Muhasabah Diri.

4:42 PTG JunAina 15 Comments

Hari ini sudah sedikit stabil, angin pun dah habis. Fikiran pun sudah sedikit tenang cuma masih sibuk dengan pindah barang. Alhamdulillah hari ini memulakan hari baru kat Sunway Tower. Bukan tak biasa, dua tahun lepas memang kat sini lepas tu dapat task force project. Tinggallah floor ini dan semua kawan-kawan dan mungkin dah sampai masanya pulang kembali dan menyambung silaturrahim kat sini.

Apa yang berlaku adalah pengajaran, di kesempatan ini muhasabah diri adalah yang terbaik. Alhamdulillah dan insyaallah semuanya akan bertambah baik. Mencari kelemahan diri berbanding my click (Catherine) dan kesimpulannya, diri  ini memang punyai terlalu banyak kelemahan berbanding dia.

Antara yang dapat dikesan.

1. Masuk kerja selepas pukul 8 pagi. (Flexi hours 7am - 9 am)
Selepas hantar anak ke sekolah barulah bertolak dari rumah biasanya 7.20am. My click hanya uruskan suami coz dia tak ada anak untuk diuruskan so dia boleh masuk awal.

2. Ambik masa untuk sarapan 15-20 minit kat pantry setiap hari (lebih baik rasanya dari minum kat kedai yang biasanya akan ambil masa 45 minit sehingga 1 jam!). My click dah mula buat kerja dan my lead pun tak nampak dia sarapan coz dia sampai awal before my lead sampai.

3. Tengahari bila keluar makan selalu masuk lewat dan biasanya keluar pun lewat jugak! My click lebih suka tidur di tengahari, tak keluar makan (jaga badan!).

4. Selepas pukul 2 pm akan ambik masa sekurang-kurangnya 20 minit utk solat zohor. My click (berbangsa Cina) tak solat tak ambik masa kerja, ala my lead yang muslim(Iranian) tu pun tak solat!

5. Kadang-kadang boring dan stress buat kerja masuk internet, tengok surat khabar, buat BW(hahahaaa...), bangun je memang le dia nampak coz my cubical membelakangi my lead. Biasanya lunch hour atau after 5 memang menjelajah serata internet!...Komputer Cath tak ada internet access, jadi dia tak le merayau kat internet tapi suka merayau baca novel!

6. Selepas pukul 5, ambik masa lagi gi solat asar. My lead ada dia kisah pasal solat!

7. Kalau bekerja hari Sabtu atau Ahad kekadang bawak anak-anak( kesian anak-anak tak ada masa dengan mama), mungkin my lead tak selesa. Padahal budak-budak tu tak ada le bising tak de kacau mama kerja pun. Dapat komputer seorang, dapat laptop seorang senyap le (biasanya kakak akan syer laptop dgn abang). Kekadang dia org bz dgn kerja sekolah tapi kalau kerja hari Ahad confirm bawak dia org!

8. Kuat menjawab! Bab ini mungkin dia paling tak tahan. Kalau tak kena sahaja memang terus terang je cakap, bukan apa my lead tu kiranya semua yg dia buat tu betullah! Adoyai...kadang-kadang benda yg dibuatnya salah tapi dia tanya kita kenapa kita buat! Mau tak hangin mak cik...

Selepas ini kena lebih berhati-hati dan memperbetulkan segala kelemahan diri. Penilaian sepanjang tahun sedang di jalankan, my lead akan bagi markah tapi dah jadi macam ini hanya mampu bertawakallah kerana hanya Allah juga yang lebih mengetahui. Semuanya bergantung pada HOD dan setakat ini alhamdulillah dia seorang yang sangat memahami. Lagipun semua orang kat department tahu perangai my lead macam mana, kiranya kami yang pergi (terpaksa sebenarnya)ke project dia tu macam gantung dirilah (hahahhaaaa...).

Sesungguhnya setiap sesuatu yang terjadi itu ada sebab dan musababnya serta ada hikmah yang tersembunyi. Redhalah...

Nukilan Aina: Sebiji biji benih tak kira di mana ia dicampakkan nescaya ia akan tumbuh mejadi pokok yang suatu hari akan membesar, berbunga dan mengeluarkan hasilnya!


Tak mau fikir sedih-sedih lagi, jom pekena laksa beras Kuala Perlis dengan cendol.





You Might Also Like

15 ulasan:

  1. laparrrr...mana mau cari laksa kuala perelih kat shah alam ni...ekekeke

    BalasPadam
  2. Biasalah Aina...

    silap sikit je orang akan namapak. Yang elok, boleh buat2 tak nampak pulak! :(

    BalasPadam
  3. Kerja dengan orang, macam tu laa...

    .
    .
    .
    Dah lama tak merasa cendol.. nak buat sendiri pun macam malas jer..

    BalasPadam
  4. hari tu ada makan kat gombak tapi bukan laksa beras, boleh le nak lepas kempunan...

    BalasPadam
  5. kak cik...

    agaknya depa ni jenis suka cari kesilapan org kot, yang herannya dah nak habis projek tu tak mau ke dia say thank you coz dah bertungkus lumus selama beberapa bulan kebelakangan ni...

    BalasPadam
  6. xpa..janji kita yg mahu meningkatkan prestasi kita
    ini namanya persaingan sihat..

    baik utk kita dan tidak menyusahkan org lain..

    keep it up...

    BalasPadam
  7. kaytie...
    cendol...buat sendiri? alamat le...tak makan. paling senang pi pasar malam oder ja...hihihiii...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Jun,

    Macam-macam yer.

    BalasPadam
  9. assalam jun, nanti singgah umah ambil poskad yer..tq:)

    BalasPadam
  10. JunAina: betul juga tuh untuk muhasabah diri kerana kekadang itu boleh menjadi cermin kepada kita

    BalasPadam
  11. Lame dah x makan laksa kuala perlis ,sedapnya la.. kecur air liur lihat gambar

    BalasPadam
  12. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah nya kan..?

    at least boleh muhasabah diri... :)

    bagus la skrg ni dah ok...xmo tensi2 sngt yupp..senyum selalu...(^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    PART TIME PAPARAZZI

    BalasPadam
  13. betul tu. ada hikmah apa yg terjadi. tak de sapa salah ; x de sape betul. yg pasti Allah merancang sesuatu yg lbh baik lg utk kita..:)

    BalasPadam
  14. alimaz...

    jom2 pi pekena laksa kak su...slurppp...

    BalasPadam