu yang dianggap rendah oleh Allah, takkan memuliakan sesuatu yang dianggap hina oleh~Nya, takkan meremehkan sesuatu yang dianggap bererti oleh~Nya, takkan berhubungan dengan sesuatu yang seharusnya dijauhi, dan takkan menegakkan sesuatu yang seharusnya dihancurkan."

Daripada Mu’adz bin Jabal r.a., beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Subhanallahu wa Ta’ala
berfirman: “Wajib mendapatkan kecintaan~Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan yang saling berkunjung kerana Aku, dan yang saling berkorban kerana Aku.” [Riwayat Ahmad]

Maka hendaknya kita sentiasa menjaga dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. setiap hari terutamanya sunnah-sunnah yang tersebut di bawah ini.

PERTAMA : Dirikan solat sunat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ [QS Al-Isra': Ayat 79]

KEDUA : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KETIGA : Bacalah Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KEEMPAT : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM : Sentiasalah dalam keadaan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Berkata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

KETUJUH : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.

"Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah, dan jagalah lahirmu dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w."

"Kebaikan itu adalah dalam menghadap kepada~Nya, dan keburukan itu adalah kerana berpaling dari~Nya. Setiap amal yang kamu harapkan upahnya adalah untukmu, dan setiap amal yang dilakukan kerana Dia bererti untuk~Nya. Jika kamu beramal dan meminta ganti, maka balasannya adalah makhluk. Jika kamu beramal untuk mencari redha Allah swt., balasannya adalah kedekatanmu dengan~Nya dan memandang kepada~Nya, kemudian kamu tidak akan meminta ganti atas semua amalmu. Apalah ertinya dunia, akhirat, dan segala sesuatu selain Dia, jika dibandingkan dengan Dia?" {Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani}

Teman, tingkatkan amal kalian sebelum kembali kepada~Nya.

:-: Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memperhatikan kepentingannya. Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim






You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Terima kasih JUnAina..sudi mongsi disini..ingat mengingat sesama insan

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana letak info2 macam ni..sy suka tau...sedar diri sikit kadang2 kita selalu leka kan..

    BalasPadam
  3. Insyaallah Aina... kita sama-sama mengingatkan antara satu sama lain.. Alhmdulillah,terima kasih... :)

    BalasPadam
  4. tengs ye kak dgn info ni. saya save dlm hp. insyaallah sama2 kita amalkan.

    klik HB

    BalasPadam
  5. terima kasih jugak k.erna kerana sudi singgah dan sama2 berkongsi.

    BalasPadam
  6. si kancil biru...sekadar berkongsi, meningatkan diri sendiri juga. aina pun selalu alpa dengan mengejar urusan dunia dan hanya sedikit kesempatan untuk urusan akhirat tapi kerja juga ibadah...

    BalasPadam
  7. terima kasih krn info ni
    byk manfaatnya..

    BalasPadam
  8. Good info nice sharing sis..

    BalasPadam
  9. thanks, sama2 le kita ingat mengingati

    BalasPadam
  10. ilmu yang sangat2 berguna...terima kasih..

    BalasPadam
  11. Hakikat kejayaan sebenar manusia adalah sejauh mana mereka amalkan sunnah dalam kehidupan seharian mereka.

    BalasPadam